Followers

Facebook Page

Translate This Blog

Blog Hits

Saturday, December 17, 2011

PERMOHONAN PERKAHWINAN BAGI PEREMPUAN (JAIS)


PROSEDUR PERMOHONAN NIKAH PEREMPUAN

  1. Hadir kursus pra perkahwinan. -DONE
  2. Dapatkan borang 2c dan 2d di JAIS/PAID.  -DONE
  3. Dapatkan borang pemeriksaan ujian darah/ HIV dari bahagian undang-undang keluarga JAIS atau Pejabat Agama Islam Daerah (PAID).
  4. Lengkapkan borang dan lampirkan dokumen sokongan. (2 bulan sebelum akad nikah)
  5. Dapatkan pengesahan dari penolong pendaftar nikah (PPN) qariah.
  6. Dapatkan kebenaran nikah dari Pejabat Agama Islam Daerah (PAID).
  7. Serahkan kebenaran berkahwin kepada PPN qariah.
  8. Akad nikah dijalankan.
  9. Ambil surat perakuan nikah di JAIS/ PAID.


DOKUMEN YANG DIPERLUKAN 
  1. Salinan kad pengenalan/ passport (jika pemohon warganegara asing).
  2. Salinan kad pengenalan/ passport 2 orang saksi (jika warganegara asing)
  3. Salinan sijil kursus pra perkahwinan (diiktiraf oleh JAKIM/JAIS/JAWI/JAIN).
  4. Keputusan ujian saringan HIV.
  5. Salinan borang permohonan 2c (jika pemohon nikah luar daerah/ negeri/ negara).
  6. Surat pengesahan mastautin pemohon dari penghulu/ ketua kampung/ nazir masjid/Pengerusi jkkk, pengerusi j/k penduduk taman perumahan  (bagi pemohon yang mempunyai perbezaan alamat tempat tinggal dengan alamat di dalam kad pengenalan).
  7. Borang kelulusan berkahwin/ surat kebenaran berkahwin bagi lelaki.
  8. Surat perakuan/ pengesahan/ akuan sumpah nikah ibu bapa. (jika perempuan anak sulung atau wali adalah abang lelaki yang sulung)
  9. Surat wakalah (jika wali tidak dapat hadir semasa akad nikah).
  10. Surat perakuan/ akuan sumpah kematian wali (bapa).
  11. Surat atau kad perakuan islam dan salinannya. (jika pemohon saudara baru)
  12. Surat kelulusan dari KAGAT/ PDRM. (jika pemohon anggota tentera/ polis).
  13. Surat perakuan cerai/ kematian pasangan dan salinannya (jika pemohon janda).
  14. Surat kebenaran berkahwin daripada konsulat atau kedutaan dan imigresen. (jika warganegara asing).


Jom tengok prosedur nikah bagi pasangan anda pula di SINI.




p/s: Kepada yang bertanya prosedur untuk negeri selain Selangor (JAIS) seperti diatas, bolehlah rujuk direktori pejabat agama masing-masing di tempat anda bermastautin (perempuan). =)


SOURCE & REFERENCE:

2 comments:

  1. kalau kat ngri lain pun cam ni gak ke syartnye

    ReplyDelete
  2. lebih kurang sama la mungkin. rajin2 check dgn pjbt agama tempat bermastautin ye.. =))

    ReplyDelete

Thank you for your comments!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...