Followers

Facebook Page

Translate This Blog

Blog Hits

Tuesday, December 20, 2011

10 TIPS MENDAPAT PASANGAN(pt.3)


*sambungan daripada entry 10 TIPS MENDAPAT PASANGAN (pt.1) 
10 TIPS MENDAPAT PASANGAN (pt.2)


1. Untuk wanita, jangan jual mahal terhadap bakal pasangan. Tetapi, nyatakan dengan hikmah kepadanya yang anda amat sukar untuk berkenalan dengan lelaki lain.


2. Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang simple, tidak materialistik, mudah berterima kasih dan redha dengan setiap pemberian lelaki tersebut.

3. Orang perempuan mudah tertarik kepada lelaki yang memberi perhatian, penghargaan dan penghormatan kepada mereka. Justeru, orang lelaki janganlah terlalu jimat atau kedekut.

4. Orang lelaki perlu belajar mengenal kerenah orang perempuan. perasaan, pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan dan kebenciannya.

5. Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yang ada pada bakal pasangan. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan bakal pasangan.

6. Senyuman ikhlas, wajah yang menawan dan bahasa badan yang penuh kemesraan akan menambat lelaki terhadap wanita.

senyum baby sentiasa ikhlas.. comel kan? =))
photo from sodahead.com


7. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang ada persamaan dan ada perbezaan sifat, tindakan dan minat. 

Terlalu banyak persamaan membosankan. 

Terlalu banyak perbezaan menyesakkan.

8. Orang mudah tertarik kepada bakal pasangan yang ada sikap dan sifat yang saling mengimbangi dan melengkapkan sikap dan sifatnya.

9. Walaupun belum kenal rapat dengan bakal pasangan, nyatakan yang anda sering merasa atau berfikir seperti yang dia rasa atau fikir. Keserasian adalah tarikan.

10. Perempuan membentuk hubungan dengan berbual dan bercakap. Lelaki bentuk hubungan dengan melakukan sesuatu kegiatan secara bersama.

TO BE CONTINUED...


SOURCE: NEWS @ FERYCO original ideas by Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah


No comments:

Post a Comment

Thank you for your comments!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...