Followers

Facebook Page

Translate This Blog

Blog Hits

Saturday, November 12, 2011

IMPIAN UNTUK KELIHATAN SEPERTI SEORANG PUTERI, PUNAH.


Panjang benar tajuk! Wahh tinggal 1 minggu 1 hari sahaja lagi before our Engagement Day.


Hey readers.


Ingat tak apa yang jadi dalam entry FITTING BAJU TUNANG tempoh hari?
Semalam pada tarikh keramat 11.11.11 dimana semua orang sibuk berasa gembira nikah dan buat majlis wedding, aku pula sedih bila try fitting baju tunang sekali lagi.
Punah harapan sebab bajunya masih sendat-mendat di bahagian dada.
Sedih sangat!!

Part paling penting untuk majlis, macam hampir ruin saja?
Aku rasa tailor tu memang kurang arif buat dress, tapi lebih kepada baju kebaya dan kurung moden.
Tapi masalahnya dia kata dia tahu buat!
Kain aku rosak macam tu sajalah nampaknya.
Aku pula dah bayar habis.
Macam mana ye? 
Any idea?
Sangat2 sedih.
Kalau terbesar tak apa boleh kecilkan.
Kalau dah kecil, macam mana nak besarkan??


Ada dua pilihan sekarang, since baju tu macam dah tak boleh pakai, hopeless.


1. Beli baju tunang baru yang lebih simple, sebab dah spend banyak juga untuk beli kain dan tempah baju yang sendat tu!

2. Kedua, sewa di butik pengantin di tempat aku sewa pelamin. 

Tak tahu lah mana satu nak buat sekarang.
Yang penting, aku akan hantar baju tu untuk alter.
Tengok dulu nanti hasilnya macam mana.


Dalam hati berkata, impian untuk kelihatan seperti seorang puteri di hari pertunangan, punah.
Apalah nasibku. =(

No comments:

Post a Comment

Thank you for your comments!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...