Followers

Facebook Page

Translate This Blog

Blog Hits

Tuesday, January 17, 2012

ADAT MALAM BERINAI




Salam semua.


Aku yakin bakal pengantin di sana (termasuklah aku) kurang faham tentang adat malam berinai. Adat berinai ini dikatakan memerlukan perbelanjaan yang lebih besar dan agak rumit, maka menyebabkan upacara ini semakin dilupakan. Adat semakin dilupakan, tetapi bagi aku sangat menarik untuk dikaji. Dulu semasa zaman U, ada juga buat research tentang perkahwinan pelbagai kaum di Malaysia untuk satu subjek, Etnik kalau tak silap (subjek etnik apa ye? Tak ingat tajuk full. hehe). Teringat lagi ketika itu, adat perkahwinan Melayu juga banyak yang aku tak tahu.


Bagi majlis malam berinai ini sebenarnya tidaklah wajib, tetapi lebih kepada adat. Lain tempat, lain definisi malam berinainya. Tetapi kebiasaanya, pada malam berinai, si pengantin akan menukar beberapa persalinan daerah. 


Majlis berinai biasanya diadakan secara berperingkat-peringkat:

  • Berinai curi – diadakan tiga malam sebelum hari langsung untuk saudara mara terdekat sahaja.
  • Berinai kecil – diadakan dua malam sebelum hari langsung untuk saudara mara, jiran tetangga dan sahabat handai.
  • Berinai besar – diadakan satu malam sebelum hari langsung atau selepas akad nikah untuk para jemputan khas daripada pihak lelaki dan pihak perempuan.



Selepas adat berinai besar dilakukan, selalunya pengantin lelaki tidak akan bermalam di rumah pengantin perempuan, sebaliknya akan terus pulang ke rumah atau pun sekiranya rombongan tersebut datang dari jauh, pengantin lelaki akan bermalam di rumah penanggah, iaitu rumah yang berhampiran dengan rumah pengantin perempuan.


Kelengkapan malam berinai ini termasuklah tepung beras yang sudah digiling (pilis), bunga rampai dan air mawar.



Renjis-renjis di pilis
ditepungilah tawar
hai beras kunyit ditabur
disiram si air mawar


Lirik lagu di atas sangat menepati makna adat merenjis. Daun si tawar merupakan salah satu alatan merenjis yang menyejukkan (di Aceh di sebut sebagai peuseujuk), diules tepung (beras yang digiling halus), di renjis ke pilis (dahi) sehingga dapat menjadi penawar - mengelak kepanasan. Adat ini dilakukan adalah untuk menyesuaikan suasana, gemuruh hati pasangan pengantin yang harus dilembutkan dengan kesyukuran daripada ayah bonda yang merenjis, lengkap pula dengan doa restu , sama juga dalam adat menepek inai di malam berinai kecil.


Selesai acara menginai ditabur air mawar, beras kunyit lambang kesyukuran, punca rezeki, tidak pula ditabur sesukahati tapi dijemput ke telapak tangan pengantin lelaki dibawa ke telapak tangan pengatin perempuan. Mak andam haruslah mengutip beras kunyit tadi dan dimasuk kembali ke dalam batil. Kemudian dijemput bunga rampai diletak ke telapak tangan ke dua-dua pengantin.


Selesai acara menginai atau merenjis ini, maka dihulurlah bunga telur sebagai lambang terima kasih pengantin yang bakal mengembang zuriat. Menurut blog ini, usahakan bunga telur sebagai tanda terima kasih, bukan gula-gula atau coklat yang tidak melambangkan punca zuriat.




p/s: Baca lagi tentang adat berinai: Nur Qasidah di Walimatul Urus


SOURCE OF REFERENCE: 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...