Followers

Facebook Page

Translate This Blog

Blog Hits

Sunday, August 14, 2011

DAY 3 - JENIS MANUSIA YANG MENARIK PERHATIAN ANDA



30-day blog challenge, day 3 suda.. Jom tengok list secara random jenis manusia yang menarik perhatian aku:


1. HANDSOME / CANTIK


Ini memang menarik perhatian semua. Menarik perhatian tak bermaksud jatuh cinta. Orang handsome / cantik memang aku akan pandang dan cakap:

Wow handsomenya dia! Cantiknya gadis tu! 
sambil mata tak kelip2 tengok dia. Haha..


Aku jenis tak kedekut pujian. Sebab apa yang keluar dari mulut aku, memang aku fikir he/she deserves it.

2. WANGI


Orang wangi ni dalam kepala aku akan tafsir dia pembersih. Kalau badan berbau tu maksud malas mandi lah. Kalau malas mandi, mesti banyak lagi benda yang dia malas buat.. Euww taknak aku list kat sini. Tapi tak tahulah kalau sembur perfume satu botol tu untuk cover dia tak mandi hari tu. But still kita boleh beza bau orang mandi dengan tak mandi kan? So macam mana nak jadi orang yang wangi? Rajin2 lah mandi dan gosok gigi. =P


3. CARING


Aku suka bila orang text aku, "Take care". Walau nampak simple, tapi cukup bermakna yang orang tu ingat kita. Susah nak cari manusia caring zaman sekarang, sebab kebanyakannya selfish. Sorry to say~. Even small things yang kita buat untuk orang lain menunjukkan kita ambil berat pada dia, tapi banyak orang mengabaikannya. Contohnya, angkatkan beg berat perempuan mengandung, bagi seat untuk orang tua etc.


4. BERBUDI BAHASA, LEMAH LEMBUT, HORMAT ORANG TUA


Budi bahasa, cakap lemah lembut, dan hormat orang tua.. siapa yang tak tertarik? Betul? Yang cakap kuat2 dan nyaring macam nak tengking orang, tak tahu beradab dengan orang lebih tua dan tak ada budi bahasa tu minta maaf lah. Memang tak sesuai dengan jiwa aku yang sensitif ni. Ho ho

5. SMART / FASHIONABLE


Lelaki smart, perempuan fashionable, memang menarik perhatian! Mereka pandai membawa diri mereka di khalayak. Tapi please jangan overrr okay. Jadi fashionista ni boleh, tapi perangai kena humble juga. =)

adore ur style.. hana tajima~

6. BACA QURAN SEDAP


Bila pergi solat berjemaah, tak kiralah terawih ke, sunat raya ke, atau fardhu, memang tak boleh tahan tertariknya kepada suara manusia yang membaca ayat2 Quran mendayu-dayu tu. Tapi ni tertarik pada suara, bukan pada orangnya. Ha ha.. Biasalah tu. CINTAITUBUTA.

7. RAJIN


Rajin, ringan tulang, tak payah minta tolong, dia dah datang dulu hulur bantuan. Wah orang macam ni memang selalu di hati. Dan aku pun rasa tak kisah atau tak berkira langsung dengan jenis orang macam ini. Sangat sweet.

8. SELALU TERSENYUM, MUKA MANIS


Orang selalu tersenyum, buat orang lain senang dekat kepadanya.


9. BISING


Bising ni maksud aku bukanlah memekak. Tapi bising jenis macam peramah, ala2 tak kisah, loud. Aku memang suka berkawan dengan orang macam ni sebab kontra dengan aku. 

10. PANDAI MAIN GITAR & MENYANYI


Ehemm.. Nanyikan satu dua buah lagu untuk aku. Dalam telefon pun boleh dedicate lagu sambil petik gitar. Memang asyikk!! =P

luv luv luv

Sekian sajalah list jenis manusia yang menarik perhatian bagi aku.
Nanti list banyak2, ada pula yang muntah.
K bai. =)

No comments:

Post a Comment

Thank you for your comments!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...