Followers

Facebook Page

Translate This Blog

Blog Hits

Sunday, December 5, 2010

KISAH HARI JUMAAT

Cerita ni sambungan dari previous post, klik SINI.
Nak dijadikan cerita,
aku pergi sekolah pagi Jumaat tu.
Dengan kepala yang serabutnya,
bawak kereta sampai reverse terlanggar tembok.
Habis kemek balik bumper belakang yang baru ganti lepas accident dulu.. Hmm..


Sampai je sekolah,
tengok2 pengetua tak ada.
So, pergi jumpa kak Timah, kerani office.
Dia pun bagi surat dari KPPM.
Bila aku baca, 
nak menitik rasanya air mata.
Aku dituduh memaksa student bayar duit untuk banyak perkara.
Salah satunya,
memaksa student bayar wang untuk persaraan guru.
Aku rasa, 
selama ni aku kutip duit, mengikut arahan sekolah.
Tak ada pula suka2..
Ingat boleh kaya ke kutip duit dari student?
Memang tak berhati perut orang yang buat report ni.
Aku memang tak redha...
Aku jaga kelas aku bagai menatang minyak yang penuh.
Macam ni mereka balas balik kepada aku.




Sepatutnya ibubapa boleh berbincang secara baik dengan pihak sekolah kalau ada apa2 kemusykilan.
Ini tidak, terus je buat report. 
Tuduh yang bukan2.


Nasib baik pengetua pun memihak pada aku.
Beliau kata,
"Biasalah tu. Ibubapa memang selalu nak cari salah cikgu saja".


So, aku dah buat surat maklum balas kepada KPPM.
Apa2 result pun, tunggu pagi esok.
Mana tahu ada lagi yang perlu dibincangkan dengan pengetua.
Macam ni lah mencabarnya kerjaya sebagai seorang guru...

No comments:

Post a Comment

Thank you for your comments!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...