Followers

Facebook Page

Translate This Blog

Blog Hits

Saturday, November 27, 2010

TAYAR PANCIT!

Erm... sebelum tidur ni,
nak juga share apa yang jadi hari ni.


Dari pagi tadi, 
banyak sangat benda nak buat.
Nak pergi facial, 
pergi threading,
pergi cari kasut,
pergi ambil baju from tailor dll.
So, after breakfast Maggi,
keluar lah nak start kereta.
Before tu, check tayar dulu kiri kanan depan belakang..
Tiba2, tengok tayar belakang sebelah kiri pancit!!
Ouhh no!!
Banyak nak buat ni, 
& pukul 2 da janji dengan En. bf nak jumpa..
Ish..


Apalagi dengan gelabahnya,
call En. bf.
Dia respon, 
"pergi la kedai tayar bawah tu naik motor"
Ok, fine.
Pergi ketuk pintu adik lelaki yang nombor 4 tu nak pinjam skuter dia.
Dia respon,
"motor tu rosak tak boleh start"
Lepas tu, dah rasa sedih fikirkan aktiviti hari ni dah terbantut.
Jam pun dah pukul berapa dah ni!
SMS En. bf bagitahu hal tadi.
Dia respon,
"ok, tunggu i datang"
Ok, fine.
Rasa lega sikit.
Lepas tu, 
mengadu pada mak pula (masih sedih masa ni, dah nangis pun.. ha ha)
Mak dah la tengah kerja tu.
Mak pun respon,
"mak dah bagitahu pak long. kejap lagi dia datang"


Alhamdulillah...
Pak long pun datang..
Check dalam bonnet,
jack pun tak ada.
So, paklong pun ajar la cara tukar tayar kereta.
Senang je rupanya.
Nak kena cari jack la lepas ni.
Lepas tu,
drive pergi kedai tayar,
& tampal.


Then, 
terus pergi buat perkara2 yang dah dirancang tu.
& overall,
semuanya OK.
Aku ni memang la gelabah. +_+


Ouhh..
Esok ada photoshoot.
Pagi2 dah kena bangun.
Tapi, dengarnya, 
busana pengantin tak cukup, ada 8 pasang sahaja.
Sebabnya, satu butik ni tarik sponsor mereka.
Hmm..
Kesian juga pada organizer.
Terpaksa last minit cari sponsor lain.
Harap esok berjalan dengan lancar.
Night! 

Thursday, November 25, 2010

SHOPAHOLIC!

Perempuan mana yang tak suka shopping?
Betul tak?


Best!
Tapi, sekarang ni dah kurang shopping secara gila2.. huhu..
Selalu kena budget juga.
Macam2 nak kena bayar,
so aktiviti shopping pun untuk keperluan sahaja ye.. ^^


Tadi, pergi shopping barang2 untuk pindah rumah.
Barang2 kecil2 je macam hanger baju, laundry bag dll.
Nak shopping barang2 besar,
tunggu orang belanja boleh? he he


So, dalam plan nak pindah rumah bulan depan.
Sebab next year dah tuka sesi, kerja pagi pula.
Nak tak nak, kena pindah juga.
Huh! Tak larat la nak bangun dan gerak sebelum subuh ke sekolah.
Lagi risau sampai lambat kan.
Selama ni berulang Klang-KL rasa tak apa lagi sebab kerja petang. ^^


Banyak barang2 nak kena beli.
Since dah setahun lebih duduk rumah parents,
barang2 masa zaman study dulu pun dah banyak bagi pada adik yang study di UITM.


Antara barang2 yang perlu ada:


1.Tilam
2.Katil (perlu tak?)
3.Almari baju
4.Iron
5.Cermin muka
6.Heater
7.Gas stove
8.

BRIDAL MAKE-UP CLASS

Kak sue,
seorang rakan yang aku kenal masa join make-up class Eyra Rizal  tempoh hari,
beriya ajak pegi Derina Bridal Make-up Class.
Pada mulanya, 
berat rasa nak pergi..
Sebab fee RM450.
Wow! Agak mahal la bagi aku.
Barang2 make-up juga belum beli.
Tapi, dengan baik hatinya, 
& dengan sungguh2 kak sue nak aku temankan dia,
dia bayarkan dulu deposit.
He he,, thanks kakak.. ^^


So, aku pon pergi.
Memang happening.
Sampai2 aje, 
dapat doorgift.. he he..


Barang yang digunakan adalah supra, chinese stick, & barang2 MAC.
Simple hair-do turut diajar.
Best sangat! ^^


saya sedang make-up kak sue
penyampaian sijil
peserta & instructors

ALYA MAKE-UP!

Paling suka make-up,
bukan pada diri sendiri je, 
pada orang lain jugak.. he he..


Dulu masa zaman belajar,
ada gak request dari kawan2 untuk makeup dinner.
So, dari situ, rasa bertambah seronok nak make-up orang.
Ha ha.. ada la dalam RM5-RM10 per person buat bisnes sambilan ni.
Jadilah.. bukan kejar glamor or duit, 
tapi sebab MINAT. ^^

Ni make-up masa zaman belajar.. bila tengok balik, gelak golek2 seorang diri.. wakaka

Paling tak boleh lupa, 
masa attend satu kursus kat UPM.
Masa tu,
tersampai lambat sikit.
So, kena hukum duduk depan sekali.
Biasalah aku mesti buat simple make-up-->eyeliner, blusher, lipstik
Tiba2, lecturer tu tanya aku,
"Kenapa mesti mekap?!"
Terkejut aku.. ha ha..
Pastu, beliau jawab sendiri, "Memang perlu make-up".
Tahu takpe.. he he..


To make it short,
on that day lecturer tu suruh aku bawak make-up kit esoknya,
sebab dia nak tunjuk perbezaan appearance.
Aku punya job ialah untuk make-up kan semua orang dalam group aku..
Ada lebih kurang 15 orang kot masa tu..
So, kami pon ambik gambar sebelum dan selepas make-over.
& aku memang puas hati.
Lecturer pun bagi RM50.. ^^


So, sebab minat,
& sekarang pun dah keje,
bolehlah join kelas make-up,
belajar teknik yang betul.


Kelas 1st yang aku join,
masa bulan puasa tahun ni.
Eyra Rizal Touch yang anjurkan.
Ni personal make-up class.
Tapi tak banyak pic boleh ambil,
sebab kamera takde bateri.. huhu 


Basically, barang2 mekap yang Eyra guna adalah kryolan stick foundation, bedak dermacolor, dll.. ^^


Eyra sedang membuat persediaan

dengan sifu, Eyra yang berbaju biru di tengah-tengah

with the model for demo make-up, Erin

Wednesday, November 24, 2010

MEGA Outdoor Photoshoot by Studio Mediakreatif


Nak share a few photos yang paling disukai masa join MEGA Outdoor Portraiture Photoshoot anjuran Studio Mediakreatif.


Ni my 1st outdoor photoshoot..


bersama rakan2 model yg lain, Ayu & Ain


Lokasi: Taman Tasik Perdana, KL

Talent : Alya SyaQiera

Photog : Madi Jurufoto MediaKreatif, Joe Hanip, Hamidah A Rahman
Make-up : Alya SyaQiera
Wardrobe : Alya SyaQiera

Tarikh: 6/11/2010 


BENGKEL M.E.G.A II (MUSLIMAH ELEGAN GAYA ANGGUN)



Salam semua.

Tempoh hari aku join Bengkel MEGA II (Muslimah Elegan Gaya Anggun) yang dianjurkan oleh Studio Mediakreatif. Mediakreatif bukanlah modeling agensi, tapi dah lama plan untuk adakan bengkel untuk gadis muslimah/bertudung yang berminat untuk menjadi model.

Aku dapat tahu tentang MEGA melalui seorang rakan FB. Memang cantik gayanya bergambar dalam studio semasa beliau menyertai MEGA I, dan aku juga mahu cuba! Perkara penting untuk anda jika mahukan sesuatu ialah, jangan kedekut masa, duit dan tenaga untuk mencari ilmu. Aku memang mahukan ilmu itu, jadi aku cuba pergi. Mana tahu dari sana, aku dapat sesuatu dan kembangkan lagi bakat aku. =))

Bengkel MEGA merangkumi empat topik, iaitu cara make-up oleh kak Farina, cara memakai hijab oleh Hesty-model from Indonesia, etika model muslimah & catwalk oleh kak Mass Mohamad-Finalis NUR, dan cara bergambar oleh abg Madi. Bahagian yang paling aku suka ialah semasa belajar catwalk & etika. Semasa catwalk, aku tersenyum2 sendiri sebab segan. hehe.. Belajar etika model muslimah/bertudung pula, memang membuka mata para gadis tentang pantang-larang dalam bidang ini. Ada masa nanti aku akan kongsikan dalam entry yang akan datang.  

MEGA models with the instructors @Medakreatif studio


Overall, aku sangat menyokong bengkel seperti ini diadakan bagi bakal2 model muslimah/bertudung kerana bukan sahaja dapat belajar selok-belok dunia model muslimah, malah pantang-larang yang ada dalam bidang ini. Kalau tak ada ilmu itu, maka tak lengkaplah anda sebagai model muslimah/bertudung. =)


gambar gegar ambil masa nak balik rumah
Minggu ni ada photoshoot outdoor lagi anjuran Studio Mediakreatif.. 
Busana pengantin ditaja!
Wahh.. orang kata, 
kalau dah pakai baju pengantin sebelum kahwin,
nanti tak berseri masa hari persandingan sebenar..
Yeke? huhu..

p/s: Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam bengkel ni especially instructor, abg Madi, kak Farina, kak Mass, dan Hesty. Harap2 dapat jumpa lagi dan bekerja bersama dalam next event. =)



BARU SAHAJA BERMULA . . .

Hai.. testing testing.. ha ha.. my first post.. ehemm!


JADI DIRIKU - kerana jujur itu penting!

Malam ni rase seronok,
sebab dapat bercakap dengan mak.
Biasalah, masing-masing sibuk..
Walau dapat berbalas sepatah dua kata sahaja,
tu dah memadai... 
Rindu mak. =)

Ok.
Gudnyte all~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...