Followers

Facebook Page

Translate This Blog

Blog Hits

Wednesday, November 9, 2011

Senarai Barang Hantaran Pertunangan


1 week & 4 days left...

Hampir nak jadi BLOGGER BRIDE FOREVER?? Ouh tidaklah. Cuma ini hanya sebahagian kehidupan aku buat masa terdekat ni. haha..

Hai readers. Wah tahap stress aku semakin tinggi ni. Jom redakan stress dengan bincang mengenai hantaran tunang nak?

Berbeza dengan hantaran pertunangan yang dah dibincangkan sebelum ni dalam entry aku MEMINANG & BERTUNANG, aku buat SEKALI sahaja hantaran which means tak akan ada hantaran semasa majlis resepsi nanti. Sebab nak elakkan kelam kabut, hantaran hilang dan sebagainya, kami (aku+en. Bf+family aku+family en. Bf) setuju bagi terus masa tunang ni nanti, bagi barang2 besar. Senang. Jimat. =D

Barang2 hantaran kami beli sikit2, sejak bulan puasa lagi pada Ogos lepas sebab time tu kan banyak SALE. hehe. Antara tempat yang kami tuju seperti SOGO, METROJAYA, JUSCO, ALAM SENTRAL, JAKEL dll untuk cari barang kering (kering? ngahahah). Barang2 basah iaitu makanan belum cari lagi. Dulang hantaran bagi pihak lelaki aku beli di Nilai 3. Memang murah macam yang aku cerita dalam entry INI dulu. 

Decoration hantaran aku rasanya DIY kot. Adoi tak buat lagi tau. Pihak lelaki pula, pakcik en. Bf yang deco. Dia punya dulang awal2 dah siap.

Kedua-dua pihak dah setuju hantaran dari pihak lelaki 11 dulang berbalas 13 dulang dari pihak perempuan. 

SUSUNAN BARANG HANTARAN



Dan untuk pengetahuan anda, barang2 hantaran perlu disusun mengikut tertib, bukan sebarang tahu! Barang hantaran yang paling utama ialah puan (mangkuk sirih) atau tepak sirih yang menjadi tumpuan ketika majlis meminang, bertunang dan pernikahan dalam istiadat Melayu. Membawa maksud yang tersirat, penggunaan tepak sireh dan bahan-bahan yang lengkap seperti sireh, kapur, gambir, pinang dan tembakau menambah segala maksud yang ingin disampaikan oleh si pembawa. Ia bukannya hadiah dan tak dikira dalam bilangan hantaran, tetapi akan dipulangkan. Tepak sireh ini adalah sebagai pembuka kata dalam adat orang Melayu, dan perlu diletakkan paling hadapan dalam susunan hantaran dan berdekatan dengan jurucakap belah perempuan dan lelaki. 

Kemudian barulah diikuti dengan sireh junjung, pakaian dari kepala ke kaki (bermula dengan songkok, pakaian, kasut dan barang2 lain), dan akhir sekali dengan barang2 makanan yang manis.

tepak sireh bersama sireh & bahan2 lain.
photo from a
mirnawawi.com


Jadi barang2 hantaran kami mengikut susunan tertib adalah seperti berikut:



13 HANTARAN UNTUK PIHAK LELAKI 

(pemberian dari pihak perempuan)

  1. Tepak sireh -pinjam dengan jiran, Pak Haji 
  2. Sireh junjung - neneq sponsor sireh Melayu 
  3. Sejadah+songkok 
  4. Sepersalinan + songket (baju nikah) 
  5. Kemeja+slack+neck tie 
  6. Belt+wallet 
  7. Jam tangan
  8. Facial care 
  9. Perfume 
  10. Kasut 
  11. Buah-buahan 
  12. Chocolate  
  13. Kek American Chocolate sponsored by my Mom 
  14. Bahulu ikan sponsored by Amy, my friend 
**klik SINI untuk view gambar hantaran tunang untuk pihak LELAKI.


11 HANTARAN UNTUK PIHAK PEREMPUAN 

(pemberian dari pihak lelaki)

  1. Tepak sireh 
  2. Sireh junjung 
  3. Cincin berlian+bank draft wang hantaran  
  4. Sepersalinan (baju nikah) 
  5. Telekung+sejadah  
  6. Facial care  
  7. Perfume  
  8. Handbag & kasut  
  9. Fondant cake sponsored by his auntie  
  10. Coklat sponsored by his cousin  
  11. Buah-buahan
  12. Halwa sponsored by his auntie 
**klik SINI untuk view gambar hantaran tunang untuk pihak PEREMPUAN.


Aku tak ramai saudara mara. Macam en. Bf, saudara mara dia yang banyak sponsor. Untunglah.. Ada sesiapa yang sudi nak sponsor dialu-alukan. Heheheh.. =D

Gudnite!


*Hantaran Tunang by others:

Last update: 3.12.2011

No comments:

Post a Comment

Thank you for your comments!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...