Followers

Facebook Page

Translate This Blog

Blog Hits

Friday, January 3, 2014

Wednesday, January 1, 2014

Aktiviti di Tahun Baru - Belajar Buat Pavlova


Pagi tahun baru 2014.

Selesai masak breakfast di rumah, aku ke Giant untuk beli buah-buahan untuk buat pavlova. Dah janji dengan makcik sebelah husband, Cik Ani untuk belajar buat pavlova dan blueberry cheese tart kegemaranku. Aku minat nak belajar masak apa yang aku suka makan je. hihi

Dah lama nak belajar buat benda-benda tu semua. Suka tengok Masterchef Australia. Dalam rancangan tu macam-macam mereka masak. Tapi nak cuba sendiri memang liat je nak mula. Lagi-lagi peralatan tak ada di rumah ni seperti mixer. Oleh sebab Cik Ani tengah rajin, maka aku pun semangat nak belajar dengan beliau. Aku, Cik Ani, ibu mertuaku dan biras turut membuat kek nestum cheese selain pavlova dan tart. 

Dan inilah permulaan tahun baruku. Manis dan indah. Mempersembahkan pavlova, blueberry cheese tart, fruit tart dan apam ice-cream soda. Taraa.. =))


Pavlova


apam ice-cream soda, blueberry cheese tart, fruit tart


Terima kasih Cik Ani atas tunjuk ajar. =)


p/s: Resipi share kemudian setelah penulis berjaya membuat sendiri segala yang di atas dengan jayanya. Ahaks.


Selamat Tahun Baru 2014!


Kenangan pahit dilupakan.

Kenangan manis terus dikenang.

Jom check semula cara nak mencapai azam tahun baru oleh Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah.

TIPS SUPAYA AZAM TAHUN BARU TERCAPAI


1.  Doa sungguh2.

2.  Murnikan hati agar tarik hidayah Allah.

3.  Fikir secara positif sebab fikir itu doa.

4.  Lakukan setiap tindakan dgn terbaik.

5.  Jaga ibadah dengan sempurna.

6.  Cari kawan yang dapat membantu kita mencapai azam. (kawan yang suka mengutuk dan merendah-rendahkan uols tu jauhilah)

7.  Penampilan yang anggun.

8.  Cari guru atau mentor yang dapat membimbing.

9.  Bentuk budaya diri yang cemerlang.

10.Berterusan cari ilmu.

11.Nilai & ubahsuai azam jika perlu.

12.Seimbangkan hidup; rumahtangga, tempat kerja/ sekolah & masyarakat.

13.Lakukan dengan istiqamah selama 40 hari untuk jadi tabiat.

14.Redha & syukur atas setiap pencapaian.

Happy New Year 2014!




Friday, December 27, 2013

Mesyuarat Pertama 2014 di Tempat Baru

Salam semua.

Seperti yang uols maklum seperti dalam entry sebelum, aku kan dah bertukar tempat kerja tahun depan. Jadi semalam aku menghadiri mesyuarat kali pertama untuk tahun 2014.
Aku sampai dalam pukul 7.40 pagi. Cari parking. Dari dalam kereta nampak cikgu-cikgu sekolah ni mengukir senyuman. Petanda baik nampaknya.

Perkara pertama yang aku buat adalah berjumpa dengan pengetua untuk perkenalkan diri. Masa aku lapor diri tempoh hari, beliau tak ada sebab sedang mesyuarat pengurusan. Comel je pengetuanya. Selesai bersalaman dan perkenal diri aku terus ke bilik mesyuarat.

Berkenalan dengan guru-guru senior. Peramah cikgu-cikgu di sini. Dan ramai yang ber'title' Hajah. Haji pun ada. Tak sempat nak kenal semua.

Mesyuarat bermula. Pengetua mengalu-alukan warga sekolah yang baru. 3 orang semuanya. Jumlah tenaga pengajar di sini adalah 108 orang. Keperluan cuma 105. Tiba-tiba terasa, kami bertiga lah yang berlebih tu. Haha.

Takwim pengurusan pun dibentangkan. Well, aku tak ada jawatan apa-apa pun. Yay yay! Haha boleh?? Lepas tu semasa taklimat pendaftaran murid baru, aku pun rilek je. Tiba-tiba nama kena sebut. Rupanya aku kena jadi guru kelas. Ooh.. ok. Dah sah-sah aku ditugaskan ke sesi petang kalau dah jadi guru kelas Ting. 1. Kena bertugas la ni masa hari pendaftaran nanti.

Mesyuarat kemudian diambil alih oleh Kelab Guru dan Kakitangan (KGK). New term for me. Selama ni di sekolah lama, tajuknya Kelab Guru dan Staf. Hehe.. Rupa-rupanya dah dua tahun ahli KGK ni bertugas. Tibalah masa untuk pembubaran dan perlantikan AJK baru. Aku dah seram dah. Biasanya cikgu baru masuk ni kena buli. Dan tepat tekaan aku bila nama aku dicadangkan sebagai salah seorang AJK. Haha. Dengan undian sebanyak 18 out of 108 teachers, maka dengan rasminya aku jadi AJK KGK selama dua tahun. Bukan aku saja malah ketiga-tiga cikgu yang baru masuk tu pun jadi AJK. Baru ingat tahun depan nak honeymoon.

Jadual waktu masih tak dapat lagi. Yang aku tahu aku akan mengajar Maths, Moral dan Sivik. Semuanya PBS. Ok. Satu apa pun tak pernah tahu tentang PBS. Selama ni dok sedap mengajar kelas peperiksaan besar PMR dan SPM. Nampaknya tahun depan kena belajar benda baru. Harap cikgu-cikgu senior dapat beri tunjuk ajar.

Aku memang berharap aku dapat masuk sesi petang. Rumah dah dekat. Jadi waktu balik nanti tak lambat sangat sampai rumah. Pagi pula boleh masak dan uruskan rumahtangga. Tengoklah tahun depan macam mana. :)

Wednesday, December 25, 2013

Bertukar Tempat Kerja Tahun 2014

Tahun 2014 makin menghampiri. Bermakna aku akan tempuhi suasana kerja yang serba asing tahun depan. Tempat yang baru, berkenalan dengan teman-teman dan pentadbir yang baru, kerani-kerani baru, tempat makan baru, tempat parking baru dan segala-galanya asing bagi aku. Nampaknya kena perlahan-lahan adapt dengan dunia baru.

3 kali membuat permohonan pertukaran, alhamdulillah berjaya pada permohonan ketiga. Pada mulanya ketika keputusan pertukaran keluar, aku seperti berat untuk check keputusan aku. Bila husband mendesak, barulah aku periksa dan mengetahui permohonan berjaya.

Tak ada perasaan.

Beberapa hari lepas tu baru rasa semangat nak berpindah. Tapi dalam masa yang sama rasa sedih nak tinggalkan tempat lama. Setelah 1 tahun setengah berulang jauh setiap hari, sebenarnya inilah yang aku mahukan. Jadi aku harus rasa gembira.

Tiba-tiba teringat waktu mula-mula bertugas 4 tahun yang lalu. Pada tahun pertama, aku ditugaskan di sesi petang. Duduk jauh. Balik lewat. Jam 8 malam baru sampai rumah.

Setelah dah biasa bergaul dengan rakan-rakan sekerja yang muda remaja seperti aku, aku ditukar ke sesi pagi pada tahun kedua. Memang lain rasanya. Aku seolah-olah melalui orientasi kali kedua di sekolah yang sama. Aku perlu explore blok-blok tingkatan menengah atas. Selalu juga tersesat. Sesi pagi juga mengajar aku supaya lebih berdikari kerana kita kena pandai-pandai sendiri. Rajin bertanya dan bergaul dengan ramai orang adalah kuncinya. Kalau tak, banyak maklumat yang akan terlepas pandang.

Selesa di sesi pagi selama 3 tahun. Aku kenal setiap nama dan muka guru-guru di Sentosa. Guru-guru senior ramai yang tak lokek ilmu. Jika ditanya satu soalan, panjang lebar jawapannya. Guru-guru muda tak juga kurang hebatnya memberi inspirasi dan idea. Itu yang membuat aku gembira bekerja dan bermotivasi setiap hari walaupun dibebani tugas yang berat. Sebagai pulangan, aku juga cuba ringan tulang membantu apa yang mampu kepada guru-guru yang memerlukan.

Tahun depan, aku duga aku akan menjadi seorang yang asing di tempat baru. Berdebar rasanya untuk berdepan dengan orang-orang baru dan tugas baru. Aku harap aku dapat adapt dengan cepat. Korang doakan ye. :))

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...