Followers

Facebook Page

Translate This Blog

Blog Hits

Saturday, December 31, 2011

PERTEMUAN PERTAMA DENGAN VENDOR PELAMIN (pt. 2)




Ok semalam dah cerita di SINI mengenai pertemuan dengan vendor pelamin untuk memilih pelamin. Dan satu lagi perkara yang aku dan en. tunang pilih ialah busana perkahwinan.


BUSANA NIKAH


Dah beli siap & bagi jadi hantaran bertunang! Cerita kemudian ok. =p


BUSANA MALAM BERINAI


Aku sebenarnya tak mahu buat malam berinai sebab pada mulanya plan nikah petang Jumaat. Tapi apabila my future mother-in-law (FMIL) bertanyakan tak adakah malam berinai/trinai (aku pun tak pastu terms tu!), kami pun buatlah. Jadi keluarga belah aku pun setuju walaupun aku tak tahu bagaimana sebenarnya prosedur malam berinai tu. 

Bertepatan dengan tema pink & lemonade yellow,  aku fikir nak pakai warna kuning lah. Kalau boleh nak pakai songket sebab kononnya nak mengekalkan tradisi perkahwinan melayu. Lagipun kalau en. tunang pakai songket di siang hari, confirm berpeluh-peluh! Sebab dia memang cepat sangat berpeluh. Tapi di butik tak ada baju kuning yang menepati citarasa aku! 

Kami cuba pakai satu baju warna coklat dan memang fit dengan aku. Tak payah alter lagi. Tapi bila ambil gambar dan fikir semula, warna tu kurang menyerlah apatah lagi aku ni suka warna yang striking. 

inilah baju coklet tu.

Bila balik rumah, aku rujuk lagi majalah perkahwinan, dan aku fikir aku nak tukar ke warna pink terang! Akan pergi lagi butik bulan 1 ni. Dan vendor tak kisah kalau nak tempah baju baru sebab katanya baju boleh siap hanya dalam masa SEBULAN! Oh wow cepat tu. So tak ada masalah rasanya. =)


BUSANA RESEPSI


Yang penting aku nak pakai dress untuk resepsi! Design dah bagi kepada vendor sebagai contoh. Katanya sekarang trend kain net. So aku serahkan segalanya untuk dia survey harga kain dan tempahan jahitan. Tapi kalau tak dress pun aku tak kisah kalau pakai beaded kebaya moden. Warna apa? Mungkin cream atau soft gold.

Contoh: 



photo from weddinginspirasi.com
sexy cut. Tapi make sure tambah lengan panjang ye untuk bride bertudung. =)
photo taken from classifieds.weddingbee.com


BUSANA POTONG KEK


Acara potong kek akan turut berjalan semasa majlis resepsi. Namun aku tak pasti lagi nak tukar baju atau tidak. Macam susah pula sebab majlis di dewan dan agak leceh untuk tukar baju. Lagi, kalau dah berhabis untuk baju resepsi, rasa terkilan pula untuk pakai hanya sekejap. Kalau ada pun, mungkin aku memilih gown putih atau purple. En tunang pula pakai tuxedo hitam dengan bow. Kalau tak pun, baju tu boleh bawa semasa acara buka hadiah pada sebelah malamnya? Masih perlu berbincang dengan mak aku. 


BUSANA MAJLIS SAMBUT MENANTU


Untuk majlis ni, hanya satu busana yang akan dikenakan dan semestinya dress juga! Aku nak warna merah atau coral. Tak ada baju yang berkenan juga di butik tu. Jadi aku amsih dalam usaha mencari design yang sesuai untuk aku untuk dimajukan kepada vendor, dan ditempah. =)

Itu saja update untuk busana semasa pertemuan kali pertama dengan vendor pelamin. Aku harap semua busana akan jadi seperti yang kami mahu.



with love,
Alya Syaqiera

4 comments:

  1. Hye sis. Nk contact no vendor ni blh? Tlong email sy nurulfazren@gmail.com
    Tq! ;)

    ReplyDelete
  2. Hye sis. Nk contact no vendor ni blh? Tlong email sy nurulfazren@gmail.com
    Tq! ;)

    ReplyDelete
  3. Hye sis. Nk contact no vendor ni blh? Tlong email sy nurulfazren@gmail.com
    Tq! ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada dlm entry ni http://alyasyaqiera.blogspot.com/2011/11/mini-pelamin-majlis-pertunangan.html

      Delete

Thank you for your comments!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...