Followers

Facebook Page

Translate This Blog

Blog Hits

Wednesday, December 21, 2011

AKU TERIMA TAWARAN OPSYEN SBPA



Semalam, aku menghadiri taklimat SBPA (Saraan Baru Perkhidmatan Awam) di sekolah, dirangkum sekali dengan mesyuarat pertama guru.
Setelah Pengetua bagi taklimat, barulah faham mengenai SBPA daripada blur2 sendiri baca pekeliling SBPA. huhu
Kami disarankan untuk menurunkan tandatangan atas borang akuan terima untuk memilih opsyen SBPA berbanding SSM sebab banyak faedah yang akan diterima, terutamanya dalam urusan kenaikan gaji dan pangkat.
Tapi, semua itu akan berdasarkan markah prestasi okay.
So kena kerja keras tahun depan.
Bak kata Pengetua, 


"guru-guru perlu perform, kalau tak, TIADA PERGERAKAN GAJI".


Kalau nak tahu dengan lebih mendalam apa yang ditawarkan dalam SBPA, boleh rujuk Pekeliling SBPA.


Sedikit intipati dalam pekeliling SBPA;


1. Penggelaran gred jawatan/ gred gaji dikemas kini selaras dengan pembentukan Jadual Gaji Sebaris (JGS) yang menggantikan Jadual Gaji Matriks (JGM). Pembentukan gred jawatan/ gred gaji baru ini adalah berdasarkan kombinasi antara kod kelayakan masuk minimum (ijazah-kod 1, diploma-kod 2) dengan kod gaji. Kod pertama bagi gred jawatan merujuk kepada kelayakan masuk minimum, manakala kod kedua merujuk kepada gred gaji. Contonya, bagi pegawai DG41 ditukarkan kepada DG1-1; dimana kod 1 pertama merujuk kepada syarat kelayakan masuk minimum, manakala kod 1 kedua merujuk kepada kod gaji.


2. Dua kategori guru diperkenalkan iaitu Guru Wibawa(DG1-6) dan Pendeta Guru (gred gaji KHAS).


3. Kaedah kenaikan pangkat time-based sedia ada, diberi nafas baru di bawah konsep Guru Wibawa dan Pendeta Guru dengan tempoh perkhidmatan dipendekkan berteras Standard Guru Malaysia. Tempoh kenaikan pangkat bagi lulusan ijazah 8-8-6-3 manakala diploma 8-8-5.




4. Prinsip pemindahan gaji di bawah opsyen SBPA adalah daripada matagaji yang akhir diterima di gred gaji asal kepada matagaji tertinggi berhampiran dalam JGS, di mana perbezaannya tidak kurang daripada satu (1) Pergerakan Gaji Biasa di gred gaji asal.


contoh kaedah pemindahan gaji SSM ke SBPA


5. Kadar upah untuk kerja; upah yang dibayar hendaklah mengikut jenis kerja dan tanggungjawab yang dijalankan. Semakin berat dan kompleks tugas dan tanggungjawab yang dijalankan, semakin bertambah upahan yang diterima.


6. Bagi tujuan pengesahan dalam perkhidmatan, pegawai perlu memenuhi tempoh percubaan yang ditetapkan dan menghadiri Program Transformasi Minda (PTM) dengan jayanya kecuali bagi PPP Pengurusan Tertinggi, pegawai hanya perlu memenuhi tempoh percubaan yang ditetapkan.


Banyak lagi tentang SBPA yang mahu dikongsi. Mungkin kemudian akan buat satu entry khas untuk rujukan anda. =)


Dan setelah menerima takwim sekolah 2012 semalam, untuk tahun depan, jawatan yang aku pegang lebih kepada bidang ICT. Sementara di bawah pentadbiran sekolah, kiranya aku guru termuda di kalangan pentadbir yang lain, atas jawatan Pegawai ICT. Nampaknya memang kena tingkatkan diri supaya jadi pakar ICT lepas ni. Hadoii.. haha.. Yang seronoknya, tahun depan aku berehat daripada jawatan Guru Kelas (paling banyak kerja kalau jadi Guru Kelas ni!).


Antara jawatan yang dipegang sepanjang tahun 2012:
  1. Pegawai ICT under Pentadbiran 
  2. Penyelaras ICT under
    • Jawatankuasa Kewangan Sekolah
    • Jawatankuasa Aset Sekolah
    • Jawatankuasa Kurikulum Sekolah
  3. AJK ICT under Jawatankuasa Mesyuarat & Taklimat Guru
  4. Penyelaras Profil Sekolah & Laman Web
  5. Penyelaras Jawatankuasa ICT & Pusat Akses
  6. Ketua Panitia ICT
  7. Operator SMM Ting. 4 under Jawatankuasa Sistem Maklumat Murid
  8. Ketua Guru penasihat Kelab Latin Dance 
  9. Guru penasihat Kadet Bomba
  10. Guru penasihat Kelab Hoki
  11. Guru penasihat rumah Merah
  12. Lain2 tugas dalam mana2 program sekolah

Ok, sekarang siapa2 yang cakap kerja sebagai seorang guru senang, naah anda fikirkan semula setelah melihat list tanggungan kerja di atas. Tahun depan adalah tahun yang agak mencabar sementara prestasi guru amat dititik beratkan dalam program transformasi kerajaan dan aku pula sibuk nak uruskan hal perkahwinan. Harap segalanya akan berjalan lancar. 


Dah kembali bersemangat untuk bekerja?
Ahahaha habiskan baki cuti yang ada dulu ya...
=)


p/s: Esok result PMR keluar, dan aku turut perlu berada di sekolah untuk urusan menyampaikan result kepada murid kelas aku. 


SOURCE OF REFERENCE:

No comments:

Post a Comment

Thank you for your comments!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...