Followers

Facebook Page

Translate This Blog

Blog Hits

Thursday, December 15, 2011

PANDUAN MEMILIH TARIKH PERKAHWINAN


Hai bakal pengantin sekalian.


Bagaimana memilih tarikh yang sesuai
Memang sejak sekian lama, majlis perkahwinan biasanya akan diadakan pada hari Sabtu dan Ahad dalam CUTI PERSEKOLAHAN
Ini bertujuan untuk memudahkan saudara mara yang datang dari jauh. 
Namun, pada ketika ini, terutamanya di kawasan Kuala Lumpur, majlis perkahwinan yang diadakan pada hari Sabtu dan Ahad dalam cuti sekolah, nampaknya bukanlah satu waktu yang paling ideal untuk melangsungkan majlis perkahwinan.


Terdapat beberapa kelemahan pada majlis yang diadakan pada hari Sabtu dan Ahad dalam cuti sekolah. Antaranya ialah:
    • Pengusaha perkhidmatan seperti jurugambar, katerer dan jurumekap agak sukar memberikan diskaun pada tarikh ini. Ini kerana, pada tarikh ini, mereka mendapat terlalu banyak permintaan. 
    • Adalah teramat sukar untuk mendapat perkhidmatan profesional pada tarikh ini sekiranya anda membuat tempahan kurang dari sebulan dari tarikh perkahwinan anda. 
    • Anda mungkin akan dapat seorang juruvideo walau menempah agak lambat, tetapi, biasanya, juruvideo yang baik sudah ditempah jauh lebih awal. Jadi, anda cuma mendapat juruvideo yang kurang berkualiti. Begitu juga keadaannya dengan pemberi khidmat profesional yang lain.
    • Sekiranya berlaku kecemasan seperti jurugambar anda tidak dapat hadir pada majlis anda, adalah teramat sukar untuk mencari jurugambar gantian pada tarikh tersebut. 
    • Pemberi perkhidmatan profesional mempunyai jadual yang ketat pada tarikh yang berkenaan. Mereka akan terkejar-kejar dan keletihan. Contohnya, pengantin mungkin terpaksa dimekap pada pukul 2 petang untuk majlis akad nikah yang akan diadakan pada sebelah malamnya. Ini kerana, jurumekap tersebut juga mendapat tempahan mekap untuk pengantin di tempat lain.
    • Tetamu jemputan juga biasanya mendapat banyak jemputan pada tarikh tersebut. Mereka mungkin tidak dapat menghadiri majlis anda kerana memenuhi undangan lain kerana kesuntukan masa dan keletihan.


Pertimbangkanlah tarikh yang terbaik untuk anda dengan mengambil kira faktor-faktor lain juga. Tanya kepada sahabat handai dan ahli keluarga sama ada mereka boleh datang ke majlis anda pada hari tarikh yang anda pilih. Jika semuanya sibuk, lupakan sahaja!


SOURCE: syokkahwin.com: Panduan Memilih Tarikh Perkahwinan 

No comments:

Post a Comment

Thank you for your comments!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...