Followers

Facebook Page

Translate This Blog

Blog Hits

Wednesday, October 5, 2011

FIRST DAY OF PMR


Cerita semalam.


First time bertugas semasa PMR, jaga kaunter, nama pertama, hari pertama.
Aku yang memang dah blur ni, tanpa taklimat tanpa apa aku main redah je.
Sepatutnya aku kena pergi naik ke pusat peperiksaan yang aku jaga, 10-20 minit SELEPAS kertas bermula, berjumpa dengan Ketua Pengawas peperiksaan dan berhubung dengan dia untuk ambil nama pelajar yang tak ada dalam bilik peperiksaan.
Tapi, lain pula jadinya bila aku disuruh naik sebelum tiba waktunya.
Aku pun dengan selamba berjalan di koridor, memantau dari bilik ke bilik.


Seorang pengawas PMR bertanya, 
"Awak cikgu sekolah sini ke?"


Aku,
"Ya"


Pengawas PMR,
"Cikgu tak dibenarkan berada di sini"


Aku,
*blur*


Tiba2 dengar nama aku dipanggil2 dari tingkat bawah.
Beberapa orang guru disiplin kelihatan melambai-lambai aku dan bagi signal suruh turun.
Aku pun turunlah.
Rupa2nya baru kutahu daripada mereka, guru tak boleh berada di pusat peperiksaan, hanya dibenarkan pergi ke bilik di mana ketua pengawas berada sahaja.


*malu*


Sepuluh minit kemudian, aku pun naik semula berjumpa ketua pengawas.
Aku ambil nama daripada dia, 
kemudian aku bertanya,
"Lepas ni saya kena buat apa ya?"


Ketua pengawas,
*pandangan pelik*


Aku,
*balas pandangan dia*
"Erm ok lah saya turun dulu"


Aku turun dan call parents pelajar yang tak muncul di bilik peperiksaan.
Kedua2 parents pelajar yang aku call, tak tahu pada hari tu PMR dah bermula.
Aku paksa juga suruh pelajar datang walaupun masa untuk paper BM1 hampir tamat.


Pelajar yang tak bawa slip peperiksaan dan I/C juga ramai.
Sibuk jugalah suasana pagi tu.
Semua pelajar yang terlupa bawa dokumen penting tu kena herdik dengan pengetua.
Aku yang pening.
Budak2 ni memanglah tak dengar cakap.
Dah berkali-kali pesan pun tak bawa juga.
Mana ckigu2 tak bengang kan.


Ermm itulah kenangan hari pertama PMR.
Ketua pengawas PMR juga terdiri daripada cikgu2 muda yang kurang pengalaman.
Ada juga konflik yang terjadi, tapi dapat diselesaikan dengan mudah.
Tunggu pula cerita aku jadi Pengawas SPM nanti.
Mesti macam2 pengalaman yang aku dapat.
Hahahaha nak gelak... =P


BEST OF LUCK STUDENTS!

No comments:

Post a Comment

Thank you for your comments!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...