Followers

Facebook Page

Translate This Blog

Blog Hits

Saturday, December 31, 2011

Pertemuan Pertama Dengan Vendor Pelamin (pt. 1)


Hai all.

Petang Jumaat tadi pergi jumpa vendor pakej pelamin di Banting bersama en. tunang.
Ouh rasa agak jauh juga lah dari Klang.
Tapi berbaloi sebab pelamin dia murah dan cantik.
Vendor pelamin ni sama dengan masa tunang hari tu.
Nak tengok mini pelamin tunang boleh klik SINI dan komen di sana ya. =))

Pertamanya warna tema untuk ketiga-tiga event nikah, resepsi dan tandang dah ditetapkan seperti di kanan wall blog ni.
Jadi kami pun berbincang tentang pelamin dan busana yang bakal dipakai.
Pakej terendah yang ditawarkan di butik ini ialah RM1000, which is aku rasa memang berpatutan.
Dan vendor ni sangat2 lah senang nak diajak berbincang, friendly, dan tau hormat customer. THUMBS UP utk beliau! 
Tiba2 aku kena puji dengan vendor sebab bawa fail DIY khas untuk majlis kahwin kami (macam yang dah diblog dalam entry INI), contoh2 dari majalah dan gambar2 yang di save dalam tab, katanya bagus bakal pengantin dah buat rujukan. =))
So tak adalah ternganga kalau di sana baru nak terpilih-pilih warna dan item yang sesuai untuk majlis.
Itu pun satu cara untuk menarik customer tau.
Kau orang yang suka puji2 dan ambil hati ni memang sangat sesuai buat bisnes. 

Dalam memilih pelamin, aku bukanlah seorang yang cerewet. Sebab bagi aku (macam dalam entry mini pelamin tunang tempoh hari), pelamin tak perlu terlalu sarat. Go for a simple one, dan kalau boleh tak nak terlalu banyak main warna. Sebabnya, pengantin yang mahu ditonjolkan, bukan pelamin. Jika terlalu sarat, si raja sehari akan nampak tenggelam. Kalau orang dok sibuk memandang dan puji pelamin, bagaimana pula dengan pengantin. haha.. ok cukup. Tu semua cuma pandangan personal aku. Lagi satu hal, aku tak perlu bimbang sebab aku percaya kepada vendor yang boleh menata rias pelamin mengikut kehendak aku, dan juga skill dia. Aku ambik pakej pelamin untuk ketiga-tiga event sekaligus termasuk event belah lelaki sebab nak murah dan jimat. Biasalah.. aku kan pengantin budget.. hihi =)

MINI PELAMIN NIKAH


Bagi pelamin nikah, aku fikir yang biasa2 sahaja seperti pelamin tunang tempoh hari. Tapi bila difikirkan eloklah ada sedikit kelainan. Tiba2 aku ternampak satu pelamin baru diletak dalam butik. Konsepnya masih blok kayu putih, tapi ada keluk2 ala2 Morocco style lah kunun. Aku pun kata ok lah ambil yang ini. Dan warna pula gabungan pink & lemonade yellow. Pink tak dapat lari ye dari perempuan. Bertunang hari tu dah guna warna pink & peach. Tapi kali ni, major color adalah yellow. Mini pelamin beserta kerusi. Harga sekali dalam pakej.

Susah tau nak google pelamin kuning & pink. Tak jumpa. Tapi sini ada contoh pelamin, tapi tak ikut warna pink & kuning la:

haaa keluk2 tu lebih kurang macam ni lah. tapi blok kayu tu semua warna putih.
photo from ariweddingcouture.blogspot.com
Kalau dapat pelamin macam ni, pheww kelas kau mariaa..
Tapi kalau boleh nak cuba elak la sebab nak yang simple. Lagipun aku ni pengantin bajet.
Tapi yg ni memang kelass!!
Photo from arma-couture.blogspot.com

Nurul Syuhada's solemnization day.
i heart the Morrocan dais & her hand bouquet.. =)

PELAMIN RESEPSI (BELAH PEREMPUAN)


Seperti kehendak mak aku, walau tema resepsi gold & purple, beliau nak base color pelamin semua putih atau cream, bunga cream dan daun sahaja hijau. Lebih eksklusif katanya. Masih menggunakan blok kayu putih, namun vendor akan meletakkan sedikit kelainan pada bongkah kayu tersebut. Lain macam mana tu? Tunggu la hari resepsi tiba dan lihat okay! =) Harga sekali dalam pakej.

Contoh (klik gambar untuk paparan jelas):

ouh i heart this one sooo much!! nak macam ni boleh?? betul pelamin idaman!
photo from armaweddingcouture.blogspot.com
close-up sikit lagi pelamin idaman!
photo from armaweddingcouture.blogspot.com
i heart this one to0!! oh my..all in white & cream,
belakang gantung tabir warna tiffany blue. Ohsem!
photo from rendaperancis.wordpress.com 
putih bersih & suci.
photo from nikuze-bride2b.blogspot.com
pelamin putih dengan kerusi sampan.
photo from nurmala-mazlan.blogspot.com


PELAMIN MENYAMBUT MENANTU (BELAH LELAKI)


Tema warna menyambut menantu adalah green & coral. Dan pelamin belah lelaki ni, adalah menurut kehendak my future mother-in-law (FMIL) iaitu hijau & cream. Sama juga guna blok kayu, namun vendor akan ciptakan sedikit kelainan daripada majlis resepsi. Haha.. dah ambil semua ditempat yang sama. Mesti lebih kurang sama. I don't care pun. Sebab tetamu yang datang pun lain2 kan? =p Yang paling penting, AKU SANGAT BERHARAP ia akan jadi cantik, simple & sweet. Harga sekali dalam pakej.

Contoh:

pelamin hijau cream guna blok kayu, dan chandelier di setiap panel, beserta kerusi sampan.
photo from tepaksirehbridalbutique.blogspot.com
close-up sikit pelamin angan.
photo from tepaksirehbridalbutique.blogspot.com
putih & hijau memang ekslusif.. i heart this one. tapi hijau dia tak macam yang FMIL nak. =(
photo from imageshack.us
pelamin hijau+putih+merah. simple but nice. juga menggunakan blok kayu.
phoyo from wsyahida.multiply.com
Nampak ekskusif dan mahal. Tapi bukan hijau ni yang FMIL nak.
photo from flickr.com/photos/noraweddingplanner

Warna hijau mendominasi, ditambah warna merah bunga telur. So nice. =)
photo from hammycel.blogspot.com

Aku ambil 1 pakej mengandungi:
  1. Pelamin 3 panel (majlis di dewan-tambah RM500)
  2. Baju 4 pasang (berinai, resepsi, potong kek, bertandang)
  3. 2 kali make-up *tak ambil sebab make-up dengan MUA pilihan, so ganti dengan pelamin nikah)
  4. Handbouqet & accessories
TOTAL PRICE = RM2500


Untuk pelamin menyambut menantu pula, kalau ambil pelamin sahaja harganya RM1500 untuk majlis dewan. Tapi bila aku terpandang pakej RM1k yang aku sebut macam di atas tu, aku pun cakap dengan vendor aku nak pakej tu iaitu:
  1. sepasang baju *dah ada dalam pakej di atas
  2. sekali make-up *sama reason seperti pakej di atas
  3. handbouqet & accesories
  4. pelamin 3 panel
TOTAL PRICE = RM1000

Makanya, jimat RM500.. hehe.. ok tak? So total untuk dua pakej di atas ialah RM3500. Harga ni belum tambah deco2 dewan yang aku request lagilah. Aku rasa cukup murah la tu. Lagi, vendor ni boleh bawa bincang. So tak ada hal lah.

Aku akan update tentang baju pula nanti. Stay tuned. =))

p/s: Untuk sambungan entry, jom klik SINI: PERTEMUAN PERTAMA DENGAN VENDOR PELAMIN (pt. 2)



with love,
Alya Syaqiera

6 comments:

  1. sis, saya nk tya yg mana 1 yg sis plih utk pelamin tu..leh pm sy x..zarrazaihasra@yahoo.com

    ReplyDelete
  2. salam sis,
    saya nak tye pakej nie untuk kawasan mane ye?
    pahang dengan johor boleh?
    leh pm sye x di shazalove90@gmail.com
    terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. utk area klang valley dan yg sewaktu dgnnya.
      xpasti diorg ade wat utk area pahang or johor atau x.

      Delete
  3. Hye sis,.boleh bagi nama butik yg sis amik kt banting ni? Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. link butik ada di atas ya. hrp dpt membantu. =)

      Delete

Thank you for your comments!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...