Followers

Facebook Page

Translate This Blog

Blog Hits

Thursday, December 15, 2011

KENAPA SUKAR BERTEMU JODOH?


Hai si gadis & si jejaka sekalian.


Pernahkan anda tertanya-tanya pada diri, kenapa diri sukar bertemu jodoh?


Pertamanya yang perlu anda tahu, jodoh pertemuan terletak di tangan Tuhan. Jika belum sampai jodoh tu maksudnya Allah belum temukan lagi si dia dengan anda. Jangan pula berputus asa. Teruskanlah berusaha. Namun jika usaha sudah dibuat, tapi mengapa masih ada yang tidak bertemu jodoh? 


Menurut Dato’ Dr. Mohd Fadzilah Kamsah, lambat bertemu jodoh ini mungkin disebabkan:


1.  Usaha Belum Sempurna


Usaha sudah dibuat tapi usaha yang sesuai dengan matlamat yang hendak dicapai itu tidak dilakukan. Usahanya masih belum betul, masih belum sempurna. Kurang ‘munasib’. 

Contohnya, ada orang ini sudah mandi bunga sampai 99 kali tapi masih tidak bertemu jodoh? Di mana silapnya? Mungkin dalam perancangan Allah, usahanya ialah mandi air bunga 101 kali, tapi dia berhenti pada tahap 99 kali. Mesejnya ialah, mungkin kita patah semangat di tengah jalan. Jawapannya ialah, cuba dan cuba lagi.

2.  Belum Benar-benar Bersedia


Pasangan sudah ada tetapi orang yang hendak mencari jodoh itu belum benar-benar bersedia. Orang yang bersedia adalah orang yang benar-benar merasakan dirinya macam nak jadi suami, macam jadi jadi isteri.

Satu contoh mudah, orang yang tak ada anak, selepas mengambil anak angkat, dengan izin Allah, mudah mengandung. Sebab bila dia ambil anak angkat, si suami telah menjadi bapa dan si isteri telah menjadi ibu. Jadi telah bersedia untuk dikurniakan anak.

Begitu juga orang yang hendak berkahwin. Adakah telah benar-benar bersedia untuk menjadi suami atau isteri? Adakah telah bersedia di segi hati, jiwa, fizikal, mental, intelek. Contohnya dari segi fizikal, sentiasa menjaga ketrampilan tak kira bila dan di mana.

3.  Tiada Daya Penarik


Diri kita macam magnet yang boleh menarik bakal pasangan kita atau sesiapa pun untuk sayang pada kita. Daya tarikan ini berpusat di hati.

Caranya ialah dengan mengisi hati kita dengan sifat-sifat yang sempurna dan positif. Kalau kita benci pada orang, takut-takut orang yang patut sayang pada kita masih tertahan untuk meminang. Jadi cuba maafkan semua orang. Mudah-mudahan dengan sebab memaafkan semua orang, orang yang bakal jadi tunang akan datang meminang.


photo from Glamour.com


Kita perlu perbanyakkan istighfar, solat taubat, solat hajat, istikharah, witir dan sebagainya untuk cuci hati kita. Maka hati kita akan jadi magnet untuk menarik orang yang sesuai dengan kita untuk mudah datang, sama ada bakal pasangan atau sesiapa saja.

4.  Doa Tidak Makbul


Kita berdoa untuk mendapatkan jodoh. Allah telah berfirman: 

“Mintalah kepada-Ku nescaya Aku perkenankan…” 

Persoalannya, kenapa masih tidak bertemu jodoh? Salah satu punca doa tidak makbul ialah hati masih kotor, rezeki masih belum berkat, zakat masih belum sempurna dan sebagainya. Hati yang masih kotor bermakna masih benci atau sakit hati pada orang.

5.  Restu Ibu Bapa Belum Total


Jodoh tak sampai juga mungkin disebabkan restu emak bapak tidak total. Ibu bapa masih belum bersedia untuk lepaskan anak. Tanya pada ibu, 

"Mak benar-benar redha tak saya berumahtangga?"

Ada ibu yang anak sulungnya tak mahu dilepaskan, anak bongsu apatah lagi. Itu yang kadang-kadang susah hendak dapat jodoh. Ibu mahu anaknya kahwin, tapi dalam hati masih tidak benar-benar redha untuk lepaskan. Ini satu masalah yang besar. Namun, bila emaknya benar-benar redha, terus dapat jodoh yang baik, InshaAllah.

6.  Faktor Metafizikal


Kadang-kadang tak bertemu jodoh juga disebabkan ada faktor-faktor metafizikal yang sukar untuk dijelaskan.

Contohnya terkena sihir atau gangguan ilmu hitam yang kadang-kadang susah hendak dijelaskan secara saintifik. Tapi ini wujud dan berlaku. Sebab sihir sudah ada sejak zaman jahiliah dulu sampai sekarang.

photo from LegalJuice.com

Jika ini berlaku, carilah jalan untuk benteng diri kita atau pulihkan diri kita dengan cara-cara yang munasabah untuk mengatasi masalah belum bertemu jodoh.

7.  Terlalu Memilih Kriteria Pasangan 


Robert Pattinson, One of 2011's Most Stylish Men
photo from wondrouspics.com

Menunggu dan terus menunggu si dia yang memenuhi kriteria yang anda tetapkan. Mahu yang handsome dan smart saja. Kalau lelaki mahu pasangan yang berkulit putih mulus, berambut panjang ikal. Tak salah nak memilih, tapi kriteria yang ditetapkan tak perlulah terlalu ketat. Kita takkan tahu bagaimana si dia di masa hadapan pula. Hidup kan sering berubah. =))

8. Banyak Meminta Tetapi Kurang Memberi


Kalau kita asyik meminta pertolongan daripada orang lain, terkadang tanpa sedar pintu rezeki kita tertutup. Apa salahnya kita pula yang ringan tulang membantu orang lain dengan ikhlas, tanpa dipinta. Mana tahu pintu rezeki kita terbuka dan salah satu pintu rezeki itu mungkin jodoh yang serasi kekal hingga akhir hayat. Kadang-kala, sekecil-kecil pertolongan kita kepada seseorang memberikan satu makna yang sangat besar buatnya.

Selamat bertemu jodoh! =)


SOURCE OF REFERENCE: 

1 comment:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Thank you for your comments!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...