Followers

Facebook Page

Translate This Blog

Blog Hits

Tuesday, August 2, 2011

PLEASE JANGAN NAKAL~


Pernah tak anda rasa diperhatikan. 
In short, di-stalk lah. ha ha..
Kita memang tak tahu siapa stalker kita kan.
Tak kiralah di blog, FB, twitter etc..
Kebanyakan kawan2 atau readers adalah tergolong dalam kumpulan SILENT READERS (SR). *Term SR ni, Hannan Nazri yang ajar aku.. hee..*
Tak ada komen, tak ada LIKE, tak perlu kata apa2.
Cuma baca, faham (atau tak faham, atau buat2 tak faham =p),
kalau tak suka, boleh let go.
Kalau suka, mungkin akan disebarkan kepada orang lain.




Sebagai SR, anda perlu bijak menapis maklumat yang dibaca.
Tak semua yang anda baca itu benar,
samalah dengan apa yang anda dengar,
tak semuanya benar.
Kita tak perlu percaya kepada semua yang dibaca dan semua yang didengar.

Kita mesti bijak memilih maklumat yang hendak dipercayai sahaja.
Bersifat adil dan neutral dalam semua perkara boleh menjadikan anda seorang yang lebih matang, bijak, malah dilihat sebagai seorang yang profesional.

Pertimbangan maklumat yang diterima,
bukan mempercayainya membabi-buta dan tanpa usul periksa.
Jika tidak tahu kebenaran sesuatu perkara tersebut,
bertanyalah,
kemudian baru buat kesimpulan yang wajar.


Apalah yang aku merepek ni kan.
Sebenarnya, baru sekarang aku sedar kita perlu menjaga banyak hati.
Jika selama ini aku seorang yang peramah,
dengan sesiapa sahaja aku boleh bergurau senda,
tapi kini, aku perlu terhadkan perlakuan tersebut.
Takut-takut sesiapa yang membaca, 
berkecil hati, sedih, kecewa, hampa.
Dan kadang2 turut disalah-faham dan disalah-tafsirkan.
Lebih2 lagi di facebook page,
tak semua orang boleh dilayan sama rata, lebih2 lagi lelaki.
Sebabnya, ada pembaca yang bertanya, 


siapa dia pada aku?

ada apakah aku dengan dia?


Walau yang sebenarnya, kami hanya kawan. =P


Dan dengan itu, aku janji, aku takkan nakal lagi.
=))

2 comments:

  1. ye dengan lelaki memang tak boleh nak baik sangat.kang baik dia fikir lain.kang tak baik kata sombong pulak.T__T Be natural.

    ReplyDelete
  2. hee.. mksud sy, orang lain yg baca ape yg ade di facebook oage tu yg slah tafsir. padahal kami kawan je.. cuma teman tp mesra,, tu pun di facebook aje.. tq for coment!

    ReplyDelete

Thank you for your comments!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...