Followers

Facebook Page

Translate This Blog

Blog Hits

Monday, November 21, 2011

MAJLIS PERTUNANGAN ALYA & NAJIB 20.11.2011


Dah tak ada gelaran en. bf lagi.
Kenapa? 
Sebab en. bf dah tukar kepada en. tunang lah.
Bertukar!! Hihi..
Alhamdulillah majlis pertunangan 20.11.2011 berjalan seperti yang dirancang.
Walaupun hujan, tapi tetamu tak putus datang sampai petang.
Terima kasih kepada yang sudi dan sempat hadir meraikan dan berkongsi gembira bersama.
Appreciate a lot!
Harap hari semalam panas macam hari Sabtu, tapi bila petang hujan juga.


Overall, majlis berjalan seperti yang diharapkan. 
Cumanya, lebih elok kalau ada seseorang yang bertindak sebagai emcee supaya majlis lebih lancar, yang dapat memberi arahan step by step yang perlu dilakukan.
Aku pun lepas turun dari tangga, sarung cincin, lepas tu tak tahu nak buat apa.
Haha. Segan pula rasa.


  • Antara tetamu yang hadir memuji masakan catering yang mak aku tempah dari Kg. Pandan (jauh tu tempah dari Kg. Pandan!!). List menu boleh refer SINI.
  • Dress tunang aku juga ramai yang puji cantik. Thank you guests. Nasib baik 'elok' ya selepas di alter 2, 3 kali oleh tailor. Nak baca lagi tentang baju tunang boleh klik SINI.
  • Mini pelamin turut mendapat pujian. Risau juga aku kalau tetamu anggap over. Klik SINI untuk view mini pelamin. Cantik sangat ke?? =P
  • Barang2 hantaran pula elok terletak atas karpet putih yang mak aku cari last minit.
  • Photographer pula diganti oleh Akmal & Faiz, kawan kepada Aiman Amir the official photographer sebab dia pergi Pangkor bekerja tak sempat balik. So aku jadi sedikit kaku tak tahu pose tiba2, sambil ada saudara mara yang menjeling manja, aku jadi segan. Sampai en. tunang pun tanya, 



    "Diorang tu ok ke? Pandang semacam je?"


    Aku, no komen. =P

Malang pula en. tunang, mata dia sepet sebelah sebab semut masuk masa tidur malam sebelum hari tunang.
Tapi tak nampak sangatlah. 
Cuma matanya nampak kemerahan sikit.
Aku pula 1st day period, jadi muka agak sedikit lesu dan tak lalu senyum.
Sempat juga telan sebiji panadol menstrual, tapi kemudian bila petang, sakit perut datang semula.
Sabar jelah kan.


pink& peach E-day poster by Fastprint Malaysia




Special thanks to:

  • my mom, papa, neneq, adik-amy, chapiey, uyie, meen yang banyak tolong kemas rumah, tolong buat hantaran, prepare sana prepare sini, dan banyak bersama susah senang. 
  • jiran2 terdekat especially Tuan Haji yang jadi wakil belah perempuan dan  banyak bagi nasihat. Uncle Halmar thanks untuk kek!
  • thanks to photog-faiz & akmal, tak lupa aiman amir yang sponsor untuk photography
  • thanks to my make-up artist, kak farina untuk make-up yang manis itu.
  • tq kepada abg hizam & abg hisham untuk pelamin yang cantik dan sweet, & sponsor accessories bunga tangan, rantai & cucuk sanggul tu.
  • thanks Daus untuk khemah yang cantik dan murah itu. Next time nak sewa lagi. =)
  • Terima kasih juga buat saudara-mara yang datang-paklong, maklong, paklang, maklang, makteh, maksu, paksu & sepupu2
  • teman serumah-yanie & syu yang datang awal tu..
  • kawan2 UPM-cik non, kak izah, kak as, abg warid, abg din
  • kawan2 sekolah-yus, dila & tunang, eha, abol
  • kawan semodel-ayu, niz, kak farah-walaupun terlambat sikit tapi sampai juga
  • kawan2 meen yang datang tolong angkat kerusi meja & susun


Dan semualah yang datang & membantu secara langsung dan tak langsung. Kalau ada yang terlupa sebut, silalah tegur. Takut terlupa. Terima kasih daun keladi. Jangan lupa nanti wedding day datang lagi. Bak kata mak aku, "datang lagi, jangan serik ye" =D


aku cuma mahu kelihatan seperti seorang puteri di hari pertunangan.. =PP

Dan lagi satu, tarikh 20 November adalah hari birthday adik aku, lelaki nombor dua. Malamnya kami nyanyi lagu Happy Birthday untuk dia ramai2. Kebetulan uncle Halmar jiran sebelah rumah bagi kek. So bila dah habis nyanyi, kami pun buka kotak kek. Tengok tulisan atas kek, "Selamat Bertunang" hehehhehe.. Tapi kira untunglah kan. Ada juga kek. =P


inilah kek coklat Secret Recipe from uncle Halmar! thanks uncle & family! =)


ENGAGED. Good bye life, hello wife! =P


P/S: Jangan lupa terjah POST MORTEM majlis tunang ni. Apa yang lebih, apa yang kurang. Jom sekarang!!

4 comments:

  1. congratulations! x lme lgi jdi wife laa ni.. ;)

    ReplyDelete
  2. tq miss xyz.. lg 5 bulan la nk jd wife.. ape pun xsiap lg ni.. huhu

    ReplyDelete
  3. thaniah alya. sara doakan moga kekal hingga hujung nyawa. jangan lupa jemput sara. sara linked kamu ya. under NCOL Buddies. tp blog belom siap nnt cekidaut k. XOXO~!!!

    ReplyDelete
  4. tq sarah! inshaAllah doa2 lah kan selaluuu yek.. hehe.. sure jmput smua b2b sape yg dekat sila lah dtg ke wedding sy. tp tarikh pon xtetap lagi.. lalala~

    ReplyDelete

Thank you for your comments!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...