Followers

Facebook Page

Translate This Blog

Blog Hits

Saturday, November 19, 2011

TINGGAL 1 HARI JE LAGI???



Badan letih, mata penat, tapi masih belum boleh tidur.
Persiapan boleh dikatakan 75% siap.
Hantaran masih ada satu dua bekas yang belum siap dihias dan barang belum sempat beli.
Dan tinggal satu hari lagi??
Masih tak percaya aku bakal bertunang.
Betulkah?
Terasa diri masih muda.


Semalam (merujuk kepada hari Khamis, 17 Nov 2011), 
aku bercuti sakit sebab muntah2 dan cirit-birit.
Langsung satu  persiapan apa2 tak dapat dibuat.
Angan2 nak siapkan kerja sekolah juga, hampa.
Salah makan agaknya di tempat aku mengawas SPM.
Manja betul perut ni.
Sejak dari kecil, kalau makan apa2, aku seorang yang akan kena food poisoning sampai berminggu-minggu juga ditahan di wad kanak2.
Orang lain yang makan benda yang sama, tak ada pula kena apa2.
Nasib akulah kan.
Bila aku bertanya kepada seorang rakan yang mengawas di tempat yang sama, katanya aku seorang saja yang kena.
Pelik juga. 
Entah apa yang aku telan.


Ermm.. update persiapan terkini boleh rujuk di CHECKLIST PERSIAPAN MAJLIS PERTUNANGAN.
Bakal bersambung...


No comments:

Post a Comment

Thank you for your comments!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...