Followers

Facebook Page

Translate This Blog

Blog Hits

Sunday, November 6, 2011

FITTING BAJU TUNANG



Daisypath.com mengatakan hari yang dinanti itu tinggal hanya 2 minggu lagi!


Ya, masa memang pantas berlalu.
Dari selepas merisik pada Aidilfitri yang lalu, diri ini masih sibuk menguruskan hal2 pertunangan yang memang tak akan habis2 selagi belum tiba hari majlis. 
Banyak betul ya benda nak kena buat. Semua buat sendiri pula tu, dengan pertolongan en. Bf dan my lovely mom.


Baju tunang dah siap!
Aku menempahnya pada seorang tailor yang memang aku suka hasil kerjanya.
Warna sudah pasti ikut warna tema, PINK+PEACH.
Design aku petik dari majalah Pesona Pengantin, sehelai dress.
Simple saja designnya.
Aku gabungkan kain lace+chiffon+satin.


Tapi pagi tadi, bila fitting, bahagian dada macam sempit sikit.
Mungkin masa dia ukur badan aku dulu, aku pakai baju dalam yang nipis. ehe.
Atau mungkin juga aku dah gemuk??
Ouh no.. itu mungkin salah satu sebabnya lah.
Berat badan aku dan en. Bf memang naik sejak akhir2 ni.
Happy sangat ke apa? haha
Then, minta kakak tailor tu kasi besarkan sikit.
Isnin nanti dijanjikan untuk siap. =D


Baju melayu en. Bf pun dah siap.
Warna peach. =D


Tengah hari, jumpa dengan en. Bf.
Masuk kereta, aku hulurkan hadiah birthday en. Bf yang ke-28 tahun.
Aku bagi hadiah lambat sikit selepas tarikh birthday dia pada 20 Oktober lepas.


Kemudian, rush ke Semua House, KL untuk cari samping songket dia dan tudung untuk aku.
Hasil pencarian, untuk en. Bf, samping songket yang dibeli adalah warna pink dari Jakel untuk membalas warna peach baju melayunya


Untuk aku pula, sehelai tudung awning thai silk dari Ariani, warna peach.
Ini pertama kali aku membeli tudung Ariani.
Sebelum ni aku memang tak berani pakai tudung awning sebab rasa nampak macam orang Indonesia.
Dah la muka memang dah jawa. He he.
En. Bf pula suruh aku pakai terus tudung tu tadi.
Suka betul dia tengok aku pakai tudung awning ye.
Katanya aku pakai shawl belit2 tak cantik.
Biasalah, lelaki kan suka yang look simple & nice pada perempuan.
Tapi, bila selepas itu banyak pula mata yang memandang,


en. Bf tanya,
"Kenapa ramai orang pandang you ni?"

Aku jawab,
"Sebab I nampak cantik kot bila pakai tudung ni."
*haha gila perasan! =P

Siap cari barang, singgah Baskin-Robbins sekejap di Mid Valley sebelah rumah sewa aku tu.
Makan2 sekejap, dan gerak balik.


Sebelum balik, aku suruh en. Bf buka hadiah tadi.
Aku nak tengok reaksi muka dia bila dapat hadiah tu.
Tapi dia menolak kerana tak suprise nanti katanya.
Waktu paling best untuk buka hadiah bagi dia adalah sebelum tidur.
Ehe.. apa2 sajalah.
Kami decide nak sambung keluar cari barang & merapikan diri hari Isnin nanti, memandangkan esok pun hari raya Aidiladha.


Anyway, Salam Aidilaha readers. =D



No comments:

Post a Comment

Thank you for your comments!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...