Followers

Facebook Page

Translate This Blog

Blog Hits

Thursday, November 10, 2011

DIA YANG TELAH PERGI . . .





Terkilan rasa hati, bila mengenangkan begitu berat dugaan yang dilalui oleh en. Bf.
Khabar sms yang aku terima seawal pukul 2 pagi tadi, memang mengejutkan aku dari tidur.


"Pakcik I dah meninggal"

Aku pergi kerja dengan perasaan tak tenteram.
Ajak mak aku temankan ke rumah mak en. Bf di mana jenazah ada di sana.
Dalam pukul 1 p.m kami sampai.
Tapi, jenazah dah di kebumikan seawal 10 pagi tadi.

En. Bf tiada.
Berkursus di Pulau Pangkor.
Tak sempat menatap wajah pakciknya di saat akhir, kerana perjalanan pulang yang masih jauh.
Bayangkan perasaan dia, anak saudara yang boleh dikatakan agak rapat dengan pakciknya.
Tugas dia hampir saban minggu menghantar dan menjemput pakciknya dari hospital.
Banyak kali juga disebut2, dia membesar dengan pakciknya.

Bangun pagi, muka itu yang ditatap.Mahu tidur, muka itu yang ditatap.Menonton tv, muka itu yang ditatap.Masa makan, muka itu jugalah yang ditatap.
Tak dapat bayangkan kalau aku di tempat dia, bolehkah aku jadi kuat untuk menerima berita pemergiannya.
Aku juga terkilan & rasa bersalah bila ada sekali dua terdetik rasa cemburu terhadap pakciknya yang dirasakan lebih diberi perhatian daripada diri aku.
Tapi hari ini, dia dah pergi...
Semoga arwah sentiasa ditempatkan bersama dengan orang2 mukmin yang beriman. Aminn..


Al-Fatihah.....






To share a few ADAB MENZIARAHI JENAZAH



  1. Dilarang orang-orang yang menziarahi keluarga yang baru ditimpa kematian hadir di tempat rumah tersebut dengan bergurau senda dengan teman-teman yang lain. Perkara ini akan menyinggung perasaan keluarga tersebut. Mereka haruslah mengucapkan takziah kepada keluarga tersebut perkataan:

    "Semoga Allah menambahkan ganjaran pahala kamu, dan memperbaiki kedudukan kamu serta mengampunkan dosa ahli keluarga kamu yang baru meninggal."

  2. Disunatkan bagi orang yang menziarahi kematian agar membaca Surah Yasin seperti yang disebutkan di dalam hadis yang bermaksud

    "Bacalah ke atas mereka yang sedang menghadapi kematian dengan membaca Surah Yasin." (Riwayat Abu Daud)

  3. Digalakkan agar dihulurkan bantuan yang berbentuk wang atau makanan kepada keluarga yang ditimpa kematian khususnya bagi keluarga yang miskin.
  4. Makruh bagi orang yang menziarahi rumah yang ada kematian, makan/minum di rumah tersebut kerana ianya menyibukkan lagi ahli keluarga tersebut. Melainkan jika makanan atau minuman tersebut disediakan oleh jiran tetangga bagi keluarga yang ditimpa kematian.
SUMBER:  Adab Menziarah/Mengurus Jenazah
oleh Uztaz Lukman Afandi
Pegawai Pendidikan Agama MUIS

Readings from others:

No comments:

Post a Comment

Thank you for your comments!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...