Followers

Facebook Page

Translate This Blog

Blog Hits

Monday, October 10, 2011

MERISIK & DIRISIK? =D



Merisik adalah peringkat yang pertama dilakukan dalam adat perkahwinan Melayu. Merisik juga dipanggil meninjau atau menengok si gadis.Pada masa tersebut, kedua-dua belah pihak lelaki dan perempuan akan bertemu bagi menanyakan samada si gadis telah berpunya atau belum. Pada saat itu juga adalah masa di mana pihak lelaki dapat melihat wajah si gadis yang dirisik. Jika risikan diterima oleh pihak perempuan, maka tarikh bertunang pula akan dibincangkan. 


Namun pada masa kini, adat merisik jarang dilakukan kerana lelaki dan perempuan telah berkenalan terlebih dahulu. Adapun yang dilakukan, disekalikan dengan majlis bertunang untuk menjimatkan kos dan masa.

Checklist untuk pihak lelaki yang ingin melamar dan merisik gadis pilihan. Sekadar berkongsi.


1. Cincin belah rotan. (cincin tanda)

2. Wang tanda (hantaran)

3. Baju sepasang atau kain

4. Buah-buahan

5. Kuih-muih


Steps:

  1. Tentukan siapakah yang akan menjadi wakil anda. (ibu bapa atau ibu bapa saudara).
  2. Wakil pihak lelaki tersebut perlulah bertanya kepada ibu bapa si perempuan sama ada anak gadisnya itu telah mempunyai teman atau tidak.
  3. Jika tidak, maka wakil pihak lelaki perlulah menyatakan hajat untuk melamar si gadis.
  4. Jika ibu bapa si gadis telah bersetuju, maka cincin tanda dan lain-lain barang iringan seperti wang tanda, kain, buah-buahan dan kuih-muih diberikan.
  5. Jika mereka menerima barang-barang yang diberikan, maka secara tidak langsung, si gadis telahpun bersetuju untuk melayari hidup bersama lelaki tersebut.
  6. Wakil pihak lelaki berbincang tentang wang hantaran.
  7. Menetapkan hari untuk melangsungkan majlis pertunangan.



SOURCE: DUNIA CINTA -Percintaan & Rumahtangga (olahan semula by Alya Syaqiera)

No comments:

Post a Comment

Thank you for your comments!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...