Followers

Facebook Page

Translate This Blog

Blog Hits

Monday, November 14, 2011

6 HARI LAGI . . .



FRESH FLOWER vs ARTIFICIAL FLOWER


Sangat busy dari petang Jumaat, Sabtu dan Ahad lepas.
Banyak perubahan dah berlaku.
Sejak dress tunang yang diimpikan macam tak jadi je macam dalam entry IMPIAN UNTUK KELIHATAN SEPERTI SEORANG PUTERI, PUNAH, aku pun tukar plan untuk hantaran.
Idea awal nak deco guna fresh flowers since dah dapat harga murah dan hantaran hanya sekali ini saja bagi masa bertunang.
Tapi bila fikir balik, lebih baik berjimat.
Lagipun mak aku memang dah banyak pengalaman buat hantaran.
Dan satu quote dari mak yang menyebabkan aku tukar fikiran dari guna fresh flowers kepada artificial flowers adalah

"Orang nak tengok barang, bukan nak tengok hiasan hantaran"


Mak aku memang dari awal tak setuju buat pakai fresh flowers sebab mahal katanya.
Tak apalah.
Guna artificial flowers pun ok apa. =)


GUBAHAN HANTARAN


Hantaran masih lagi dalam proses mereka dan meletak.
Aku buat berdua saja dengan mak.
Sabtu dan Ahad lepas kami bekerja keras cari bahan2 untuk decorate hantaran.
Mak pula bersungguh-sungguh untuk mereka-bentuk letak hantaran.
Aku hanya pandai tolong sikit2 saja sebab aku kurang kreatif berbanding mak.


FAMILY'S OUTFIT


Baju untuk family juga dah siap beli.
Baju Melayu siap samping songket untuk adik2 lelaki.
Kurung moden baby pink untuk adik2 perempuan.
Mak pula, sehelai kaftan.
Rancang untuk pakai sedondon serba pink satu family.
Harap gambar jadi cantik. =)


TUDUNG TUNANG


Merujuk kembali entry FITTING BAJU TUNANG tempoh hari di mana aku beli tudung Ariani untuk dipadankan dengan baju tunang. Tapi, mak aku tak suka & kata tak sesuai aku pakai baju dress tu dengan tudung awning Ariani tu. So, tadi sekali lagi ke Semua House cari scarf manik & shawl warna peach untuk menggantikannya. Memang aku suka & nampak sesuai dengan muka aku.


Beberapa hari kebelakangan ni memang dipenuhi aktiviti persiapan untuk majlis nanti.
Doakan semua berjalan lancar ya.
=D



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...