Followers

Facebook Page

Translate This Blog

Blog Hits

Tuesday, August 23, 2011

DAY 8 - TIGA PERANGAI BURUK ANDA



Huh cabaran hari ke-8 , 30-day blog challenge ni memang agak mencabar juga.
Perangai buruk pun nak ditanya ye.
Ermm siapa yang kenal aku tahulah ape perangai buruk aku yang malas nak hebah sebenarnya. Haha..
Tapi, mana ada orang yang perfect kan?Walaupun banyak juga perangai buruk, tapi nak tiga je kan? huhu~
So, layan jelah...


1 - SENSITIF NAK MATI, MUDAH TOUCHING, MENANGIS

Ni memang tak dapat elak la. Aku mudah terasa dengan orang yang suka cakap lepas dan meninggi suara, lebih2 lagi kalau dari orang yang aku sayang. Contohnya mak aku. Kalau kena marah, aku lebih banyak diam dan terus nangis. Ha ha. Fragile sangat lah hati ni. Tak elok kan? Kalau tengok drama ke, muvie ke, aku lah dulu yang akan keluar air mata untuk scene2 sedih. Hahahha.. It comes naturally... Tak tahu macam mana nak ubah.


alolo cedeyhnya~

2 - PERFECTIONIST


Perfectionist ni sama dengan cerewet ke? Haha.. Ni memang perangai buruk kalau dah jadi terlebih cerewet. Kadang2 aku selalu fikir kenapa orang lain tak boleh buat sama macam aku buat. Tapi, bila fikir balik, tak semua orang ada capability yang sama kan. Kalau buat kerja seboleh2 nya aku nak perfect, tak kira lah kerja di tempat kerja, sampai ke hal2 kecil seperti mengemas rumah. Contohnya, aku tak suka kalau ada orang menyapu lantai kawasan yang dipijak je. Bawah kerusi semua tak disapu. Lepas mandi, rambut semua kena kutip, jangan sumbatkan lubang keluar air tu. Kalau kena dengan mak aku, memang satu hari lah dengar dia bebel. Lagi kalau basuh baju aku asingkan mana yang boleh mesin dan mana yang tak. Sampaikan mak aku pun takut nak basuhkan baju aku. Aku sangat  particular dalam hal2 sebegitu. 


gud gud je lah!~


3 - LAST MINUTE PERSON

Aku memang orang yang last minit sebab bila buat kerja awal rasa macam tak ada feel. Tapi bila hampir sampai due date, aku boleh buat kerja dengan sangat cepat. Dan bila dah siap, rasa tak puas hati dan fikir dalam kepala,
"Kalau aku mula dari awal, mesti lagi best jadinya benda ni."


theeheee~~


Boleh tak jadi perfect kalau last minute? haha (sila kaitkan nombor 2 & 3) =P


Okay..that's all.
Happy reading.
Nite all! =)


P/S: dari tadi asik dok mengulang lagu Barakallah Maher Zain. Suka sangat lagu tu sejak dua menjak nih.. =P

No comments:

Post a Comment

Thank you for your comments!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...