Followers

Facebook Page

Translate This Blog

Blog Hits

Wednesday, November 24, 2010

BENGKEL M.E.G.A II (MUSLIMAH ELEGAN GAYA ANGGUN)



Salam semua.

Tempoh hari aku join Bengkel MEGA II (Muslimah Elegan Gaya Anggun) yang dianjurkan oleh Studio Mediakreatif. Mediakreatif bukanlah modeling agensi, tapi dah lama plan untuk adakan bengkel untuk gadis muslimah/bertudung yang berminat untuk menjadi model.

Aku dapat tahu tentang MEGA melalui seorang rakan FB. Memang cantik gayanya bergambar dalam studio semasa beliau menyertai MEGA I, dan aku juga mahu cuba! Perkara penting untuk anda jika mahukan sesuatu ialah, jangan kedekut masa, duit dan tenaga untuk mencari ilmu. Aku memang mahukan ilmu itu, jadi aku cuba pergi. Mana tahu dari sana, aku dapat sesuatu dan kembangkan lagi bakat aku. =))

Bengkel MEGA merangkumi empat topik, iaitu cara make-up oleh kak Farina, cara memakai hijab oleh Hesty-model from Indonesia, etika model muslimah & catwalk oleh kak Mass Mohamad-Finalis NUR, dan cara bergambar oleh abg Madi. Bahagian yang paling aku suka ialah semasa belajar catwalk & etika. Semasa catwalk, aku tersenyum2 sendiri sebab segan. hehe.. Belajar etika model muslimah/bertudung pula, memang membuka mata para gadis tentang pantang-larang dalam bidang ini. Ada masa nanti aku akan kongsikan dalam entry yang akan datang.  

MEGA models with the instructors @Medakreatif studio


Overall, aku sangat menyokong bengkel seperti ini diadakan bagi bakal2 model muslimah/bertudung kerana bukan sahaja dapat belajar selok-belok dunia model muslimah, malah pantang-larang yang ada dalam bidang ini. Kalau tak ada ilmu itu, maka tak lengkaplah anda sebagai model muslimah/bertudung. =)


gambar gegar ambil masa nak balik rumah
Minggu ni ada photoshoot outdoor lagi anjuran Studio Mediakreatif.. 
Busana pengantin ditaja!
Wahh.. orang kata, 
kalau dah pakai baju pengantin sebelum kahwin,
nanti tak berseri masa hari persandingan sebenar..
Yeke? huhu..

p/s: Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam bengkel ni especially instructor, abg Madi, kak Farina, kak Mass, dan Hesty. Harap2 dapat jumpa lagi dan bekerja bersama dalam next event. =)



No comments:

Post a Comment

Thank you for your comments!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...