Followers

Facebook Page

Translate This Blog

Blog Hits

Tuesday, June 28, 2011

NOSTALGIA KATANYA~

MELUKIS & MEWARNA.
Memang minat aku dari kecil.
Mak & abah juga tak jemu belikan aku dan adik lelaki aku (ketika tu kami baru berdua),
buku mewarna & color LUNA (memang best, kami asah sampai pendek!).
Habis mewarna,
kami susun buku2 tu, 
& step on it!
Macam main teng-teng.
Nakal sungguh!
Mana taknya,
masa tu bukan tau baca.
Tau warna dan main2 saja. ha ha

Bila dah besar sikit,
aku suka apply teknik 'meniru'.
Aku akan ambil buku yang ada gambar,
aku lukis dan warnakan.
Tapi warna guna pensel warna & krayon je lah.
Masa zaman sekolah rendah dulu aku memang aktif masuk pertandingan.
Namakan saja pertandingan melukis & mewarna apa,
mesti aku turut serta. ehe..
Ingat lagi cikgu Han yang selalu bawa aku dan kawan2, Yati, abg Darwis dan rakan2 lain (sudah lupa nama ye) ke pertandingan, 
tak kira peringkat sekolah, zon, atau daerah.
Bila hasil lukisan dipapar di soft board sekolah,
bangga bukan main! =p


Mak aku juga selalu bagi semangat masa aku kecil2 dulu.
Katanya lukisan aku cantik.
Bila aku dah menginjak dewasa dan cuba kenal erti hidup,
aku dengar mak memuji lukisan adik2 pula.
Tapi, aku lihat lukisan mereka memang tak cantik atau biasa2 saja,
hingga membuatkan aku berfikir,
"Oh.. dulu mak tipu aku".
Tapi, lama-kelamaan aku sedar,
sementelah kini sudah menjadi guru,
rupa2nya itu adalah satu bentuk galakan positif,
dan ia boleh membantu membina keyakinan diri individu.
Terima kasih mak (tiba2 sentimental...)
Patutlah tinggi betul self-esteem aku. =p


Aha...Panjang betul intro.
By the way, baru tadi habis Kursus Seni di PKG.
Sangat best okay slot bengkel terakhir tadi!
Aku berjaya buat catan (lukisan cat air) sawah padi walaupun dah bertahun-tahun tak melukis..
Very nostalgic katanya.
Menurut JU (Jurulatih Utama),
nowadays memang jarang dilihat lukisan seperti sawah padi atau pokok kelapa.
Kerana pemandangan begitu susah jumpa.

Aku pula memang tak reti guna water color.
Subjek Pend. Seni pun tak ambil masa sekolah menengah dulu.
Bila dah diberi pendedahan,
rupanya teknik mewarna guna water color, 
sama teknik macam apply make-up!
Contohnya; 


1. Gunakan warna sewarna atau monochrome, iaitu warna sama yang berlainan tone.


2. Warnakan keseluruhan background dahulu (warna lembut),
diikuti dengan bahagian tengah (warna sederhana kuat),
kemudian depan (warna kuat).


(haa yang no.2 ni macam buat smokey eyes kan...)


3. Color mesti blend. (macam blend eyeshadow.. =p)


4. Catan lanskap mesti ada perspektif. (ini lebih kurang shading kot.. =P)


Lepas tu ada dua istilah baru dengar tadi.
Kaki langit & nilai keemasan (tapi grup aku tak belajar apa tu nilai keemasan.
Kaki langit yang aku faham,
bermaksud pembahagian kertas lukisan kepada dua;
langit, dan permukaan darat atau laut etc.
Jika nak gambarkan sesuatu tu terbentang luas seperti sawah padi dan laut,
gunakan kaki langit yang tinggi.
Jadi tadi aku guna kaki langit yang tinggi.
If anda orang seni, mesti anda tahu.
If tak, tak payah la faham. ha ha ha~


Memang respect habis lah pada JU-JU yang ajar kami tadi.
Memang master dalam seni.
Mula2 aku rasa takut nak mula,
tapi bila da pegang berus lukisan,
tak boleh berhenti pula.
Kan best jika banyak masa,
boleh melukis dan menghilangkan stress.


Harap2 ada kursus macam ni lagi.
Aku nak belajar semua teknik.
Memang tak cukup dua hari kursus.


Later, i'll upload my catan ya.
Anda boleh judge.
Tapi malulah.. buruk.. hehe
Tata~

No comments:

Post a Comment

Thank you for your comments!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...