Followers

Facebook Page

Translate This Blog

Blog Hits

Friday, December 2, 2011

POST MORTEM MAJLIS PERTUNANGAN



Dah SEMINGGU 5 HARI jadi tunangan orang.


Kawan2 pun ada bertanya apa perasaan jadi tunang orang?
Masa berjumpa en. Tunang beberapa hari selepas tunang, aku jadi malu2.
Tak tahu kenapa.
Perasaan tu lain daripada yang sebelumnya.. hahaha
Tapi sekarang dah rasa macam biasa je.
Aku seakan terlupa aku dah diikat.
Kadang2 en. Tunang yang ingatkan apa hubungan aku dengan dia sekarang. Haha..
Sabar je dia melayan perangai aku.
Dan aku harap dia akan kekal macam tu sampai bila2. =P


Dalam seminggu lebih ni juga, eloklah kalau buat post mortem mana yang elok mana yang tidak semasa majlis. Banyak juga feedback daripada family dan kawan2 yang hadir, serta daripada pandangan sendiri kelebihan dan kekurangan majlis tunang kami pada 20.11.2011 lepas. Antaranya:


1) Dress tunang 



-Dress tunang agak sendat. First fitting baju, tak boleh masuk dekat lengan dan badan agak sempit. Setelah 3 kali alter barulah ok sikit. Bottom part kain chiffon sarat manik di bahagian kaki pula, agak panjang sedikit sampai aku kena angkat bila nak berjalan. Dan manik2 pun banyak tercabut sebab seringkali terpijak. Sedih juga kain jadi rosak sebab boleh tahan juga mahal kain chiffon tu =( . Next time beli baju siap sajalah nampaknya, tapi baju siap tak dapat ikut design yang kita nak pula. Huhu..


2) Makanan catering



-makanan catering yang mak aku uruskan untuk 130 pax banyak berlebih. Tetamu yang RSVP ada juga tak dapat datang atas alasan tertentu. Catering bagitahu biasanya mereka memang akan buat makanan lebih daripada yang dipesan sebab khuatir tak cukup. Jadi setelah berbincang dengan mak aku, next event makanan perlu dipesan kurang daripada jumlah tetamu yang dijangka hadir. Kalau tak cukup, boleh bagi makanan ringan yang lain. Tapi orang kata lebih baik berlebih daripada tak cukup. Dan disini juga sangat penting RSVP untuk anggaran tetamu. Semua tetamu yang RSVP 'mungkin' akan datang, perlu dikira sebagai 'tidak hadir'. Walau bagaimanapun, alhamdulillah menurut tetamu, makanan sedap. =)


3) Make-up



-At first lepas siap make-up, aku rasakan make-up dah cukup simple dan sweet seperti yang aku request kepada MUA. Tapi feedback from family, friends yang hadir & en. Tunang sendiri pula, kata mereka make-up kurang berseri. Salah aku juga sebab memang tak sempat pergi untuk test make-up. MUA tak pernah make-up aku dan beliau mungkin tak tahu jenis kulit dan bentuk muka aku. Tak semua MUA yang boleh make-up aku dengan jayanya sebab kulit aku tak flawless macam anda semua. Tapi dalam gambar nampak ok, so aku rasa ok lah.. hihi.. Lagipun hari tu adalah my first day period seperti yang aku cerita sebelum ni. Jadi mungkin sedikit menampakkan muka letih aku. Tak apa majlis dah lepas pun! Next time WAJIB untuk pergi test make-up walau tak ada masa sekalipun!!


4) Mini pelamin



-pelamin memang aku puas hati. Dah la harga berpatutan, cantik pula tu decoration dia. Tapi kalau ada alas atas panel warna kelabu tu, mungkin akan bertambah cantik. =) 


5) Emcee



-aku fikir dalam apa2 event pun, mesti ada seorang emcee ataupun seseorang yang boleh bagi arahan untuk kawal flow majlis. Bukan macam hari tu, terpinga-pinga tak tahu nak buat apa. Malu!! =p Dan lagi satu aku tak sempat datang turun duduk atas pelamin lagi, semua orang dah habis baca doa. Sedih. =(


6) Cuaca



-ditakdirkan hujan di tengah hari pula. Tapi ini tak boleh elak la. Nasib baik hujan je tak ada guruh petir kilat semua. Kira hujan rahmat la. He he..


7) Easel/art stand & frame poster



-Frame poster yang mak aku tempah betul2 sama saiz dengan poster tu so kurang cantik bila diletakkan atas easel. Next time poster mungkin boleh dilekatkan pada mounting board atau apa2 yang keras dan bersaiz lebih besar daripada poster supaya ada sedikit framing.


8) Photographer



-Photographer yang telah dibooking tak dapat menghadirkan diri, lalu digantikan dengan dua photographer lain.  Aku sedikit terkilan kerana pagi sebelum majlis, baru aku dikhabarkan tentang ketidakhadiran photographer asal tersebut. Dan mood terus berubah ketika itu. Memang aku harap gambar yang cantik untuk majlis. Tapi disebabkan sponsor, aku tak boleh cakap banyak. Aku tak kisah jika perlu mengeluarkan belanja yang besar untuk photography. Dapat sponsor dah kira bagus, tapi kualiti yang diharapkan tak dapat dipenuhi. Harap gambar semasa nikah & bersanding nanti tak macam masa tunang tempoh hari. 



Till here. Harap wedding nanti, mana2 yang kurang boleh diperbaiki.
=)

1 comment:

  1. sabarlah alya, itu baru bertunang hehe... akak masa kawin macam2 hal jugak... kita manusia, mmg x sempurna kan.. mmg tak dapat 100% yg kita nak tapi kalau tak cerita, orang tak tahu kan... :)

    soal makeup kurang berseri tu, rasanya semua dah terbiasa tengok alya mekap utk photoshoot kot?.. Sblom akak kawin dulu, cousin akak pernah pesan pada akak, hari nak kawin kurang2kan bermekap..hehe.. tapi akak pon bukan kaki mekap.. huhuhu just share pendapat cousin akak tuh.. :)

    last but not least, harap carilah photographer yang mmg kita upah utk hasil yang cantek.. bila sponsor ni, selalunya selebriti je dapat kelebihan gambar yang cantek :(

    so goodluck ya dalam merancang majlis!

    ReplyDelete

Thank you for your comments!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...