Followers

Facebook Page

Translate This Blog

Blog Hits

Friday, July 29, 2011

SAKITNYA BILA DIKHIANATI



Apa guna berkawan,
tapi kawan makan kawan,
kawan tikam belakang.
Susah betul nak cari SAHABAT pada masa sekarang.
Kalau BFF (best friend forever) pun,
masih lagi ada rasa iri hati,
dengki-mendengki antara satu sama lain.
Jadi, harus bagaimanakah?


Kadang2 rasa lebih selamat bersendiri daripada di kelilingi oleh kawan2 yang bagaikan gunting dalam lipatan.


Lebih baik sendiri dari berkawan dengan si perampas.


Lebih baik sendiri dari berkawan dengan si kaki umpat.


Lebih baik sendiri dari berkawan dengan si penipu wang kita.


Lebih baik sendiri dari berkawan dengan si tikam belakang.


Lebih baik sendiri dari berkawan dengan si pendengki.


Cukuplah intro tu.
Sebenarnya nak cerita mengenai drama ANNISA yang disiarkan di TV3 sebelum ni.
Berapa hari dah habis drama tu,
baru sekarang inilah sempat nak mengsinopsis. he he..



Pelakon drama Annisa ni adalah Fiza Elite (Anna), Rozita Che Wan(Balkis), Aida Aris (Sara) dan Faradhiya(Shila).
Semuanya cantik2 okay!
Mereka membuka syarikat tekstil bersama, Annissa Corporation atas dasar percaya antara satu sama lain kerana mereka dah berkawan sejak dari zaman sekolah menengah lagi.


from left, BALKIS - SHILA - SARA - ANNA


Farid, suami kepada Anna pernah berpacaran dengan Balkis semasa di zaman universiti.
Dan Anna memang menyimpan perasaan terhadap Farid.
Ditakdirkan Anna pula yang berkahwin dengan Farid.
Anna pula tak boleh mengandung.
Jadi dia mengesyaki yang suaminya telah berkahwin lain.
Walaupun Farid menafikannya Anna cuba menyiasat siapakah isteri kedua tersebut.
Dan sangat mengejutkan, 
kawan baik Anna sendiri iaitu Balkis yang dikahwini Farid.
(Dalam dunia realiti juga ada banyak kes semacam ni)
Balkis adalah kawan yang sangat disayangi oleh Anna.
Mulanya Anna mngesyaki Sara yang berkahwin dengan Farid kerana secara tiba2 Sara menarik diri dari Annisa Corporation.
Tetapi Sara berbuat demikian kerana dia menghidap barah dan mahu menyendiri.
Pada mulanya, Balkis berpura-pura berpacaran dengan Eizlan Yusof (aku lupa nama dia dalam drama) untuk mengkaburkan pandangan Anna.
Tapi, bila Balkis dah mengandungkan anak Farid, 
Balkis terpaksa pura2 berkahwin dengan seorang lelaki lain yang diupah oleh Farid kerana Eizlan enggan menyamar sebagai suaminya.
Nak dijadikan cerita,
suami palsu Balkis menuntut bayaran yang mahal walaupun kerja samaran yang dilakukan tak seberapa.
Farid enggan membayar, dan Balkis dan Farid dilanggar.
Farid mati, Balkis pula koma, dan anak yang dikandungnya selamat.
Sambil kucar-kacir kehidupan peribadi mereka,
Shila pula sebagai pemegang akaun syarikat,
telah mengsonglap 5 juta wang syarikat.
Tindakannya telah dikesan Balkis sebelum itu.
Jadi, Shila sangat gembira bila Balkis koma.
Pihak polis pula dah lama syak Shila,
akhirnya Shila ditangkap,
dan menjadi kurang siuman di penjara.
Anak Balkis, Anna yang jaga.
Kemuncaknya, Anna tahu Balkis adalah madunya semasa proses pemberian wasiat.
Pada masa tu, Anna sangat sedih mengenangkan Balkis menipunya.
Penipuan Balkis dianggap lebih besar daripada apa yang dilakukan Shila.
Sara juga menerima tempias kemarahan Anna,
kerana Sara dah tahu semua perkara sejak dari awal,
dan enggan memberitahu Anna untuk mengelak kekeruhan keadaan.
Akhir sekali,
Anna terpaksa juga memaafkan Balkis dan menerima hakikat bahawa Balkis adalah madunya.
Setelah dimaafkan, Balkis pun meninggal dunia.
Dan beberapa minit sebelum drama habis,
Anna didapati sedang mengandung pula.
Bagi aku apa yang dihadapi oleh Anna sangat dahsyat.
Boleh jadi gila macam tu.
Anna beriya sayang kepada semua kawan2 nya.
Tapi, tuba yang dibalas. 
Suami juga menipu.
Lonely nya hidup macam tu.


Jadi berhati-hatilah tika berkawan (nasihat untuk diri sendiri juga).
Kita tak boleh terlalu percaya sangat pada orang lain
Satu quote yg paling ingat dalam kepala,
bagi lelaki ni sesuailah.


"Buat apa dera perasaan isteri dengan berkahwin lain, 
tapi masih enggan dilepaskan.
Kalau betul dah tak sayang & tak perlu lagi, 
lepaskanlah dia."

(then kalau ada jodoh, boleh isteri tu cari pengganti.. hihi)


Drama ni memang favorite aku lah.
OST song dia pun best sangat.




-Beribu Sesalan-






Ku susuri malam ini
Yang tidak berbintang sunyi sepi
Juga rembulan dah menghilang
Dalam kelam ku sendiri


Ku mencari hembus bayu
Yang selalu berbisik madah rindu
Kini membisu dalam sayu
Tidak ku temu suaramu
Kekasihku di jalanan yang berliku
Di saat ku perlukanmu
Tertutup jua segalanya terhadapmu
Di sini ku tersedu-sedu
Setelah cinta pergi
Ku mengusung duka ini diiringi
Kisah janji dimungkiri lagi
Kekasihku di jalanan yang berliku
Di saat ku perlukanmu
Tertutup jua segalanya terhadapmu
Di sini ku tersedu-sedu
Setelah cinta pergi
Ku mengusung duka ini
Diiringi
Kisah janji
Dimungkiri
Dimungkiri
Sia-sia ku
Mencintaimu
Setia padamu
Percayakanmu
Sebak dadaku
Retak hatiku
Luka jiwaku
Dihiris pilu
Sia-siaku
Mencintaimu
Setia padamu
Percayakanmu
Sebak dadaku
Retak hatiku
Luka jiwaku
Dihiris pilu


Beribu sesalanku

5 comments:

  1. eleh.. rajin lak ek komen blog org.. =pp

    ReplyDelete
  2. huhu..xberani xkomen der..haha!

    ReplyDelete
  3. Yeah :D Sometimes memang like that la kan sis . Btw thanks cerita kan cite Annisa , Saya mang tak nengok cite tu hehe

    ReplyDelete
  4. tq wiwy sudi baca.. mmg best cite ni.. bg kesedaran ps kite.. value seorg sahabat saban hari makin hilang..

    ReplyDelete

Thank you for your comments!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...