Followers

Facebook Page

Translate This Blog

Blog Hits

Sunday, February 20, 2011

VAMPIRE OUTING

Ouhh curi masa sikit update blog.
Banyaknya kerja.
Minggu depan Hari Merentas Desa kena buat invitation card (again),
nak uruskan website sekolah lagi,
paper exam budak2 pun belum bertanda.
Adehh..


Ok habis dah iklan.
Nak buat cerpen pasal Vampire Outing kejap, 
anjuran kali pertama aku dan seorang kawan aku, Ayu.
Idea asal outing ni adalah daripada Ayu.
Memandangkan cuti sekolah masa tu,
aku pun setuju untuk organize outing ni bersama Ayu iaitu pada 5 Februari 2011.


Aku tanya Ayu,
konsep apa untuk outing tu nanti.
Pada mulanya,
rasa macam nak buat CNY theme sempena Tahun Baru Cina.
Borak punya borak,
Ayu kata dia nak buat Vampire & Gothic.
So, aku pun create event di FB dan jemput sebilangan MUA, photographer, & talent.
Borak2 di wall event,
ada yang cakap Goth tak sesuai untuk muslimah.
Aku pun tukarlah kepada konsep Vampire sahaja. =))


Perkara pertama yang kami buat adalah meninjau lokasi menarik untuk shoot.
Kemudian, membeli props yang sesuai dengan konsep seperti baju (tema merah hitam), gigi taring, fake blood, tikus, sirap, pewarna kuku hitam dll.
Ayu pula bersetuju untuk menaja shawl di bawah labelnya, NIAR BUFANDA dan juga kuku palsu.


Sambutan agak menggalakkan daripada photographer & talent, tapi tidak MUA.
Tapi kami berdua tetap tak putus asa dan berkecil hati.
Pada mulanya, MUA yang setuju untuk hadir adalh 3 orang.
Di saat akhir, seorang MUA menarik diri.
Jadi sekarang, 2 orang MUA vs 5 orang talent.
Aku berbincang dengan Ayu supaya kami berdua make-up sendiri sahaja.


Pada hari kejadian, Ayu di make-up dari rumah oleh kakaknya.
Aku pula sempat memakai base make-up sahaja dari rumah.
Sampai di Taman Tasik Perdana, ada lagi seorang MUA extra yang hadir.
Seorang talent gagal melapor diri.
Kini, 3 orang MUA vs 4 orang talent.
Aku pun dengan sepantasnya membahagikan talent dan MUA.
Dan alhamdulillah, tiada masalah pun tentang make-up.
Terima kasih kepada MUA yang sudi make-up.
Kami amat menghargai usaha anda. =))


Shoot berjalan lancar dengan kehadiran senior photographer yang baru dikenali di lokasi.
Sungguh berbesar hati mereka dapat hadir. =))


Konsep vampire pula seperti kurang menjadi.
Mungkin sebab tak pakai gigi taring,
dan talent semua kelihatan seperti hantu dan witch.
Tapi tak kisahlah.
Kami budak baru belajar. =)


Antara gambar2 yang boleh dikongsikan...

Takut tak?
Macam seorang witch.. =)
The participants.. thanks to all..  =)
Ada juga cerita mistik di sebalik outing ni,
tapi malas nak cerita panjang.
Gigi taring yang dibeli juga tak dapat dipakai sebab salah beli!
Apa2 pun, tak bole lupa pengalaman kali pertama organize event ni.
Macam2 hal ada.
Overall, nak kata event ni berjaya atau tidak, terpulanglah kepada pandangan peserta masing2.
Tapi, yang pasti aku enjoy je.. he he he..
Thanks to all, MUA, photographer & talent yang dapat memberikan sepenuh komitmen anda.


Sedang memikirkan lagi konsep yang best untuk next event, InshaAllah.
Sedang mencari juga mana2 pihak yang boleh kolaborasi bersama.
Tapi, mesti kena tunggu cuti sekolah!!
THE END.


Organizer: ME & AYU
--------------------------------------
MY WARDROBE: Alya SyaQiera
--------------------------------------
TALENT & MUA:

Alya SyaQiera
MUA: Ayoi Nurul Azira

Idayu
MUA: Rogini Roni

NurJanna Syaqira
MUA: Ayoi Nurul Azira

Putri MIa
MUA: Wani Zakariah WaniMakeover
--------------------------------------
PHOTOG:
Slow Loris
Muhammad Nor
Fairuzzaki Mohd Hamzah
M Nazri Warnela Jaswar
Retro Halim
Krak Mk
Abg Jay
Compax V's
Saiful Azri
Mohd Sabrie
Haidit Jaafar
YusRi Wide
Cipot Redz

---------------------------------------
SPONSOR:

Shawl by Niar Bufanda (019-261 0977)
---------------------------------------------
-5 FEB 2011-

2 comments:

  1. Salam .. uh memang takut aarr tgk ...

    http://hasrulhassan.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. yeke takut.. ke pura2 je.. ahhahahhah

    ReplyDelete

Thank you for your comments!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...