Followers

Facebook Page

Translate This Blog

Blog Hits

Friday, June 3, 2011

COMP CARD!


Huh.. siap juga ya design my own comp card.
Komen sajalah mana yang kurang! =)

2010-2011


2012
2013

Comp card ni apa ye?


Comp card ni berbentuk kad lah, bersaiz dalam 5 "x 8", dan dicetak depan belakang.
Comp card digunakan untuk menjual diri.. eh eh..
I mean menjual hasil kerja untuk sesuatu projek oleh client.
Contohnya, ada projek iklan Pantene la.. (tiba2 promote Pantene pula!).
Then, client akan review beberapa comp card model untuk memilih siapa yang sesuai untuk jadi model projek tersebut. =)

Biasanya muka depan diletakkan headshot model dengan nama model atau agensi modeling (jika ada). 
Bahagian belakang kad pula biasanya mempunyai beberapa shot dari model, biasanya empat shot. 


Gambar di muka depan comp card bersaiz lebih besar daripada gambar2 pada muka belakang kad dan menunjukkan rupa sebenar model. 
Tak perlulah letak gambar yang menggunakan artistic make-up yang ada design2 pada muka ya, sampai boleh mengubah muka jadi orang lain.. =P


Bahagian belakang kad pula digunakan untuk menyampaikan maklumat tentang model secara visual dan bertulis. 
Ketinggian dan ukuran model turut dipaparkan di sini. 
Kata kunci untuk gambar2 di sini pula adalah versatiliti.
Beberapa cadangan untuk memilih gambar yang sesuai untuk menunjukkan versatiliti:
  1. Ekspresi wajah mestilah berbeza-beza. Client tak cari wajah senyum sahaja, tapi mungkin pelbagai ekspresi lain seperti risau, terkejut, sedih, seksi, dan sebagainya.
  2. Sertakan sekurang-kurangnya satu gambar full body shot untuk client tengok proportion badan model samada seimbang, normal, tinggi atau rendah. 
  3. Elakkan meletak gambar dengan pakaian yang sama, di tempat yang sama dan background yang sama kerana membuatkan model kelihatan kurang berpengalaman. Contoh untuk tempat, letakkan satu gambar di studio, taman, hutan, tepi pantai, rumah tinggal dan sebagainya.

ekspresi wajah yang pelbagai


Semoga artikel ini dapat membantu! 


SUMBER: Pittsburgh Modeling, Models & Talents 
Olahan semula oleh Alya Syaqiera

1 comment:

  1. Comcard tu talent tu buat sendiri ke? Walaupun talent is a newbie

    ReplyDelete

Thank you for your comments!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...