Followers

Facebook Page

Translate This Blog

Blog Hits

Tuesday, December 27, 2011

HANTARAN KAHWIN MENURUT ADAT


Hantaran dilakukan semasa bertunang dan/atau masa akad nikah. Pada hakikatnya, hantaran tidak diwajibkan di dalam Islam. 


Hantaran dari pihak perempuan biasanya lebih dua dulang daripada pihak lelaki. Contohnya; sekiranya pihak lelaki menghantar 7 dulang, pihak perempuan akan membalas sebanyak 9 dulang. Jumlah hantaran adalah dalam bilangan ganjil mengikut adat perkahwinan Melayu. Selalunya hantaran dijadikan pengukur tentang status dan "budget" perkahwinan pasangan yang berkahwin. Oleh sebab itu industri menghias hantaran telah semakin berkembang kini.

Mengikut adat resam, menghantar belanja biasanya dijalankan terlebih dahulu dan berasingan dengan upacara akad nikah, tetapi pada zaman sekarang, menghantar belanja selalu dijalankan bersama dengan akad nikah dengan tujuan menjimatkan masa dan perbelanjaan. Di antara barang-barang yang termasuk dalam kategori wajib bagi melengkapkan sesuatu hantaran adalah seperti berikut, dan hantaran tersebut akan turut sama diarak dengan mempelai sebelum bersanding.

  • Wang mas kahwin dan belanja (ada yang menyerahkan wang mas kahwin tersebut terus ke tangan isteri selepas selesai upacara akad nikah) yang diletakkan di dalam dulang atau batil bertudung diperbuat daripada perak atau tembaga putih.
  • Sebentuk cincin permata berbatu intan atau berlian yang diletakkan di dalam cembul atau kotak perak.
  • 2 pasang kain dan sehelai baju dari jenis yang cukup baik dan berkualiti, dilipat di dalam talam perak atau tembaga putih bertudung.
  • Beberapa jenis kuih juadah, yang setiap satunya diletak di dalam sebuah pinggan besar bertudung dan dihias beralaskan talam.
  • Beberapa jenis buah-buahan yang segar disusun di dalam bekas atau talam ditudung.
  • Tepak sirih atau puan perak atau tembaga putih yang diisi lengkap.
  • Satu atau dua perecik atau perenjis air mawar dan dua kaki dian atau lilin.

Semua barang tersebut akan dibawa setiap satunya oleh seorang pemuda dan diarak daripada rumah mempelai itu ke rumah pengantin perempuan bersama-sama dengan mempelai yang sudah siap berpakaian lengkap Melayu asli atau pakaian haji iaitu berserban dan berjubah bagi memulakan upacara Majlis Akad Nikah. Mempelai dan rombongannya akan disambut oleh pihak pengantin perempuan dan mereka akan terus dibawa naik ke rumah. Semua barang hantaran akan diatur, biasanya di hadapan pelamin. Pelamin ialah suatu ruang yang telah disiapkan biasanya seminggu sebelum majlis perkahwinan berlangsung dan ia merupakan tempat di mana kedua-dua pengantin akan bersanding di hadapan semua tetamu.


SUMBER: syokkahwin.com: HANTARAN KAHWIN (olahan semula Alya Syaqiera)

2 comments:

  1. wah..sungguh berinformasi..org zaman skrng mana la faham adat lama-lama ni da..

    ReplyDelete
  2. haah betul tu yaumil. adat ni kalau xbuat lama2 akan hilang. org skrg lebih byk yg meringkaskan adat melayu. tp ada juga yg masih ikut. =))

    ReplyDelete

Thank you for your comments!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...