Followers

Facebook Page

Translate This Blog

Blog Hits

Wednesday, December 28, 2011

SURVEY DEWAN RESEPSI



Hey all.


Tadi siang pergi lagi hunting untuk reception hall.
Pergi terus ke Majlis Perbandaran Klang (MPK) dan book terus. haha
Tapi tarikh yang aku nak tak ada.
Suppose nak buat majlis hari Ahad.
Oleh sebab tak ada kosong, aku pilih hari sebelumnya iaitu Sabtu.

Kriteria dewan yang aku pilih mestilah:


1. ada aircond
2. dekat dengan rumah
3. tak perlu terlalu cantik, asalkan nampak terjaga.

Aku tanya pada staf MPK tadi mana dewan paling dekat dengan rumah aku.
Kemudian dia suggest dewan tu.
Selepas tu aku terus terjah nak tengok dewannya.
Cat warna kuning, bahagian dalam ok, berhawa dingin, dan tumbuh-tumbuhan di luar kelihatan terjaga, tak ada lah yang mati.
Cumanya dewan ni tak ada parking lot sebab dia dalam taman dan betul2 tepi jalan.
Huh hampir sebulan tu aku cari dewan tak jumpa2.
Kali ni aku nekad je untuk book dewan tu.
Dalam masa 2 hari aku perlu selesaikan deposit. 
Dan dalam masa dua hari ni juga aku perlu berfikir sama ada nak teruskan majlis resepsi di dewan atau sebaliknya.
Kenapa pulak ye??? =p


bahagian dalam dewan. ok la kan? =p


Ok, antara dewan yang aku survey selama sebulan ni di Klang termasuklah dewan di Shah Alam:


1. Dewan Teluk Pulai


Besar tapi tak terjaga. Syiling pun belum dibetulkan. Ada aircond, tapi agak jauh dari rumah. Hampa, dan balik. =(


2. Dewan Hamzah, Klang


Memang cantik di tepi jalan utama Klang, bersebelahan dengan jam gergasi bertulis "Daulat Tuanku" dan air pancut, betul2 bersebelahan MPK. Ada aircond. Namun hanya disewakan untuk staf saja. Di saat itu dalam kepala aku berfikir, aku nak bina dewan sendiri untuk kegunaan kaum kerabat aku je. Haha.. keji kan fikiran aku. Hampa, dan balik. =(


3. Dewan Pejabat Tanah/Daerah, Klang


Sangat cantik sebab baru bina, atas bukit yang nyaman, besar, ada aircond, mampu sewa, memang dah mimpi2 nak buat majlis resepsi dalam tu. Tapi, tarikh tak available. Pejabat Tanah tak buka sewaan hingga bulan 6 tahun depan sebab pilihanraya. Sangat hampa, dan balik. =(


4. Dewan Bunga Kertas TTDI, Shah Alam


Ada aircond, terjaga. Tapi dua court saja sangatlah kecil bagi aku. Bukan nak buat majlis besar-besaran pun, but at least taknak nampak crowded. Parking besar. Tarikh yang aku nak pun available. Nak book dengan MBSA. KIV dulu.


5. Dewan Bankuet MBSA, Shah Alam


Aku cuba call je sebab tahu memang date untuk tahun depan dah tak ada. Sewa RM3800, aku rasa ok sebab sekali dengan kerusi velvet, meja dan PA sistem. Ada aircond juga. Tapi dengar2 kecil sikit dan nampak agak lama. Well, MBSA buka sewa untuk tahun 2013 bulan Jun 2012 tahun depan. Siapa berhajat nak resepsi di sana cepat2 lah book nanti!


6. Dewan Kg. Jawa, Klang


Satu court, sangat kecil, tak ada aircond, condition biasa2 saja. Dewan ni under JKKK, bukan MPK. So direct terus untuk book. Boleh lah guna untuk small event macam seminar dsb. Memang tak lah aku nak sewa dewan ni untuk resepsi.


7. Dewan Taman Botanic, Klang


Tak ada aircond. Tak nak!


8. Dewan Bukit Tinggi 2, Klang


Sangat besar dan cantik! Malam2 kalau tengok cantik je dari luar. Bersebelahan Jusco Bukit Tinggi. Tak payah risau tentang parking, sebab walaupun tak ada parking lot, guest boleh park dekat dalam Jusco. Lepas tu bolehlah melawat Jusco selepas datang ke majlis aku. hihi.. tapi sayang tak ada aircond. Date yang aku nak pun tak available. Hampa. Balik. =(




Okay sampai sini dulu. Banyak lagi dewan2 lain yang aku survey. Tapi tak mengapalah tak review semua kan. Huhu =)




with love,
Alya Syaqiera

9 comments:

  1. Replies
    1. kalau mcm dewan sukan ni, tak ada karpet. dia guna court je lah. biasanya kalau sewa dewan akan termasuk skali dgn smua equipment dia. =)

      Delete
  2. nak tanya.. sewa dewan ni termasuk ngan karpet ke? klu dewan badminton wajib pasang karpet ke??

    ReplyDelete
    Replies
    1. karpet biasanya deal dengan pakej pelamin.

      Delete
  3. nk tya klu nk sewa dewan nie,sewa ngan sape yea?

    ReplyDelete
  4. nk tya, klu kte nk sewa dewan nie kat nk sewa n tya kat sape yea?

    ReplyDelete
    Replies
    1. amie, semua dewan yg saya pergi tu sy survey di majlis perbandaran klang dan MBSA shah alam.

      Delete
  5. Salam ....

    Nak promote pakej lengkap RM21K for 1000pax(Aircond)
    (SHAH ALAM/THE ARTMOSPHERE(SERI KEMBANGAN)

    VIP Hall(Aircond)
    Terrace (Open)
    24 meja tetamu beralas
    6 meja vip (Hidang)
    300 kerusi chaviari Putih
    1 round table pengantin
    1 pelamin Moden
    1 gerbang Utama
    1 karpet merah
    2 set baju pengantin (nikah /Sanding)
    2 kali make up (nikah /sanding)-MUA
    Photoshoot
    Videoshoot
    1 album Crystal 8 x 12"
    PA System,DJ,MC
    Kompang (Live)
    1 kek pengantin 3 tingkat

    Menu Asas
    Nasi Beriani Pakistan
    Ayam Masak Merah
    Daging Masak Hitam Manis
    Dalca Sayur
    Acah Timun
    Papadom
    Air Buah
    Teh tarik
    Air Mineral
    2 jenis Buah Buahan
    2 jenis Kuih Muih
    Menu Pengantin
    Udang Panjat
    Ikan siakap sweet sour

    PERCUMA
    Photobooth(GARDEN ROOF HOTEL(SHAH ALAM/THE ARTMOSPHERE(SERI KEMBANGAN)
    Guest Book(GARDEN ROOF HOTEL(SHAH ALAM/THE ARTMOSPHERE(SERI KEMBANGAN)
    10 UNIT STANDARD ROOM HOTEL(THE ARTMOSPHERE(SERI KEMBANGAN)
    1 UNIT SUITE ROOM HOTEL (GARDEN ROOF HOTEL(SHAH ALAM)

    HUBUNGI /WHATSAPP :01111548011 (FARRA)

    ReplyDelete
  6. Kami juga menyediakan pakej khemah/Dewan(pilihan sendiri ) hanya RM18K for 1000pax

    7 unit khemah arabian(Rumah)
    20 meja tetamu beralas
    4 meja vip (DOME)
    200 kerusi Plastik bersarung
    1 high table pengantin
    1 pelamin Khemah
    1 gerbang Utama
    1 karpet merah
    2 set baju pengantin (nikah /Sanding)
    2 kali make up (nikah /sanding)-MUA
    Photoshoot
    Videoshoot
    PA System,DJ,MC
    Kompang (Live)
    1 kek pengantin 3 tingkat

    Menu Asas
    Nasi Beriani Pakistan 80%
    Nasi Putih 20%
    Ayam Masak Merah
    Daging Masak Hitam Manis
    Dalca Sayur
    Acah Timun
    Papadom
    Air Buah
    Teh tarik
    Air Mineral
    2 jenis Buah Buahan
    2 jenis Kuih Muih
    Menu Pengantin
    Udang Panjat
    Ikan siakap sweet sour



    HUBUNGI /WHATSAPP :01111548011 (FARRA)

    ReplyDelete

Thank you for your comments!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...