Followers

Facebook Page

Translate This Blog

Blog Hits

Sunday, October 16, 2011

TANDA2 GADIS ADMIRE KEPADA ANDA



1. Berpakaian seperti anda


Kalau boleh, apa sahaja yang anda pakai hendak dipakainya juga. Hari ini dia ternampak anda gayakan pakaian yang dirasakan cantik, malam itu juga dicari di kedai untuk digayakan keesokan hari. 
Memang dia admire gila kepada anda.


2. Style tudung/rambut seperti anda.


Pasa satu hari anda tampil berani dengan style tudung/rambut yang berbeza dengan orang lain ke tempat kerja. Beberapa hari selepas itu, kelihatan dia juga membuat gaya tudung/rambut yang sama seperti anda.
Memang dia admire gila kepada anda.


ini hana tajima. sy juga suka tiru style tudung dia cz i admire her. =P

3. Buat lagu favorite anda sebagai ringtone handphonenya


Dia tahu lagu kegemaran anda, lalu cepat2 dimuat turun dari internet dan jadikan ringtone handphonenya.
Memang dia admire gila kepada anda.


4. Membeli barang2 seperti gadjet/laptop/handbag dll sama seperti anda


Situasi: Anda baru sahaja membeli laptop jenama HP. Beberapa minggu selepas itu, kelihatannya dia juga menggunakan laptop HP model yang sama yang baru dibelinya. Laptopnya yang lama dan masih elok digunakan, disedekahkan kepada adiknya. Malangnya, selang beberapa bulan, keluar model HP yang baru dengan dilengkapi webcam, anda pula dipersalahkan kerana dia membeli model HP yang tiada webcam. (?)  
Memang dia admire gila kepada anda.


5. Menjadikan perlakuan anda sebagai contoh


Apa sahaja yang anda lakukan cuba dijadikan contoh dan diikut. Contohnya, sekali sekala selepas mengemop lantai, anda merendamkan mop dengan Clorox dengan tujuan membersihkannya. Dia pula akan merendam mop setiap kali habis mengemop dengan air yang masih berbaki dalam baldi. Berhari-hari pula tu! *hati2 nanti mop cepat reput.. Perkara ini biasa terjadi apabila duduk serumah, contohnya adik-beradik, atau teman serumah.
Memang dia admire gila kepada anda.


6. Meniru perniagaan online anda


Anda baru saja memulakan perniagaan online, contohnya menjual shawl. Selang beberapa hari kemudian, dia juga memulakan perniagaan online dengan menjual barangan yang sama dengan target pembeli yang sama. Bagus juga ya, ada persaingan yang sihat. Kena fikir positif sajalah. LOL
Memang dia admire gila kepada anda.


7. Update status Facebook/Twitter lebih kurang sama macam anda


Anda update status di FB/Twitter dengan apa yang ada dalam minda anda ketika itu. Beberapa saat kemudian, dia pula update status yang lebih kurang sama atau seakan-akan cuba membidas status anda itu.
Memang dia admire gila kepada anda.


8. Topik entry blog sama macam anda.


Anda update blog. Selang beberapa hari, anda terjumpa tajuk blog yang berkaitan dengan salah satu entry anda dalam blognya. Isi kandungan juga lebih kurang sama namun telah diolah semula. Malangnya tiada pula dikredit nama anda. =P
Memang dia admire gila kepada anda.


9. Dapat baby sebiji muka anda.. LOL


Dia telah berkahwin dan sedang mengandung. Dia pula kurang suka dengan anda selama ini. Namun setelah melahirkan anak, wajah babynya saling tak tumpah dengan anda. Ape cer..? hihi.
Memang dia admire gila kepada anda.


10. ada apa2 tambahan?
.
.
.
.

Kesimpulannya, semua manusia di dunia ini bukanlah unik. Kita sering terikut-ikut atau mencontohi gaya dan perlakuan orang lain. Itulah yang membentuk dan menjadikan kita sebagai kita pada hari ini. Contohilah perkara yang baik, itu tak apa. Tapi janganlah nampak sangat yang kita cuba meniru orang lain sehingga hilang identiti diri yang sebenar yang ada pada awalnya. Tambah sikit kelainan, pasti nampak berbeza kerana kita tak akan pernah boleh jadi 100% seperti orang lain.. =D


*entry ini khas untuk gadis yang admire kepada gadis lain. Sorry boys? Terima kasih kerana sudi membaca. hihi :D


ORIGINAL IDEAS : alya syaqiera

No comments:

Post a Comment

Thank you for your comments!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...