Followers

Facebook Page

Translate This Blog

Blog Hits

Wednesday, January 5, 2011

RASA SEPERTI BARU POSTING!

Hari kedua persekolahan sesi pagi,
aku masih seperti guru yang baru posting dan sedang orientasi.
Cari kelas pun tak jumpa.. ha ha
Harap cepat2 dapat adapt!


Pada pagi perhimpunan hari Isnin yang lalu,
aku dengan selamba duduk di kerusi bahagian bawah.
Rupa-rupanya, 
Ketua Panitia kena duduk atas stage bersama Pengetua dan barisan PK serta Ketua Bidang.
Mujurlah kak Hasni baik hati menegur,, hu hu..
Rasa blur gila!


Tahun ni banyak betul jawatan yang dipikul.
Terasa berat,
dan ada juga rasa gusar jika tak dapat memenuhi semua tuntutan yang diamanahkan.
Dalam hati, 
memang nak buat yang terbaik.
Namun,
sebagai manusia biasa,
kadang-kadang tak semua perkara dapat dilakukan dengan baik.
Skema kan ayat? ha ha


Tapi, 
yang terharunya,
cikgu2 pagi banyak yang caring.
Mereka tanya bagaimana keadaan aku selepas bertukar ke sesi pagi..
isk.. thanks senior2 smua,, hee
Mungkin sebab mereka nampak muka aku yang berkerut je pergi sekolah.. huhu


Antara jawatan yang dipegang pada tahun 2011,
tahun kedua aku dalam perkhidmatan;


1. Ketua Panitia ICT
2. Naib Setiausaha Kelab Guru
3. Penyelaras Jawatankuasa ICT dan bilik Akses
4. Ketua Guru Penasihat Kelab Latin Dance
5.Guru Tingkatan
6.Pegawai ICT sekolah
7. Perlu ke senarai semua?? kuikui

Tak dapat dibayangkan bagaimana sibuknya tahun ni.
Dan ada seseorang berpesan supaya kurangkan aktiviti luar...ha ha
Semoga tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya... =)

No comments:

Post a Comment

Thank you for your comments!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...