Followers

Facebook Page

Translate This Blog

Blog Hits

Wednesday, June 8, 2011

AKU KENA KAHWIN SEBAB...?

Hello boyfriend & girlfriend!

Aha.. ada orang bila ditanya,
"Eh eh awak bila nak kahwin?".

Kadang2 dijawab,
"Belum sampai seru lagi.. (muka senyum ala2 malu2 sambil kelip2 mata)".

Ahahah.. ada pula orang bertanya kepada orang yang ada ura2 nak kahwin,
"Kenapa kau nak kahwin?"

Jawapan,
"Dah sampai seru kot.. (sambil senyum nakal..?)"


Setiap orang mesti ada sebab tersendiri yang menjawab maksud "seru" itu.
Mungkin dia akan kahwin jika duit dia cukup.
Mungkin dia akan kahwin apabila dah bertemu calonnya.
Mungkin dia akan kahwin apabila dia rasa betul2 dah mampu menjadi ketua keluarga.
Mungkin dia akan kahwin apabila dia rasa diri berupaya menggalas tanggungjawab yang besar.
Mungkin dia akan kahwin .... (apa2 je sebab, anda sambunglah sendiri)

Tapi,
aku..?
Tak tahu lah sampai seru ke apa ke.
Kadang2 duduk sorang2 terfikir juga...


Mungkin aku kena kahwin, sebab...
aku tak boleh duduk seorang diri.
Selalu di rumah sewa,
atau di rumah family pun, 
aku duduk seorang diri.
Bila seorang,
semua aktiviti jadi terbantut,
tak ada semangat nak buat apa2.
So, kerja yang banyak jadi semakin banyak.
Masa itulah aku fikir, 
mungkin aku kena kahwin ni.. =p


Mungkin aku kena kahwin, sebab...
aku tak suka masak untuk diri sendiri dan makan seorang diri.
Jika aku masak,
aku suka paksa orang makan dan komen rasa masakan tu.
Jika makan seorang,
memanglah tak berselera.
Ramai2 kan seronok.
Masa itulah aku fikir, 
mungkin aku kena kahwin ni.. =p

Mungkin aku kena kahwin, sebab...
aku suka budak2.
Rasa nak picit2 saja budak2 yang aku jumpa.
Sampaikan adik2 selalu tegur.
"Ko ni tak payahlah pandang budak tu macam tu,
nanti orang ingat kau penculik kanak2 pula."
Best juga ada anak sendiri ya.
Masa itulah aku fikir, 
mungkin aku kena kahwin ni.. =p

Mungkin aku kena kahwin, sebab...
selalu sangat pergi dating.
Bila pergi dating,
banyak duit keluar (duit dia..=p).
Dosa pun banyak (kann..)
Kalau kahwin, 
kan jimat duit & dosa(?).
Masa itulah aku fikir, 
mungkin aku kena kahwin ni.. =p

Mungkin aku kena kahwin, sebab...
.
.
.
.
.

aku pun tak tahu kenapa...
Anda jawablah sendiri bagi pihak diri anda.

Kadang2 tak sedar banyak betul kawan2 dah kahwin dan beranak.
Macam tak percaya je...
Rasanya baru semalam pergi kenduri dia.
Tapi hari ni dengar berita dia dah bersalin.
Tapi, aku rasa aku masih muda.
Banyak sangat benda yang aku nak kejar.
Harap2 yang dikejar dapat,
dan yang dikendong tetap terjaga.


my besfren's wedding, noor, on 5th JUNE 2011
Bila aku nak kahwin?
Bila dah sampai serulah... =)

No comments:

Post a Comment

Thank you for your comments!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...