Followers

Facebook Page

Translate This Blog

Blog Hits

Saturday, July 2, 2011

AKU BERLARI~

"Aku berlari...
Mencari cintamu..."
Ha ha...
Tiba2 teringat bait2 lagu adik aku, Amy.
Best lagu tu.
Tapi aku tak ingat lirik dia.


Pagi tadi aku join berlari bersama budak2 untuk event Larian 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia 2011.
Rasanya semua dah tau mengenai larian ni.
Sebab di TV pun dah banyak kali keluar iklan promo dia. 
Larian peringkat kebangsaan diadakan di Padang Esplanade, Taiping pada hari ini.


Banner Larian 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia 2011


Semua sekolah di Malaysia mula berlari serentak di kawasan masing2 apabila Timb. Perdana Menteri melepaskan peserta di Taiping.
Larian ini sempena pelancaran Dasar 1 Murid 1 Sukan yang bertujuan untuk memastikan setiap murid menyertai at least 1 sukan di sekolah.
Dari segi implementasi dasar ini di sekolah aku,
setiap murid diwajibkan mendaftar 1 sukan/permainan.
Kemudian, perlawanan antara rumah dilangsungkan untuk setiap sukan/permainan tersebut.


Tugas aku?
Ouh.. pendaftaran Guru & IbuBapa/Individu luar saja.
Sebelum 630am dah sampai ke sekolah untuk setup meja dan dokumen pendaftaran.
Tapi, sambutan dari pihak IbuBapa adalah sangat menyedihkan.
Penyertaan guru pula adalah dalam 37 orang daripada 140++ guru.
Not bad...


Pada mulanya, aku tak dapat nak ikut larian sebab incharge pendaftaran.
Kena tunggu di meja hingga 745am di mana larian serentak satu Malaysia dimulakan.
Kemudian perlu scan dan emel borang penyertaan tu pula.
Tapi, disebabkan tugas tersebut diberi kepada guru lain,
aku dapat join juga!
Tak payahlah joging hujung minggu ni. =)


Bukan apa.
Budak2 ni lebih bersemangat jika guru pun turut serta dalam larian.
Jadi, aku ni macam pemberi semangat juga untuk mereka kan.
Kah kah kah... =p


Hadiah cabutan bertuah pula memang lumayan.
Ada beberapa hamper yang disediakan,
dan hadiah utama ialah sebuah basikal warna PINK okay!
Aku harap ada nama aku dicabut.
Tapi, macam biasalah...
Tak bertuah pun... =(


Tapi seronok sebab berjaya juga berlari hari ni sejauh 1.7km! =))

No comments:

Post a Comment

Thank you for your comments!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...