Followers

Facebook Page

Translate This Blog

Blog Hits

Wednesday, December 28, 2011

DATE DENGAN MUA



Gigih tau buat entry ni. LOL.


MAK ANDAM a.k.a MUA PILIHAN


Siang tadi selain cari dewan, aku turut set date dengan make-up artist (MUA) untuk wedding.
Aku book untuk 3 event terus, nikah, resepsi dan bertandang.
Aku pernah jadi model untuk kelas make-up MUA ni, dan tak perlu ragu dengan hasilnya!
Kemas dan cantik.
Aku suka!
Aku bertanya sama ada perlu atau tidak test make-up.
And she said, no need.
Aku pun fikir yang sama, sebab aku dah pernah make-up dengan beliau, bukan sekali.
Harga pula kira boleh adjust lah.
And so far aku ok dengan harga.
Bagi aku tak apa belanja lebih untuk 3 perkara; make-up, busana, dan photography. 


MASALAH KULIT 


Meeting tadi umpama kakak-adik.
Beliau tegur kulit aku yang agak naik jerawat.
Agak lama juga aku makan collagen dari Total Image, tak kira tablet atau liquid, tapi memang belum nampak kesan atas kulit.
Dan beliau menegaskan kesan collagen tak akan nampak pada kulit seusia aku.
Tunggu nanti pada 30-an atau 40-an akan nampak beza awet mudanya berbanding orang lain yang sebaya.
Makanya, beliau mengesyorkan aku untuk jaga pemakanan dan ambil vitamin C (kalau boleh dalam bentuk liquid supaya cepat serap).
Dari segi pemakanan memang aku kurang berjaga-jaga sebab aku sangat berselera makan sekarang!
Baru beberapa jam selepas makan, aku jadi lapar lagi.
Mungkin effect dari collagen yang aku ambil.


Dan lagi satu, jangan pakai foundation yang tak sesuai dengan kulit.
Aku fikir, aku perlu beralih semula kepada liquid foundation untuk beri ruang kulit bernafas. =P


Dan pagi2 tadi aku ada terbaca post di group b2b 2012 yang mengesyorkan makan kapsul Evening Primerose Oil (EPO) untuk atasi masalah kulit.
Katanya memang nampak kesannya sangat cepat, dan pengesyor tu ambil brand Biolife.
Dan dengan itu aku berdessup ke Cosway berdekatan untk cari EPO.
Mak aku memang setia makan EPO.
Tapi pernah dulu bila mak bagi aku satu bekas untuk makan, aku langsung tak berdisplin untuk habiskan. 
Sekarang baru terkedek2 nak cari dan makan. hoho
Lebih percaya testimoni orang lain daripada mulut mak sendiri yang memang tak ada masalah kulit tu. =p


BANGLO KONSEP RUMAH PENGANTIN


And one more offer from MUA, beliau suggest aku untuk buat majlis resepsi nanti di sebuah rumah banglo 3 tingkat miliknya berkonsepkan Rumah Pengantin, instead of buat di dewan.
Harga pakej untuk 10 orang terawal only 10k sebab banglo tu hanya akan beroperasi Februari tahun depan.
Harga termasuk catering untuk 500 jemputan.
Dan bila fikir, dapat juga aku jimat sikit untuk topup hal2 lain.
Ermm perlu masa untuk fikir.
Tadi dah recalculate budget.
Macam boleh save around 3k kalau ikut suggestion MUA.
Aku pun sedang menunggu quotation harga & pakej from her.


Ya Allah, permudahkanlah urusan hambamu ini. 
Ameen. =))


p/s: Masih mencari MUA untuk hari bahagia anda?? Jom pilih MUA di entry SINI.


with love,
           
       Alya Syaqiera

8 comments:

  1. awak amik mua mana ye? sy tgh cari MUA gak ni..boleh share link die?hehe email sy ynamorata86@yahoo.com thanks dear :)

    ReplyDelete
  2. kenapa MUA kamu suggest buat dekat rumah? *sebuk nak tahu*

    ReplyDelete
  3. cik anon> will reveal soon. u may review my entry about MUA here: http://alyasyaqiera.blogspot.com/2011/12/make-up-artist.html

    ReplyDelete
  4. dhiera> sbb pakej harga murah & baru nak launch. =)

    ReplyDelete
  5. nak komen sikit la tentang collagen total image tu...sy pernah makan dn memang selera makan naik dn paling x seronok...bentuk badan terus berubah...pinggang yg ada berbentuk terus jadi cam x berbentuk...
    benda ni sy perasan dari mula2 sy makan..esoknya sy dh nampak perubahan tu...makan lagi lama terus sy jadi montel...huhu
    x tahu la kot sbb sy dh berkahwin jadi gitu jadinya..seriusly sy sedih juga....

    ReplyDelete
  6. cik anon> ouh really? sy selalu sgt lapar sekarang tau. asyik nak makan aje. dan berat bdn mmang naik. ramai tegur sy nmpk sdkit berisi. mgkin kena kurgkan skit pengambilan. thanks for sharing experience. =))

    ReplyDelete
  7. hi.. nak tnya sikit ble? so far total imge collagen tu ada perubahan x pada diri alya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai cik anon. sbnarnya kesan kite makan suplemen ni akn nampak bila usia kita dah cecah 30-40-an. masa tu, kita bleh tgok beza kulit org yg ambil suplemen dgn tidak.yg ambil suplemen secara konsisten biasanya akan kelihatan lebih awet muda berbanding yg tidak.

      skrg sy masih ambil stem cell collagen. kalau nk lagi bagus, ambil vitamin C. vitamin C dapat menggalakkan penghasilan kolagen secara semualajadi oleh badan.

      tq.

      Delete

Thank you for your comments!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...