Followers

Facebook Page

Translate This Blog

Blog Hits

Thursday, December 8, 2011

KAKI.BORANG.DEWAN.


Badan dah letih, tapi mata masih belum mengantuk.
Tadi malam pergi berurut kaki di pusat urut berdekatan rumah, dengan mak.
Kaki yang terseliuh lebih kurang 8 bulan lepas, terasa sakit semula selepas fashion show hari Ahad lepas.
Lepas kena urut, rasa sihat pula, susah nak tidur. =P


Tadi siang ke Pejabat Agama, bertanyakan mengenai prosedur wakalah.
Tahu tak wakalah tu apa?
Pergi google.. hehe..
Borang permohonan nikah hanya valid 3 bulan sahaja.
Makanya, urusan mengisi borang nikah tak boleh buat awal2.
Sementara aku perlu berjumpa abah yang dah enam tahun tak jumpa untuk minta kebenaran bernikah daripadanya.


Prosedurnya, 

  1. aku perlu cari jurunikah di kawasan aku untuk dapatkan copnya
  2. kemudian perlu bawa borang persetujuan wali/wakalah wali untuk abah isi
  3. abah perlu bawa borang tersebut untuk akad di pejabat agama kawasan sana
  4. dan borang tu aku perlu hantar ke pejabat agama kawasan aku pula

Aku dinasihatkan oleh staf di pejabat agama untuk buat 4 perkara di atas pada bulan April tahun hadapan.
Harapan aku, biarlah semua berjalan dengan lancar.
Tinggal 5 bulan saja ni. Huh.


Satu soalan cepumas yang ditanya oleh staf tersebut sementara ada bahagian dalam borang yang perlu ditulis nilai mas kahwin,
"Berapa mas kahwin?"

Kami berdua dengan selamba menjawab,
"RM300 lah kan?"

Staf,
"Itu nilai minimum. Sekarang ni Selangor dah ikut, berapa wang belanja yang diberi oleh pihak lelaki (wang hantaran), itulah mas kahwinnya. Itulah nilai yang akan disebut semasa akad nikah nanti.


Aku & en. Tunang,
*tersengeh*


Selepas itu, ke Majlis Perbandaran pula.
Kalau boleh nak booking dewan sebelah bangunan majlis sebab dewan tu memang cantik.
Tapi rupanya dewan tu tak dibuka kepada umum.
Jadi, punah harapan sekejap.
Kemudian dapat list dewan lain yang available untuk disewa.
Esok pergi lagi untuk tengok tarikh yang dikehendaki available atau tak.
Then kalau boleh nak book terus.
Biasanya kalau nak book dewan untuk majlis kahwin, kata orang sepatutnya dibuat setahun sebelum.
Aarghh.. janganlah penuh pada tarikh yang kami dah pilih.
Doakan ye.. =))


Nite.


p/s: Bagaimana nak buat permohonan nikah? Jom klik SINI bagi LELAKI, dan SINI bagi PEREMPUAN.



2 comments:

  1. hopefully, urusan kamu dipermudahkan~ doa2 ada rezeki nak booked dewan yg sesuai~

    ReplyDelete
  2. tq dhiera,, puas jugak td pusing2.. pening dah xtau mana dewan yg sesuai..

    ReplyDelete

Thank you for your comments!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...