Followers

Facebook Page

Translate This Blog

Blog Hits

Thursday, November 10, 2011

MAJLIS PERPISAHAN MURID TINGKATAN 5


Tadi berlangsungnya majlis perpisahan murid ting. 5 sebelum peperiksaan SPM bermula.
Disertakan sekali penyampaian anugerah kokurikulum kepada murid, sijil kehadiran penuh dan sebagainya. 
Ada juga ucapan murid wakil setiap kelas.
Dengan bangganya wakil2 setiap kelas tampil ke rostrum dan berucap.
Bukan selalu mereka dapat chance  macam ni.
Dan bila tiba giliran kelas 5A7, Punethan, seorang pelajar yang memang selalu bersemangat tampil mengungkap bicaranya.
Nama guru pertama yang keluar dari mulut dia, nama Cik Alya.
Tak sangka aku jadi guru favourite dia. ha ha.
Akhir sekali, bersalam-salaman antara murid dan guru.
Diiringi sekali esak tangis para murid yang minta maaf dan dihalalkan semua pengajaran.
Aku doakan yang baik2 untuk mereka.
Guru mana yang tak mahu lihat muridnya berjaya dan menjadi insan yang berguna satu hari nanti. 
Walau hanya boleh menatap dari jauh sahaja ketika itu, namun berharap jauh di sudut hati mereka masih ingat kepada bekas guru2.
Rasa lega bila usaha kita dihargai, walau dengan sepatah ucap 
TERIMA KASIH, CIKGU.
=)


GOOD LUCK STUDENTS IN SPM 2011!

No comments:

Post a Comment

Thank you for your comments!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...