Followers

Facebook Page

Translate This Blog

Blog Hits

Tuesday, December 27, 2011

BERSUA MUKA DENGAN BAKAL MERTUA



Bila tiba hal yang ini, memang aku lemah sikit.
Berjumpa dengan bakal mertua.
Walaupun mereka layan aku baik saja, mak en. tunang pun selalu tersenyum je, tapi rasa penyegan tu memang tebal gila.
Almaklumlah aku ni jenis batu, dalam kata huraiannya tak reti borak dengan orang tua. Adoi!
Untunglah sesiapa yang berbakat untuk tambat hati orang tua tu kann.. =P


betul gerun kalau dapat mak mertua macam ni.. hihi.. yang ni marah menantu sebab tak reti masak cupcakes! =p
photo from theforumsite.com   


Dah sebulan satu minggu juga bertunang, baru ini ada masa nak jumpa bakal mertua setelah pegang title tunang orang ni.
Gelabah punya pasal, aku terlupa nak sarung cincin tunang. 
Jam tangan aku pun aku tak pakai. haha
Tak tahu nak bawa buah tangan apa.
Semalam lagi dah berbincang dengan en. tunang apa yang patut aku bawa.
Aku cadang nak masak sesuatu untuk mereka.
Tapi en tunang kata bawa je buah.
Aku pun singgah Jusco beli buah apa yang patut, hambik empat puluh ringgit okay!
Gila blur main ambil je buah apa2 pun tak survey harga. lalala~
Dan tadi sampai ke rumah bakal mertua dalam pukul 12.30pm seperti yang dijanjikan setelah memecut 135++ km/j.
En tunang pun terkejut aku boleh sampai dengan cepat.
Bila mother in law (MIL) tengok buah, beliau tersenyum, hati aku pun lega. hihi..
Dan one more thing, aku tak sesat! haha..
Berjaya juga cari rumah tanpa bantuan en. tunang.
Biasanya dia akan tunggu di simpang jalan untuk guide aku ke rumahnya.


Makan2,
tunjuk gambar2 tunang tempoh hari,
kemudian bincang mengenai warna tema.
Memang kalau boleh aku NAK masuk campur.haha
Tapi tanpa meminggirkan kehendak my MIL lah kan.
Beliau tetapkan warna tema menyambut menantu- HIJAU.
Dah beli pun baju untuk belah lelaki warna hijau.
Jadi aku cadangkan gabung dengan warna CORAL (orange pink).
Bagi aku, biar dominan warna hijau seluruh dewan termasuk alas meja, dan decorations warna coral.
Busana pengantin pun kalau boleh biar warna lain.
MIL setuju saja.
Tapi beliau tanya, takpe ke kalau baju warna lain.
Dan beliau nak alas meja warna cream.
Lepas aku bagi cadangan aku, aku serah semuanya untuk pihak mereka yang tentukan.
Apa orang tua cakap kita kena ikut.
Sebab itu yang elok pada pandangan mereka.
Lagi2 majlis belah lelaki kan.
Janganlah aku yang memandai-mandai.. hohoho


Harap semuanya ok lah.
Belum decide pun nak cari baju pelamin semua di mana. 
Padahal tinggal 4 bulan je lagi!!
Btw, thanks b2b yang banyak tolong bagi tips mengahadap MIL malam semalam.
Berguna sangat! =)
Anehnya, aku rasa biasa saja tadi.
Tak macam sebelum ni yang sangat2 penyegan & batu.
Mungkin sebab dah berstatus tunangan, maka mind set dah tukar jadi "this is my second family".
Nite!


with love,
Alya Syaqiera

No comments:

Post a Comment

Thank you for your comments!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...