Followers

Facebook Page

Translate This Blog

Blog Hits

Monday, December 19, 2011

PERMOHONAN PERKAHWINAN BAGI LELAKI (JAIS)



Ok tempoh hari dah share prosedur permohonan nikah bagi perempuan.
Kali ni untuk lelaki pula. =)


PROSEDUR PERMOHONAN NIKAH LELAKI

  1. Hadir kursus pra perkahwinan. -DONE
  2. Dapatkan borang 2A di JAIS/PAID.  -DONE
  3. Dapatkan borang pemeriksaan ujian darah/ HIV dari bahagian undang-undang keluarga JAIS atau Pejabat Agama Islam Daerah.
  4. Lengkapkan borang dan lampirkan dokumen sokongan. (3 bulan sebelum akad nikah)
  5. Dapatkan pengesahan dari penolong pendaftar nikah (PPN) qariah.
  6. Dapatkan kebenaran nikah dari Pejabat Agama Islam Daerah (PAID).
  7. Serahkan kebenaran berkahwin kepada PPN qariah.
  8. Serahkan kebenaran kepada pihak perempuan.



DOKUMEN YANG DIPERLUKAN 

  1. Salinan kad pengenalan/ passport (jika pemohon warganegara asing).
  2. Salinan kad pengenalan/ passport 2 orang saksi (jika warganegara asing)
  3. Salinan sijil kursus pra perkahwinan (diiktiraf oleh JAKIM/JAIS/JAWI/JAIN).
  4. Keputusan ujian saringan HIV.
  5. Salinan borang permohonan 2A.(jika pemohon nikah luar daerah/ negeri/ negara).
  6. Surat pengesahan mastautin pemohon dari penghulu/ ketua kampung/ nazir masjid/Pengerusi jkkk, pengerusi j/k penduduk taman perumahan (bagi pemohon yang mempunyai perbezaan alamat tempat tinggal dengan alamat di dalam kad pengenalan).
  7. Surat perakuan cerai/kematian pasangan dan salinannya. (Jika pemohon duda).
  8. Surat atau kad perakuan islam dan salinannya. (jika pemohon saudara baru). 
  9. Surat kelulusan dari KAGAT/ PDRM. (jika pemohon anggota tentera/ polis).
  10. Surat kebenaran berkahwin daripada konsulat atau kedutaan dan imigresen. (jika warganegara asing).


p/s: Kepada yang bertanya prosedur untuk negeri selain Selangor (JAIS) seperti diatas, bolehlah rujuk direktori pejabat agama masing-masing di tempat anda bermastautin (perempuan). =)


SOURCE & REFERENCE:

No comments:

Post a Comment

Thank you for your comments!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...