Followers

Facebook Page

Translate This Blog

Blog Hits

Monday, December 26, 2011

10 TIPS MENDAPAT PASANGAN(pt.6)



*sambungan daripada entry 10 TIPS MENDAPAT PASANGAN (pt.1)
10 TIPS MENDAPAT PASANGAN (pt.2)
10 TIPS MENDAPAT PASANGAN (pt.3)
10 TIPS MENDAPAT PASANGAN (pt.4) & 
10 TIPS MENDAPAT PASANGAN (pt.5)

1. Lelaki harus mempamerkan sifat kelelakiannya di samping memasukkan sifat perempuan dalam dirinya seperti lebih prihatin, memahami emosi, timbang rasa, dan gunakan gerak batin.

2. Perempuan harus mempamerkan sifat kewanitaan disamping menghayati sifat lelaki seperti minat dalam politik, sukan, memancing, dan aktiviti macho yang lain. 

Bertindak bijak tapi, jangan terlalu bijak.

3. Untuk menambat hati wanita, kerap bertanya tentang perasaannya, aktiviti yang dijalankannya, kegemarannya, kebenciannya atau sebarang perkara yang berkaitan dengan emosi.

4. Sebelum benar-benar rapat, orang perempuan harus elakkan diri dari bertanya bakal pasangan mengenai perasaannya mengenai sesuatu perkara, peristiwa atau situasi.

5. Orang lelaki amat pantang bila bakal pasangan menempelak atau menunjukkan kesilapan atau kebodohan lelaki tersebut. Ini cara terbaik memutuskan hubungan.

6. Orang perempuan mudah tertawan kepada lelaki yang boleh mengaku salah, meminta maaf, meminta bantuan, bertolak ansur, pandai mendengar, bersabar dan lemah lembut terhadap wanita.

7. Bila bercakap dengan lelaki, orang perempuan harus fokus kepada fakta dan sampaikan secara ringkas. Penjelasan yang berjela-jela dan memasukkan unsur perasaan akan membunuh minat lelaki terhadapnya.


photo from donatoanzalone.com

8. Jika orang perempuan marah, pujuklah dengan kasih sayang. Tanya kenapa dia marah, dengari dengan teliti dan jangan komen atau cuba beri nasihat. Orang perempuan mudah sayang pada lelaki yang pandai mendengar dan sensitif kepada perasaannya.

9. Jika lelaki marah, jangan sibuk nak tanya kenapa dia marah. Pamerkan kasih sayang dan bentuk suasana yang tenang. Doakan dia dan beri masa untuk dia merawat dirinya sendiri.

10. Fahami bahawa orang lelaki bercakap secara terus terang, ringkas dan objektif. Orang perempuan sering bercakap secara berlapik, terperinci dan banyak yang tersirat.



SOURCE: NEWS @ FERYCO original ideas by Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah

No comments:

Post a Comment

Thank you for your comments!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...