Followers

Facebook Page

Translate This Blog

Blog Hits

Wednesday, December 14, 2011

Bagaimana Merancang Majlis Perkahwinan yang Teratur (pt. 1)



Sebagai individu yang bergelar bakal pengantin, anda seharusnya menjadi seorang yang benar-benar terurus, iaitu terurus dari sudut perancangan majlis perkahwinan. Apabila kesemua gerak kerja persiapan majlis; diatur, disusun, serta direkod secara tepat dan sistematik, insyaAllah, anda akan menjadi bakal pengantin yang sentiasa ceria, cool, dan boleh mengukir senyuman sepanjang masa.


1. RANCANG KEWANGAN


Rancang kewangan perbelanjaan perkahwinan. Pastikan bajet cukup untuk hantaran, hidangan tetamu, pelamin, baju dan lain-lain kelengkapan. Simpan sedikit wang untuk hal-hal sampingan misalnya untuk membeli pembalut, gam, dan lain-lain.

photo from ellfield.com.au

2. PERBINCANGAN


Bincangkan hal adat perkahwinan dengan ibu bapa dan orang yang lebih tua. Tanya pendapat mereka kerana mereka boleh memberi idea yang bernas. Pengalaman mereka boleh dijadikan panduan.

3. REKODKAN SEGALA PERSIAPAN



Terdapat dua teknik untuk merekodkan segala aktiviti & pencapaian persiapan majlis perkahwinan anda.




Teknik #1. Sistem Pemfailan



Ini adalah salah satu kaedah tradisional yang masih relevan dengan hingga kini. 


1. Sediakan fail


Sebelum memulakan sebarang gerak kerja majlis perkahwinan, seharusnya anda menyediakan satu fail khas yang hanya digunakan untuk tujuan majlis perkahwinan ini. Samada anda membelinya, atau mungkin anda boleh gunakan stok yang sudah ada di rumah anda.

2. Simpan dokumen2 penting



Mungkin ada yang tertanya-tanya, apakah dokumen yang perlu disimpan dalam fail ini? Dokumen-dokumen tersebut ialah :
        • Aturcara majlis, 
        • Senarai semak (checklist),
        • Kalendar, 
        • Senarai tugas, 
        • Penyata duit masuk – keluar, 
        • Lakaran lokasi majlis, 
        • Lakaran baju pengantin, 
        • Senarai vendor,
        • dan sebagainya

3. Jenis fail yang sesuai


Bagaimana pula dengan jenis fail yang sesuai untuk tujuan ini? Anda akan menjumpai pelbagai jenis / rupa fail di pasaran. Namun, jenis yang disyorkan mempunyai 2 ciri-ciri berikut:
  • Mudah ditambah / dikurangkan bahan yang tersimpan di dalamnya 
  • Mudah dirujuk apabila diperlukan 


Salah satu contohnya adalah seperti ini:



4.  Simpan dokumen ikut kategori



Apa yang perlu anda lakukan seterusnya ialah, membahagikan dokumen yang anda telah simpan mengikut kategori masing-masing. (Contoh kategori adalah seperti yang telah disenaraikan di atas).

5. Sediakan halaman index/bookmark



Untuk memudahkan lagi rujukan di masa hadapan, pastikan anda mempunyai halaman index yang menyenaraikan mukasurat bagi setiap kategori atau penanda (bookmark) pada setiap kategori yang telah anda sediakan. Contoh penanda yang mudah adalah seperti ini:


6. Hiasan cover fail


Setelah fail anda siap, anda juga boleh menghias cover fail anda dengan gaya & kreativiti anda sendiri. Mungkin dengan mengikut tema perkahwinan atau tema romantis dan sebagainya. Dengan menyediakan fail yang mempunyai sentuhan peribadi, anda akan lebih bersemangat untuk membuat persiapan perkahwinan tatkala terpandang fail ini. 


Teknik #2. Menggunakan Perisian Komputer dan Internet


Sekiranya komputer, Ipad, galaxy tab dll merupakan sebahagian daripada hidup anda, adalah logik sekiranya anda dapat menggunakannya untuk mengatur perancangan majlis perkahwinan. Antara bahan bantu yang boleh anda gunakan adalah seperti:


1.Ms Excel


Anda boleh gunakannya untuk merekod dan menganalisa bajet serta jumlah tetamu yang akan hadir ke majlis perkahwinan anda. Selain itu, anda juga boleh menggunakan kalendar digital yang disediakan oleh mereka untuk merancang aturan gerak kerja anda.

2.Email


Untuk berhubung dengan syarikat-syarikat perkhidmatan perkahwinan atau ahli keluarga dan rakan-rakan yang terlibat dalam persiapan majlis anda. Kelebihannya ialah, akaun email boleh menyimpan semua rekod-rekod perbincangan yang telah dipersetujui oleh anda dan pihak yang terlibat. Adalah lebih baik , sekiranya anda membuka satu akaun email yang khas untuk tujuan majlis perkahwinan sahaja. Ia dapat mengelakkan email penting anda, bercambur baur dengan email-email yang kurang penting untuk majlis ini.

3.Google Reader


Anda boleh menggunakannya untuk menyimpan dan mengemaskini semua maklumat yang anda peroleh daripada internet secara automatik. Sangat mudah dan efektif. Anda harus mencubanya. Anda boleh mendapatkan google reader secara percuma di reader.google.com

Terdapat banyak lagi kaedah pengurusan melalui komputer dan internet, tetapi cukuplah kiranya diperkenalkan 3 kaedah ini sahaja. Ketiga-tiganya adalah kaedah paling asas dan sangat mudah digunakan.

Walau apa pun, anda boleh memilih salah satu daripada dua cara ini, atau anda juga boleh menggunakan kedua-duanya! Ia sangat bergantung kepada cara hidup dan keselesaan anda.


4. SEDIAKAN ATURCARA


Jika perlu sediakan atur cara majlis dari pagi hingga kerja mencuci periuk belanga. Majlis akan lebih teratur dan tidak menjadi kelam kabut.

5. ORANG YANG TERLIBAT DALAM PERNIKAHAN


Pastikan wali dan saksi nikah anda. Masalah akan timbul jika pihak perempuan tidak dapat mencari walinya sendiri. Jika bapa telah meninggal dunia boleh abang atau adik kandung menjadi wali atau wali hakim. Tempah Tok Kadi dan masjid jika tidak bernikah di rumah.


6. PEMBANTU


Lantik beberapa orang dari rakan atau keluarga untuk menjadi pengapit, ketua dapur, ketua atur cara majlis, pemberi cenderahati, flower girl dan penyambut tetamu.

the bridesmaid aka pengapit.
photo from weddingparty-boise.com

7. KONSEP MAJLIS


Tentukan konsep majlis. Pelbagai tema boleh menjadi pilihan anda yang merangkumi set ruang makan tetamu, pelamin, bilik tidur dan lain-lain lagi. Cari kelainan supaya majlis anda lebih “happening”.

8. KHIDMAT PERUNDING PERKAHWINAN


Merujuk kepada perunding perkahwinan, kerana mereka lebih arif. Perkhidmatan ini menjadikan majlis anda berjalan dengan lancar. Bajet anda juga akan lebih jelas kerana perunding akan menyatakan harga kelengkapan majlis anda.

9. TEMPAHAN DI BUTIK PENGANTIN


Tempah pelamin, busana pengantin dan jurusolek/juruandam. Lebih mudah jika dalam satu pakej dan anda boleh dapat harga lebih murah. Jurusolek boleh membuat suai padan make up dengan baju dan bentuk wajah anda.

10.JURUFOTO/VIDEOGRAFI


Pilih jurugambar atau videografi berdasarkan bajet dan cita rasa. Nyatakan kehendak anda kepadanya supaya lebih memenuhi kehendak anda. Gambar merupakan kenang-kenangan abadi peristiwa dalam hidup anda. Rujuk gambar-gambar yang pernah menggunakan perkhidmatannya.

photo from mymalaysiawedding.com

TO BE CONTINUED...


p/s: Ikuti Part 2 di SINI!



SOURCE OF REFERENCE: 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...