Followers

Facebook Page

Translate This Blog

Blog Hits

Monday, November 28, 2011

SOLEKAN UNTUK HARI PERTUNANGAN


Hai gadis2 yang bakal bertunang/berkahwin.
Nak share a few photos untuk tunjuk make-up di majlis pertunangan aku pada 20.11.2011 tempoh hari.


Make-up yang aku harapkan adalah light & sweet, yang dapat mengekalkan rupa asli aku memandangkan pihak keluarga belah lelaki ramai yang hadir dalam 60++ orang semata-mata untuk melihat dan berkenalan dengan aku.
Kalau nak mekap tebal2 sampai muka berubah, eloklah buat masa hari persandingan nanti.. hehe
Tapi seeloknya, biarlah tak hilang rupa muka kita yang sebenarnya, jangan sampai tetamu sangka dia tersalah majlis pula! haha
Inspirasi make-up datangnya daripada majalah Eh! (majalah kegemaran aku setiap bulan!), bridal edition yang covergirl nya Fasha Sandha tu.
Hasilnya...


aku tak cantik, tapi make-up light & soft macam ni aku suka.


Aku tanya pendapat MUA sama ada perlu pakai bulu mata palsu atau tidak, dan aku menolak untuk pakai bulu mata tebal dan panjang.
Jadi MUA mencadangkan supaya menggunakan bulu mata bawah untuk dilekatkan pada bulu mata atas aku. (paham tak? hihi)
Katanya, dalam production memang begitulah yang MUA selalu buat.
Hasilnya sangat natural!
Memang make-up dia tampak sweet.


Bagi aku, kalau nak spend duit perlu lebih banyak kepada make-up dan persalinan yang dipakai sewaktu majlis, tak kiralah untuk bertunang, nikah dan sebagainya sebab yang mahu ditonjolkan adalah DIRI ANDA.
Apa yang perlu dilakukan sebelum memilih MUA ialah go for TEST MAKE-UP.
Walaupun test make-up perlu keluarkan sedikit bayaran (some of it tak perlu), tapi ia amat penting bagi mengelakkan make-up yang tak cantik dan tak tahan lama pada hari penting anda.
Jika anda pernah test make-up dengan mana2 MUA/mak andam, sekurang2nya anda boleh mencari yang lain sekiranya kurang berpuas hati.
Tapi aku tak test make-up pun sebelum majlis tunang sebab kekangan masa aku dan MUA.
Sebelum wedding nanti, ye, aku akan test. hihi


Berapa RM aku spend untuk make-up?
Kebiasaannya make-up tunang charge between RM150-RM400.
Dengan MUA yang aku pilih, RM400.
Oleh sebab aku selalu tolong join event yang beliau buat, so aku dapat diskaun 50%!
Total cost make-up RM200.
=))


p/s: Jom baca post mortem tentang make-up tunang di SINI.





2 comments:

  1. cantik! selamat bertunang ye :) salam kenal dri b2b tregganu dan udah folo kamu..

    ReplyDelete

Thank you for your comments!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...