Followers

Facebook Page

Translate This Blog

Blog Hits

Friday, December 9, 2011

TANDA-TANDA LELAKI IKHLAS BERCINTA


Hai gadis-gadis.

Erm.. bagaimana ya nak tahu dia tu betul suka pada aku, betul serius menjalin hubungan dengan aku? Apa sebenarnya hubungan kami berdua? Mungkin kadang2 persoalan2 sedemikian bermain dalam minda anda wahai si gadis. Jadi kali ni nak berkongsi bahan bacaan mengenai keikhlasan lelaki terhadap anda. Memang benar keikhlasan tak boleh diduga atau diteka. Namun, mungkin tips di bawah boleh dijadikan panduan. =)

1. Bersahaja


Dia tidak akan berpura-pura menjadi orang lain atau berlakon baik semata-mata mahu menambat hati anda. Sebaliknya si dia akan kelihatan tenang dan bersahaja setiap kali berdepan dengan anda.

2. Gembira Bersama

photo from sheknows.com



Tiada paksaan atau lakonan di wajahnya. Ekspresi gembira jelas terpancar di wajahnya ketika kalian bertemu atau menghabiskan masa bersama.

3. Terima Anda Seadanya


Dia menerima kelebihan dan kelemahan diri anda seadanya. Dia tidak memaksa anda menjadi orang lain bagi memenuhi ciri-ciri pasangan idamannya.

4. Jujur


Baik dari segi percakapan mahupun perlakuan, dia ikhlas dan berterus-terang dengan anda. Kaki penipu biasanya bijak mengatur ayat manis tapi orang yang jujur akan menggunakan bahasa yang biasa.

5. Hormat


Di awal perkenalan sehingga anda bersama sebagai kekasih, dia menghormati anda dan tidak sesekali dia cuba mengambil kesempatan atau mengasari anda dengan perbuatan atau percakapannya.

6. Bertemu Dengan Keluarga


Jika dia memang ikhlas, dia tidak akan keberatan untuk berkenalan dengan keluarga anda dan dia juga akan membawa anda bertemu dengan keluarganya.

7. Tidak Menyembunyikan Kawan


Orang yang ikhlas mencintai anda akan bersikap terbuka dan tidak akan menyembunyikan kawan-kawannya daripada anda.


8. Mengambil Berat


Walau sesibuk mana pun, dia akan menghubungi anda untuk bertanyakan khabar. Kesungguhannya mengambil berat ini membuktikan yang dia amat menghargai anda sebagai pasangannya.




Selamat bercinta! =))

SOURCE: Majalah Remaja

No comments:

Post a Comment

Thank you for your comments!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...