Followers

Facebook Page

Translate This Blog

Blog Hits

Monday, December 27, 2010

BILA EMAK SUDAH MULA BERSUARA

Buat entah kali yang keberapa,
mak kembali bersuara.


Aku tak tahu apa yang baik untukku,
apa yang baik pada pandangan mak.


Ya Tuhan,
bantulah hamba-Mu ini,
kuatkan hatiku.
Semoga dia yang kunanti,
akan hadir juga di suatu hari...



Saturday, December 25, 2010

Model untuk Kelas Make-up Shasha Rizal

Baru balik dari KFC.
Makan Zinger Crunch yang baru, bersendirian..
Memerhati sekeliling macam2 ragam manusia.
Tapi, 
yang pelik,
kenapa bila aku makan burger lelaki pandang?
Ke sebab aku yang pandang mereka,
maka kami berbalas pandangan?
Ha ha.. perasan sahaja barangkali.


Hari ini,
aku jadi model demo make-up Shasha Rizal,
seorang rakan yang kukenali dalam Eyra Rizal Team.
Semalam Shasha mesej kerana dia tiada model lagi.
Kebetulan aku tiada apa2 hal,
jadi aku pun setuju.
Pukul 8 pagi aku dah bertolak ke studionya di Puchong.
Lepas habis kelas,
kami makan laksa sedap masakan emak Shasha..
Lapar sangat tak sempat breakfast.. hee  =))


Esok ada photoshoot bersama modeling agency, Glorious Talent.
Walaupun aku hanya freelance model, (model ke)
tapi pihak Glorious Talent memanggil aku untuk turut serta.
Fee yang murah,
membuatkan aku tidak mahu melepaskan peluang menambah portfolio.
Harap2,
esok aku akan dapat enjoy semaksima yang mungkin.
Malam ini perlu tidur awal.
Selamat malam..~


Muka selepas make-over
with shasha & her students~

Friday, December 24, 2010

Photoshoot Funky & Ranggi by Ezzah Ezzaham

Baru nak update tentang photoshoot 19 Disember lepas.. hee..


Ezzah Ezzaham, 
seorang rakan yang baru dikenali dalam Facebook,
organize event ni Ahad lepas.
Sebenarnya,
kami pernah bertemu di event Photoshoot Muslimah Sarah Hata tempoh hari.
Pada ketika itu,
Ezzah merupakan MUA (Make-Up Artist) kepada kumpulannya.
Rupa-rupanya,
Ezzah berbakat juga sebagai model.
Multi-talented betul! hee..


Aku telah memilih blouse warna ungu dipadankan dengan skirt kembang warna ungu juga,
dibalas dengan aksesori pink!
Tapi,
rasanya hari tersebut merupakan my bad dress day..
Emm.. rasa kurang confident!
Sebab pilih baju last minit.. huhu


Pada hari kejadian,
aku telah dimekapkan oleh seorang MUA bernama Dek Lin.
Photoghrapher yang datang pula kebanyakannya daripada MANO Photography team.
Banyaklah photographer yang dikenali pada hari tersebut,
tapi tak semua.
Sebab ramai!
Sampaikan masa shoot,
tak tahu nak tengok kamera mana satu!
Hahahahha..



Satu gambar untuk di share.
Tak boleh banyak2 ye..
Bahaya.. hee..


-THE END-


Organized by: Ezzah Ezaham


THEME: funky & ranggi

Talent : Alya Syaqiera
MUA: Dek Lin
Wardrobe & Hijab Style: Alya Syaqiera

Photog :
Sham Stunner
Mano Photografy
Farish Ayub
Kamal Si Tukang Gambar
Born Amin
Kassim Selamat
Ady Snappers


TAMAN TASIK TITIWANGSA

♥ 19 DEC 2010 ♥

A SOUL THERAPY FOR WOMEN

Ouhh.. hari ni memang rasa nak menyendiri je.
Ada sesuatu dalam hati,
tapi biarlah pendam sendiri.


Shopping!!
Wahh... best kan.
Kalau nak sedih sorang2, 
menangis mengenang nasib tu,
penat lah (walaupun kadang2 terrrrbuat juga.. ha ha).


So, 
hari ni aku pergi shopping sorang2.
Memang dah biasa dah.
If ada yang terjumpa saya jalan sorang2 tu,
tak payah pelik ye.. he he..


Tempat pertama aku pergi, Tesco.
Beli barang sikit untuk rumah baru,
& barang basah untuk rumah mak.
Lepas tu pergi Jusco.
Punyalah lama round satu mall,,
dapatlah 2 helai dress,
modem Celcom (rumah baru tak dapat langsung signal P1),
renew JJ card,
& macam2 lagi.


Rasa mengantuk,
singgah kejap di restoran favorite,
Oldtown White Coffee.
Best betul dapat hirup kopi pekat dia.
Ermm.. dan makan Horfun Mee dia..


Lepas tu,
balik rumah.


Memang betul shopping ni soul therapy untuk wanita.
Tak percaya,
lepas anda gaduh2 sayang dengan wife or girlfriend,
belanja lah mereka shopping.
Mesti terus berbaik-baik semula.. heee..
Best2 dapat baju baru.
Nak pergi try..


Later i will update the photo of the dress ya.. =)


-THE END-

Wednesday, December 22, 2010

MOVIE REVIEW: AKU MASIH DARA??

Walau pun aku tak pandai tulis blog,
tapi nak buat juga.
Maaflah jika ayat tunggang-langgang atau skema,
drop-lah komen jika suka atau tidak.. hee


Aktiviti hari ni pergi jalan2 dengan En. bf.
Destinasi, Mines.
Objektif, nak habiskan kupon Mines sebelum habis bulan Mac 2011!! (harap2 sempat).


Macam biasa,
sampai2 saja di Mines,
pergi lunch dulu.
Sedang lunch,
aku disapa seseorang.
Oh! Syu.. my future housemate.
Tak sangka boleh jumpa dia.


Lepas lunch,
pergi cari tiket movie (cari tu,, tak tahan.. akh3).
So,
kami pun pilih movie Aku Masih Dara.
Sebelum masuk,
mesti beli popcorn!
Popcorn harus di'higlight' (sebab aku yang belanja.. ha ha)


the poster
In short,
movie ni bagi aku ok-lah..
Tapi, 
mungkin tak sesuai ditonton oleh budak2 bawah umur,
sebab nanti mereka boleh tiru aksi2 dalam movie ni.. ish2..memanglah tak berkenan ye.
Dialog yang tak boleh lupa,
"Lelaki sekarang tak kisah pun perempuan ada dara ke tak"
Benarkah realitinya?
Lagi,
tak suka watak Farid Kamil, 
sebab betul2 macam remaja liar.. euww
Yang lain,
anda semua tontonlah sendiri ye.. aha


Tapi,
ada juga kemusykilan.
Last sekali,
Ashraf ditikam di perut,
tapi tangannya pula yang berbalut.
Sesiapa dah tengok nanti,
tell me why eh.. hu hu..
(oh-oh by the way, aku ada jumpa trailer yang sama dengan apa aku fikir.. ha ha.. ce tengok!)




Popcorn pun habis dimakan aku.
Biasanya,
En. bf yang makan sorang.
Tapi,
sebab popcorn tersekat celah gigi dia,
dia suruh aku habiskan.
Kesian dia...


Next,
kami naik cruise lagi (2nd time),
round South Lake.
Shopping sikit.
Minum petang.
Balik.


Best hari ni... =)



Wednesday, December 15, 2010

PERTANDINGAN PHOTO SHOOT MUSLIMAH ANJURAN SARAH HATA


Hari yang ditunggu-tunggu pun dah tiba.
Memang seram masa dah nak sampai Taman Tasik Titiwangsa 12 Disember lepas.
Yelah, 
ni pertandingan first yang aku join berkaitan dengan photoshoot ni.


Selepas mendaftar,
aku pun ambil makanan untuk breakfast & baju sponsor dari Butik GetGorgeous.
Then,
para model mula dimake-upkan oleh MUA kumpulan masing2.
Aku dengan MUA aku, 
Farah @ Amylee Quitee cari port bawah kipas untuk elak make-up cair!


After makeup,
kami pun mula shoot.
Aku shoot dengan photographer kumpulan aku, Cipot Redz
sambil ditemani oleh MUA aku, Farah (act sebagai pemegang reflector.. hi hi)
Rasanya macam ramai peserta,
tapi masa shoot tak bertembung pula dengan mereka.


Dan satu incident yang tak boleh lupa,
aku boleh silap orang!
Ingatkan sorang model ni member aku,
aku pun panggil nama dia.
Rupanya tak!
Muka memang sama.
Dah make-up, 
semua dah nampak lain.. hu hu


photographed by Cipot Redz

Monday, December 13, 2010

Model untuk Kelas Make-up Rose JR & Outing


Hari Sabtu lepas, 
aku sekali lagi (2nd time) jadi volunteer untuk model make-up kak Rose.


So, after make-up,
pergi shoot di Putrajaya dengan dua orang photographer. ^^

paling suke ini..


Photog:
Killabee Khairul Fadhli
Muhammad Azham


Talent: Alya Syaqiera

MUA: Rose JR

Wardrobe: Alya Syaqiera

PUTRAJAYA

♥ 11 DEC 2010 ♥

Saturday, December 11, 2010

THE DECISION

Entry ni sambungan entry sebelumnya, SO WHAT DO U THINK?
Jadi, tema yang kami satu group fikir untuk deketengahkan dalam pertandingan Photoshoot Muslimah adalah Baba Nyonya, since kebaya nyonya pun dah ada (save budget! ^^).

So, antara props yang diperlukan sekarang ialah;

1. Kebaya & sarung batik (dah ada)



2. Tikar mengkuang



3. Bakul siah (nak isi bahulu tak? hehe..)



4. Payung baba nyonya (dah ada, warna pink!)



5. Kipas tangan



6. Teaset baba nyonya (??)



7. Kasut manik





8. 

Thursday, December 9, 2010

SO WHAT DO U THINK?

Seram juga fikir tentang pertandingan Photoshoot Muslimah anjuran Sarahata 12Dec ni.
Apa agaknya tema yang nak diketengahkan?
Esok baru nak pergi berjumpa dengan team-mate untuk discuss tema & test shot di Taman Tasik Titiwangsa.


Sarah, penganjur, sibuk tanya nama team.
Aku pun letak saja lah sebab dia nak cepat --> CRAQAS
Gabungan nama team-mate.. 


Cipot Redz = CR
Amylee Quittee = AQ
Alya Syaqiera = AS


Boleh la kan? ha ha


Antara tema yang terfikir dalam kepala ni;


1. Tradisional/classic
2. Arabian (dah biasa)
3. Wedding (dah biasa)
4. Futuristik (kena cari baju??!)
5. Indonesian
6. Casual
7. Elegant
8. Gothic
9. Baba nyonya!!

Monday, December 6, 2010

Model untuk Kelas Make-up Rose JR & Photoshoot

Hari ni aku volunteer jadi model make-up untuk kelas make-up kak Rose.
Yelah, sebelum start busy kerja,
baik aku pergi join masa cuti ni..
Boleh jugak kenal2 dengan kak Rose.


Kak Ros makeup memang superb.
Ringan, rata, cantik, overall memang suka sangat.. he he


After makeup, kak Rose bagitahu ada photoshoot.
Ha ha.. baru aku tahu..
Ingatkan lepas makeup boleh balik.
Kak Rose siap sponsor baju lagi..
Best betul lah..
Tak rugi volunteer hari ni!!


So, aku pun pergi ke Taman Tasik Cyberjaya & shoot di sana.
Tak sabar nak tunggu gambar siap! ^^


kak Rose make-up cantik & kemas!

Talent : Alya Syaqiera


MUA : Rose JR
Wardrobe : Rose JR
Hijab style : Alya Syaqiera

Photog :
Asrix Ai (Asrix)
Harn Hash

-6 DEC 2010-


Sunday, December 5, 2010

BRIDESMAID!

Ni first time jadi pengapit!!


Masa first2 kak Syafa offer jadi pengapit,
aku agak teragak-agak juga nak terima.
Sebab aku tak ada la rapat sangat dengan kak Syafa.
Tapi, disebabkan bestfriend kak Syafa sendiri tak mahu jadi pengapit (takut jodoh lambat katanya.. he he),
so, aku dengan senang hatinya terima lah job sebagai bridesmaid itu.


Antara tugas bridesmaid ni;

1. Jaga penampilan pengantin, especially muka kene dap2 selalu dengan tisu, tak boleh kasi berpeluh

2. Jaga kain baju veil pengantin supaya nampak terletak cantik dalam gambar

3. Angkat kain baju pengantin yang panjang lebar semasa pengantin berjalan

4. Payungkan pengantin semasa berjalan

5. Kipas pengantin semasa bersanding

7. Buang segala bunga rampai dan air mawar atas tapak tangan pengantin semasa adat menepung tawar

8. Tolong cedokkan pengantin makanan (jika tiada pelayan from caterer)

9.


Banyak lagi ye tugas pengapit ni sebenarnya.
Tapi, seronok sangat dapat peluang ni.
Thanks kak Syafa!
Congratz to you & your husband, Abg Wan for the wedding.. ^^


Masa mengapit untuk wedding belah pengantin lelaki di Keramat,
aku sempat sampaikan tiga buah lagu karaoke untuk pengantin.
Antaranya, Slamat Pengantin Baru, Senggol-senggolan Cubit-cubitan (lagu wajib untuk setiap wedding yang ada karaoke.. he he), dan Ku Mahu.
Mahu naik semput juga menyanyi lepas makan.
Senak perut aku.
Abang DJ pula sporting,
naik tergelak aku masa tengah nyanyi.. hu hu..


Share one photo from my camera..
Enjoy! ^^



the bride n her bridesmaid

Nak tahu lagi apa tugas bridesmaid? Jom jenguk Wikipedia: Bridesmaid.

DIA GADIS BERTUDUNG MERAH

Aku paling suka photoshoot santai kali ni.
Tema baju kurung & kebaya.
Tapi, aku pilih kurung modern siren red hari tu.
Sangat striking ok.
& photo sangat cantik! ^^


the best shot & the best pose.. he he

Organized by: Sarah Hata


THEME: kurung & kebaya



Talent : Alya Syaqiera

Make-up, Wardrobe & Hijab style : Alya Syaqiera

Photog :
Killabee Khairul Fadhli
Songkok Hitam
Ahymezan Ramli
Mohd Syaharudin
Sallehudin Ahmad
Ziman Zyril
Amalina Tuna

-28 NOV 2010-

Photoshoot Bridal & Muslimah by Studio Mediakreatif

Lama dah tak update pasal shoot rasanya.
So, last time ada Bridal Photoshoot di Taman Tasik Shah Alam.
Let me share a few photos with you.. ^^


Me & my MUA, Fiza Hahn
Me & my photog, Ajoy Zul



Organized by: Studio MediaKreatif


Date: 27 Nov 2010


Talent : Alya Syaqiera
MUA : Fiza Hahn (017-9382911)

Wardrobe : Butik D' Veyana Beauty Saloon (019-2244770 / 03-339210712)
Shawl : Niar Bufanda (Nor Idayu Abdul Rahman 019-261 0977)

Photog :
Ajoy Zul
Zaini Foto
Abd Rahim Ahmad
Raouf Ahmad
Ikhram Mohd

Fee: RM50

KISAH HARI JUMAAT

Cerita ni sambungan dari previous post, klik SINI.
Nak dijadikan cerita,
aku pergi sekolah pagi Jumaat tu.
Dengan kepala yang serabutnya,
bawak kereta sampai reverse terlanggar tembok.
Habis kemek balik bumper belakang yang baru ganti lepas accident dulu.. Hmm..


Sampai je sekolah,
tengok2 pengetua tak ada.
So, pergi jumpa kak Timah, kerani office.
Dia pun bagi surat dari KPPM.
Bila aku baca, 
nak menitik rasanya air mata.
Aku dituduh memaksa student bayar duit untuk banyak perkara.
Salah satunya,
memaksa student bayar wang untuk persaraan guru.
Aku rasa, 
selama ni aku kutip duit, mengikut arahan sekolah.
Tak ada pula suka2..
Ingat boleh kaya ke kutip duit dari student?
Memang tak berhati perut orang yang buat report ni.
Aku memang tak redha...
Aku jaga kelas aku bagai menatang minyak yang penuh.
Macam ni mereka balas balik kepada aku.




Sepatutnya ibubapa boleh berbincang secara baik dengan pihak sekolah kalau ada apa2 kemusykilan.
Ini tidak, terus je buat report. 
Tuduh yang bukan2.


Nasib baik pengetua pun memihak pada aku.
Beliau kata,
"Biasalah tu. Ibubapa memang selalu nak cari salah cikgu saja".


So, aku dah buat surat maklum balas kepada KPPM.
Apa2 result pun, tunggu pagi esok.
Mana tahu ada lagi yang perlu dibincangkan dengan pengetua.
Macam ni lah mencabarnya kerjaya sebagai seorang guru...

Thursday, December 2, 2010

Casting Majalah Dara.com & Sekolah~


Tadi pagi sampai petang pergi casting Dara.com.
Tiba2 office sekolah call.
Suruh datang sekolah, atas arahan pengetua.
Aku pun terus hilang mood.
Bila tanya kerani tu, kenapa,
dia pas pada pengetua.
Pengetua kata,
"Datang sekarang. Ada aduan dari KPPM (Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia) pasal awak"
Bila tanya, "Pasal apa ye puan?"
Beliau jawab, "Ok, bye."
Terus hilang mood nak shoot.
Rasa seram tiba2.


So, esok kena pergi sekolah awal pagi.
Harap2, tak ada apa2 yang buruk akan berlaku...


Nak share a few photos yang diambil di office Karangkraf.


snap curi2.. aksi dalam studio


me & ayu, yang selalu teman kemana-mana =)

dengan Aida yang comel


the girls yang join test shot Dara.com petang tu..

 p/s: Tak sabar nak tunggu muka keluar Dara.com. hehe.. =))



Saturday, November 27, 2010

TAYAR PANCIT!

Erm... sebelum tidur ni,
nak juga share apa yang jadi hari ni.


Dari pagi tadi, 
banyak sangat benda nak buat.
Nak pergi facial, 
pergi threading,
pergi cari kasut,
pergi ambil baju from tailor dll.
So, after breakfast Maggi,
keluar lah nak start kereta.
Before tu, check tayar dulu kiri kanan depan belakang..
Tiba2, tengok tayar belakang sebelah kiri pancit!!
Ouhh no!!
Banyak nak buat ni, 
& pukul 2 da janji dengan En. bf nak jumpa..
Ish..


Apalagi dengan gelabahnya,
call En. bf.
Dia respon, 
"pergi la kedai tayar bawah tu naik motor"
Ok, fine.
Pergi ketuk pintu adik lelaki yang nombor 4 tu nak pinjam skuter dia.
Dia respon,
"motor tu rosak tak boleh start"
Lepas tu, dah rasa sedih fikirkan aktiviti hari ni dah terbantut.
Jam pun dah pukul berapa dah ni!
SMS En. bf bagitahu hal tadi.
Dia respon,
"ok, tunggu i datang"
Ok, fine.
Rasa lega sikit.
Lepas tu, 
mengadu pada mak pula (masih sedih masa ni, dah nangis pun.. ha ha)
Mak dah la tengah kerja tu.
Mak pun respon,
"mak dah bagitahu pak long. kejap lagi dia datang"


Alhamdulillah...
Pak long pun datang..
Check dalam bonnet,
jack pun tak ada.
So, paklong pun ajar la cara tukar tayar kereta.
Senang je rupanya.
Nak kena cari jack la lepas ni.
Lepas tu,
drive pergi kedai tayar,
& tampal.


Then, 
terus pergi buat perkara2 yang dah dirancang tu.
& overall,
semuanya OK.
Aku ni memang la gelabah. +_+


Ouhh..
Esok ada photoshoot.
Pagi2 dah kena bangun.
Tapi, dengarnya, 
busana pengantin tak cukup, ada 8 pasang sahaja.
Sebabnya, satu butik ni tarik sponsor mereka.
Hmm..
Kesian juga pada organizer.
Terpaksa last minit cari sponsor lain.
Harap esok berjalan dengan lancar.
Night! 

Thursday, November 25, 2010

SHOPAHOLIC!

Perempuan mana yang tak suka shopping?
Betul tak?


Best!
Tapi, sekarang ni dah kurang shopping secara gila2.. huhu..
Selalu kena budget juga.
Macam2 nak kena bayar,
so aktiviti shopping pun untuk keperluan sahaja ye.. ^^


Tadi, pergi shopping barang2 untuk pindah rumah.
Barang2 kecil2 je macam hanger baju, laundry bag dll.
Nak shopping barang2 besar,
tunggu orang belanja boleh? he he


So, dalam plan nak pindah rumah bulan depan.
Sebab next year dah tuka sesi, kerja pagi pula.
Nak tak nak, kena pindah juga.
Huh! Tak larat la nak bangun dan gerak sebelum subuh ke sekolah.
Lagi risau sampai lambat kan.
Selama ni berulang Klang-KL rasa tak apa lagi sebab kerja petang. ^^


Banyak barang2 nak kena beli.
Since dah setahun lebih duduk rumah parents,
barang2 masa zaman study dulu pun dah banyak bagi pada adik yang study di UITM.


Antara barang2 yang perlu ada:


1.Tilam
2.Katil (perlu tak?)
3.Almari baju
4.Iron
5.Cermin muka
6.Heater
7.Gas stove
8.

BRIDAL MAKE-UP CLASS

Kak sue,
seorang rakan yang aku kenal masa join make-up class Eyra Rizal  tempoh hari,
beriya ajak pegi Derina Bridal Make-up Class.
Pada mulanya, 
berat rasa nak pergi..
Sebab fee RM450.
Wow! Agak mahal la bagi aku.
Barang2 make-up juga belum beli.
Tapi, dengan baik hatinya, 
& dengan sungguh2 kak sue nak aku temankan dia,
dia bayarkan dulu deposit.
He he,, thanks kakak.. ^^


So, aku pon pergi.
Memang happening.
Sampai2 aje, 
dapat doorgift.. he he..


Barang yang digunakan adalah supra, chinese stick, & barang2 MAC.
Simple hair-do turut diajar.
Best sangat! ^^


saya sedang make-up kak sue
penyampaian sijil
peserta & instructors
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...