Followers

Facebook Page

Translate This Blog

Blog Hits

Saturday, August 27, 2011

SALAM AIDILFITRI AYAHANDA DAN BONDA


Mood RAYA! RAYA! 

Masih terkenang2 waktu sambut Raya waktu susah dulu. Masa tu, nak beli baju baru pun susah. Setiap kali raya, mak lah yang sibuk cari kain di kedai, buat baju raya untuk kami adik-beradik. Apa saja yang mak jahitkan, aku akan pakai. Kain yang murah di kedai adalah kain lebihan atau kata mudahnya, kain perca. Itulah yang kami pakai saban tahun. Mak pula pandai suai padan warna. Jadi tak ada masalah kalau pakai kain perca sekalipun (sekarang pun di kedai banyak suai padan; baju lain, kain lain). Masa tu mak naik basikal pergi cari baju raya. Dah ok sikit, baru ada motor. Yang paling sedih bila time hujan, memang basahlah. Tapi, walau susah manapun kami, ada lagi yang lagi kurang bernasib baik daripada kami. Kami beruntung sebab ada MAK. Thank you mom, ILEBIU lah~



Mak akan jahit baju kami, baju dia tak ada pun tak apa. Pernah sekali masa aku masih study di Universiti, waktu balik cuti raya, aku request satu baju kurung siap warna hijau pucuk pisang, siap ada manik2. Masa tu harga RM120 dah cukup mahal bagi aku. Tapi, mak belikan juga.. huhu.. Aku tak fikir pun mak ada duit ke tak masa tu.

Tapi sekarang, mak aiihh.. Berhelai-helai baju raya aku. Kalau boleh, nak bagi mak duit banyak2 masa raya ni, nak suruh dia pakai cantik2 dan bergaya. Selagi ada duit, kalau boleh nak bagi. Tu pun mak menolak. Satu je aku cakap pada mak, rezeki jangan ditolak, barulah dia nak terima. =)

Jadi anda semua, kenang2 lah pengorbanan mak anda. Sesiapa yang dah jadi mak, mesti dia tahu bagaimana perasaan mahu melihat anak2 happy di hari raya dan cuba melengkapkan mereka lebih dahulu daripada diri sendiri.

Dan setiap kali aku dengar lagu ni di corong radio, syahdu sungguh rasa hati ni. Lirik dia sangat menyentuh.

Jom layan... SELAMAT HARI RAYA SEMUA! 


Salam Aidilfitri Ayahanda Dan Bonda
by Raihan & Hujan


Terkenang Di Ketika Itu
Ku Dimanja Dan Disayang Selalu
Apa Saja Kemahuan Diri
Akan Cuba Dipenuhi

Walau Hidup Dalam Kesukaran
Kau Kan Cuba Untuk Membahagiakan
Demi Anak-Anak Yang Tersayang
Kau Berdua Kan Berkorban

Tetapi Baru Kusedari
Tidak Mungkin Kan Terbalas Budi
Pengorbanan Mu Tiada Ternilai
Hanya Tuhan Kan Membalasnya

Salam Aidilfitri
Ayah Bonda Yang Dicintai
Maafkanlah Anakmu Ini
Kerna Belum Cukup Berbakti

Pabila Menjelang Lebaran
Baju Baru Kan Disediakan
Walau Mungkin Kami Tak Mengerti
Keperitan Saat Itu

Namun Wajahmu Terus Barcahaya
Oh Sucinya Kasih Sayang Itu
Di Bibir Mu Kan Menguntum Senyum
Andai Anakmu Bahagia

Salam Aidilfitri
Ayah Bonda Yang Dicintai
Maafkanlah Anakmu Ini
Kerna Belum Cukup Berbakti Di Aidilfitri
Di Aidilfitri

No comments:

Post a Comment

Thank you for your comments!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...