Followers

Facebook Page

Translate This Blog

Blog Hits

Monday, November 28, 2011

Mini Pelamin Majlis Pertunangan


Hai all.. 


Review pelamin jom.


PERLUKAH MINI PELAMIN UNTUK MAJLIS PERTUNANGAN?


Well, bagi aku memang perlu since aku tak berhias bilik dan sarung cincin dalam bilik.
Guna mini pelamin lebih senang.
Bilik aku nun di tingkat atas.
Jenuhlah nenek en. tunang nak naik atas dan menyarung cincin.
Dah lah beliau sakit kaki.
Saudara mara yang nak menyaksikan acara sarung cincin bagaimana pula?
Naik atas juga? heheh..
Di situlah keperluan mini pelamin. =)
Tak kisah mulut kau orang nak kutuk apa pasal bertunang pun nak pelamin2 bagai.
Kau orang boleh fikir ikut keperluan, bukan untuk pembaziran.
*Mulut orang, so biarlah dia dosa mengumpat. haha


Jom tengok mini pelamin pada hari pertunangan aku.

full view

our own off white carpet

close-up

THE CHANDELIER.
at first, pelamin comes with chandelier.
but since rumah kami dah ada chandelier, so tak mahu pasang banyak2. =)

So how? Ok tak?
Pelamin ini sebenarnya adalah pelamin nikah.
Namun diolah semula menjadi pelamin tunang dengan meletakkan hanya satu panel berbanding dua panel yang biasa digunakan untuk nikah.
Panel tu yang mana? 
Yang macam stage untuk letak kerusi tu.
Jadi kalau satu panel, tak adalah nampak terlalu tinggi duduknya daripada tetamu.

Pada mulanya aku bagitahu abg Hizam (owner butik pengantin) aku nak bunga peach+cream.
Tapi malam dia pasang pelamin, aku terkejut tengok warna bunga yang sangat meriah. 
Combination peach dan pink betul2 ikut tema warna majlis tunang kami.
Dan aku tak perlu cakap banyak sebab memang cantik abg Hizam & business partner beliau, abg Hisham decorate mini pelamin tersebut.
Blok kayu dan juga tirai belakang, berwarna putih seperti yang aku request.

KERUSI SAMPAN


Kerusi sampan juga aku minta untuk tambahan atas sebab nenek en. Tunang sakit kaki dan tak boleh bersila/bersimpuh duduk bawah.
Orang tua pun kita kena consider juga.
Ada juga yang tak berkenan aku duduk atas kerusi sebab tak elok katanya berada terlalu tinggi berbanding tetamu yang lebih tua.
Namun aku harap mereka faham sebab kenapa aku perlu duduk atas kerusi.
Dan lagipun pada mula2 aku turun tangga untuk acara sarung cincin, aku tak terus duduk atas kerusi, tapi duduk bersimpuh dulu di atas lapik yang diletakkan atas panel pelamin. =)

Aku memang nak pelamin yang simple & sweet untuk majlis tunang, dan abg Hizam & Co. dapat buat seperti yang aku mahu. 
Ramai juga yang memuji pelamin cantik dan mereka sangka aku berhabis banyak untuk pelamin, walau sebenarnya TAK langsung! =)
Cumanya kalau ada karpet untuk cover panel warna grey tu, mungkin akan jadi lebih cantik.

TIPS MEMILIH PELAMIN 


Sedikit tips mengenai pelamin tunang/nikah/reception mengikut pendapat aku:

  1. GO SIMPLE - siapa tak mahu pelamin indah dan cantik? Namun jika terlalu sarat, pelamin akan nampak terlalu menonjol, dan pengantin akan kelihatan tenggelam. Apa yang mahu ditekankan pada majlis perkahwinan? PENGANTIN bukan? Anda tentu mahu diri anda dipuji cantik, bukannya pelamin! Jadi cari yang simple.

  2. WARNA PASTEL UNTUK BASE PELAMIN
    - warna base pelamin jika boleh cari warna2 pastel, warna2 yang lembut, barulah tampak eksklusif seperti putih, cream atau kuning air. Warna2 garang hanya akan kelihatan ketinggalan zaman lebih2 lagi dalam gambar. Warna2 garang boleh diaplikasikan kepada dekorasi pelamin seperti bunga, bunga telur dan hiasan lain.

  3. PANEL PELAMIN
    - satu panel sudah memadai memandangkan ramai yang ingin bergambar di atas pelamin. Kalau guna panel yang bertingkat2 dikhuatiri ada pula yang terjatuh nanti.

  4. ??

KOS PELAMIN


Nak tahu berapa aku invest untuk pelamin tunang yang cantik ini?
Cost untuk pelamin RM400 sahaja.
Tambah kerusi sampan RM100.
Total cost = RM500.

Ok guys. Selamat memilih pelamin untuk hari bahagia anda.
=))

Vendor pelamin:
abg. Hizam (Banting) 
013-6908385

p/s: Jom baca post mortem tentang mini pelamin di SINI.

10 comments:

  1. wahhh hebatttt la syark! nnt i nak kawen lawat blog u. very informative. thanks for sharing dear :D

    -aisyah

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq chah.. bila2 pun leh lawat blog aku.. hehehe

      Delete
  2. Boleh tak saya nak Tahu Kat mana awak tempah pelamin awak ni?

    -zaza

    ReplyDelete
    Replies
    1. zaza; as stated above the contact num of the vendor. =)

      Delete
  3. cantek nye peLamin...serious berbaLoi
    tp skang maybe xdapat kot harge tu kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. jgn buat anggapan je orked. tanya vendor dulu ok. gud luck! =)

      Delete
  4. ai kak alya....
    sios gempaq kiler price, but sadly im not in dat area... im from jb.... msti takkan abg tue nak wat

    ReplyDelete
    Replies
    1. hello cik anon.
      FYI, abg ni wat merata tempat, bukan kat area Klang Valley je tau. so bleh try tanya dia ada wat kat area u or tak. transportation charge mesti dikenakan. all the best! =))

      Delete

Thank you for your comments!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...