Followers

Facebook Page

Translate This Blog

Blog Hits

Saturday, August 13, 2011

DAY 2 - APA YANG ADA DALAM BEG MAKE-UP ANDA?



Semua gadis pun tentu ada bawa make-up kalau keluar ke mana2 kan?
Tak kiralah letak dalam handbag je, 
atau letak dalam beg make-up.
Kalau gadis tak bawa make-up,
tu maknanya dia belum cukup jadi gadis lagi.. he he
Entah apa2 lah ayat! hoho..~

Aku juga tak terkecuali bawa make-up.
Senang kan nanti kalau nak touch-up.
Lebih2 lagi kalau selepas solat perlu apply make-up semula.
Atau bila muka dah mula berminyak,
bolehlah dap2 muka dengan compact powder. 
Atau bila bibir da mula rasa kering,
bolehlah apply lip balm atau lip gloss.


Pentingkah make-up?

Ya, penting.
Bila2 masa kita mungkin akan terjumpa JODOH.
Jadi, bersedialah.
Tak mahu comot2 ya! =p

Beg make-up aku warna PURPLE (gedik kan ni pun nak bagitahu.. =p).
Selalu bawa pergi mana2 lah dalam handbag (ouh tak boleh keluar tanpa handbag!).
|
|
|
|
|
V
LIST MESTI ADA DALAM MAKE-UP BAG aku!! (sort ikut paling penting)


1. COMPACT POWDER / TWO-WAY CAKE FOUNDATION


Dah lama aku pakai bedak ni, since zaman study lagi.
Sebab coverage dia, phewww, perfect!
Sesuai untuk quick make-up.
Bekas dia warna PINK!
Aku beli bekas dia masa ada promotion.
Lepas tu belilah refill dan ganti bedak yang dah habis.
Bekas still guna yang sama sampai sekarang. =))

ZA TWO-WAY FOUNDATION

2. LIP BALM


Lip balm ni sangat tahan lama walaupun tiap2 hari pakai.
Pakai dia sebelum pakai lipstick atau gloss untuk elak bibir kering dan jadi kusam
Ataupun boleh pakai dia saja untuk elak bibir kering,
sebab negara kita sangatlah panas.
Air banyak hilang dari badan,
jadi nanti bibir akan kering.

SEBAMED LIP DEFENSE SPF 30

3. LIP GLOSS 


Mulanya, cuba2 mak punya gloss.
Alih2 jatuh cinta.
Memang tahan lama lip gloss ni.
Warna pun menarik.
Pakai gloss ni best tau.
Rasa bibir lembap je.. =)
L'OREAL PARIS GLAM SHINE 6H in DAZZLING PINK

4. EYELINER


Eyeliner penting untuk sorok mata yang penat dan tak bertenaga.
Gunakan pencil eyeliner untuk memudahkan ia dipadam bila2 masa.
Eyeliner hitam adalah yang paling selamat digunakan.
Aku pakai L'oreal punya.

L'OREAL CONTOUR KOHL EYELINER

5. FOUNDATION


Foundation apply semula jika perlu.
Aku guna Naturactor code 151.
Murah, coverage ok lah,
tak terlalu tebal dan senang remove.
Pastikan beli yang original ye sebab banyak yang fake sekarang ni.

NATURACTOR FOUNDATION CODE 151


6. CONTACT LENS EYE DROPS 


Bagi pengguna color lens tegar macam aku ni,
memang perlulah bawa lens eye drops.
Mata akan jadi merah kalau pergi tempat ber-aircond,
jadi titiskan eye drops ni untuk segar semula.
Aku guna ni.
Sejak mula pakai lens, sampai sekarang tak pernah tukar brand lagi.

RENU MULTIPLUS LUBRICATING & REWETTING DROPS

7. MASCARA


Mascara apply bila perlu sahaja.
Sesua untuk jadikan mata panda aku ni jadi macam terbeliak.. ahhaha
Tak adalah sampai terbeliak, tapi terbuka lah.
Kira macam segar, tak nampak letih.
Aku beli mascara ni masa promotion.
Memang WOW tahu!
Melentik dan panjang bulu mata.
Applicator mascara ni macam sikat.
Dia sentuh setiap helai bulu mata, mata jadi cantik sekelip mata.
Bekas pun warna PINK!

MAYBELLINE VOLUM' EXPRESS HYPERCURL CAT EYES


8. PERFUME


Ini pun mesti ada.
Sapu sikit untuk rasa wangi semula.
Recently aku bawa miniature The Beat from Burberry (yang Agyness Deyn jadi model tu) ke mana2.
Sebab terasa wangi sepanjang hari bila pakai. =))

BURBERRY THE BEAT EAU DE PARFUM

9. EYESHADOW??



Ouh aku tak pakai eyeshadow hari2.
Kalau ada shoot atau event tertentu baru pakai.
So tak perlu bawa lah.. huehue



Cukuplah tu 8 item dalam beg make-up.
Tak perlu banyak2 ok.
Sebab tujuan bawa beg make-up adalah untuk touch up.
Kalau nak make-up sungguh2, boleh lah bawa make-up box! =p

Daa~~

No comments:

Post a Comment

Thank you for your comments!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...