Followers

Facebook Page

Translate This Blog

Blog Hits

Monday, July 11, 2011

PERCAYA, REDHA, MAAF~


We are inclined to believe those whom we do not know 
because they have never deceived us.

-Samuel Johnson-



Erm.. Sesuailah quote tu dengan aku.
Macam2 berita dengar pasal BERSIH tempoh hari.
Bloggers pun bukan main berlumba2 buat entry hangat mengenai BERSIH.
Tak tahu sama ada rumours atau cerita sebenar.
Tak boleh siar di sini cerita2 tersebut,
kerana menjaga sensitiviti.


Akibat daripada itu, 
aku terpaksa batalkan photoshoot dengan Dlia Jane Collection.
Penting sangat shoot tu, 
sebab aku dah tersenarai top ten Pencarian Model DJC 2011.
Aku dah siap pakai mask muka supaya esok mekap jadi cantik (jika muka bersih).
Tudung2 yang nak dipakai pun telah disusun dan tersedia untuk dibawa.
Tapi oleh sebab takut drive berseorangan dan memikirkan macam2 perkara yang boleh berlaku,
aku cuba minta ditangguhkan shoot pada hari lain,
tapi pihak DJC sudah tiada masa lagi.
Makanya aku disqualified!
Sedih sangat!
Merata juga promosi untuk DJC, 
you can read DJC promo in entry MODEL KE?
But at the end of the day, I just got nothing.
Inilah namanya tiada rezeki.
Aku percaya rezeki Tuhan.
Mungkin rezeki ada di tempat lain.
Tuhan yang memberi rezeki, disalurkan melalui manusia lain.
Bila fikirkan kata2 itu, aku jadi redha.
Aku harap pihak DJC maafkan aku dan halalkan segalanya.
Dan terima kasih memilih aku sehingga menjadi finalis. 
Perkara yang terjadi betul2 tidak disengajakan.
Semoga DJC bertambah maju.



Aku minta maaf pada semua.
Aku juga maafkan semua orang.
Harap semua maafkan aku.
Kerana kita tak tahu bila waktunya kita akan kembali padaNya.
Ya Allah ampunkan aku...


Dan jangan lupa ye amalkan SENYUM yang IKHLAS kepada orang lain.
Baru nampak cantik. =)


P/S: Perhimpunan BERSIH memang agak menakutkan. 




No comments:

Post a Comment

Thank you for your comments!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...