Followers

Facebook Page

Translate This Blog

Blog Hits

Sunday, January 30, 2011

KUNCI KERETA?

Kisahnya, aku banyak sangat kerja hari tu.
Tengah dalam kelas mengajar,
ada pengumuman pula esok pegawai KPM nak datang check fail.
Oh no..!
Fail panitia tak siap lagi.
Sebab aku bajet KPM nak datang bulan Februari nanti.


Then,
buatlah sikit setakat yang termampu.
Ketua panitia lain cool je macam tak ada apa2 yang akan berlaku.
So,
aku pun buat mana yang penting dulu.


Nak balik rumah,
dah lewat.
Fikir,
aku perlu pergi ke Carrefour,
nak cari kertas kad untuk buat sampul invitation card untuk event Farewell sekolah nanti.
Balik rumah dulu,
nak mandi.


Tiba2,
dah sampai depan rumah,
nak tarik kunci tak boleh.
Try start kereta,
tak boleh juga.
Dah panik dah ni.
Pergi call En. bf mengadu.
Dia suruh tunggu housemate aku balik,
then suruh housemate bawa aku pergi bengkel.
Aku SMS mak juga,
bagitahu mak pasal kejadian.
Ada la beberapa minit juga duduk dalam kereta tu.
Macam2 dah fikir untuk hari esok.. ermm..



  • nak pinjam kereta syu (housemate aku le..) pergi sekolah esok
  • kalau aku nak masuk rumah dulu, kunci tu kena cover dengan sesuatu, if tak pencuri nampak nanti
  • dll

Tiba2,
En. bf call.
Dia tanya,
"cuba tengok gear kat mana tu?"
Aku jawab,
"dekat D la.."
Dia balas,
"laaa.. memang la tak boleh cabut kunci. Pergi tukar P"
Aku,
" huh? baru perasaan.. hahhaahha"


Ouh sungguhlah berserabut kepala.
Inilah yang jadi.
Bila tanya En. bf mana dia tahu sebab gear?
Dia jawab,
sebab dulu dia pun pernah jadi macam tu.. (ouh bukan aku sorang je rupanya.. kikiki)


Kesimpulannya,
rilek2 suda..
hahahhahhaha..



Wednesday, January 26, 2011

Featured in Majalah Dara.com Feb 2011


Akhirnya,
dapat juga beli majalah Dara.com ni..
Pertama kali test shot,
dapat juga masuk dalam ruang ni ye. heee..
Thanks to DARA.com. ^^


aku yang paling kanan.. =)


DYANA & NADIA- covergirl Dara.com isu Feb 2011



Source:

DARA.com edisi 104
isu Feb 2011
ruangan klikklik
Gaya Tudung yang Berani + Aksesori
m/s 108


p/s: Klik SINI untuk lihat gambar casting di Karangkraf tempoh hari.



Wednesday, January 12, 2011

MATHS AKUSUKA~

Akhirnya dapat juga mengajar Maths! alhamdulillah.. hee


Sebelum ni,
subjek mengajar yang diberikan adalah ICT, Pend. Seni, dan Pend. Moral.
Mula2,
rasa wahh!! Apakah kaitan Pend. Seni dan Moral dengan aku?? haha
Then,
pergi jumpa Penolong Kanan Pentadbiran, Puan Sharifah untuk bertanyakan hal tersebut.
Beliau pun terkejut sebab aku tak dapat mengajar subjek major.
Maka, 
aku diberi satu kelas Maths Tingkatan 3 menggantikan satu kelas Pend. Moral yang digugurkan.
Oklah tu daripada tiada langsung.
Total waktu mengajar adalah 25 waktu termasuk 2 waktu program NILAM.
Pend. Seni dikekalkan sebanyak 5 kelas.
ICT pula memang dah minor aku.


Maths memang subjek yang diminati sejak zaman sekolah.
Walaupun dulu ada juga ter'fail' Add Maths barang sekali dua,
tapi itu tak cukup mematahkan semangat untuk terus belajar Maths.
Sebab Maths ni lain daripada subjek lain.
Kala menjawab soalan tu,
bila dah dapat jawapannya,
mewujudkan satu kepuasan yang susah nak diungkapkan.
Tak percaya?
Cubalah sendiri.. hee




Semoga aku berjaya meningkatkan result PMR untuk subjek Maths pada tahun ini.. ameen. =))

Saturday, January 8, 2011

RINDU . . .

Rindu bilik pink...
Gambar hiasan.. =p

Rindu katil queen size & comforter...
Gambar hiasan.. =p

Rindu almari baju...
Gambar hiasan.. =p

Rindu nak basuh baju guna mesin... 
Gambar hiasan.. =p
Rindu nak mkn kat umah... =(
Gambar hiasan.. =p



Wednesday, January 5, 2011

KISAH MALAM HARI

Malam semalam terpaksa balik rumah di Klang sebab charger handphone tertinggal.
Redah juga hujan lebat semata-mata nak ambil charger.
Handphone dah tak boleh on langsung!


On the way,
di tepi jalan,
aku nampak ada lembaga putih.
Bila dah dekat aku tengok rupa-rupanya seorang pakcik bejubah dan berserban all in white.
Tertanya-tanya dalam hati,
apalah yang pakcik ni buat tepi jalan tengah2 hujan ni.
Ada payung,
tapi tak pula dibukanya.


Tapi bagi aku tak pelik.
Mungkin betul itu seorang pakcik,
kerana mukanya tak menakutkan pun.. hee


Saje gedik post entry ni.. =))

RASA SEPERTI BARU POSTING!

Hari kedua persekolahan sesi pagi,
aku masih seperti guru yang baru posting dan sedang orientasi.
Cari kelas pun tak jumpa.. ha ha
Harap cepat2 dapat adapt!


Pada pagi perhimpunan hari Isnin yang lalu,
aku dengan selamba duduk di kerusi bahagian bawah.
Rupa-rupanya, 
Ketua Panitia kena duduk atas stage bersama Pengetua dan barisan PK serta Ketua Bidang.
Mujurlah kak Hasni baik hati menegur,, hu hu..
Rasa blur gila!


Tahun ni banyak betul jawatan yang dipikul.
Terasa berat,
dan ada juga rasa gusar jika tak dapat memenuhi semua tuntutan yang diamanahkan.
Dalam hati, 
memang nak buat yang terbaik.
Namun,
sebagai manusia biasa,
kadang-kadang tak semua perkara dapat dilakukan dengan baik.
Skema kan ayat? ha ha


Tapi, 
yang terharunya,
cikgu2 pagi banyak yang caring.
Mereka tanya bagaimana keadaan aku selepas bertukar ke sesi pagi..
isk.. thanks senior2 smua,, hee
Mungkin sebab mereka nampak muka aku yang berkerut je pergi sekolah.. huhu


Antara jawatan yang dipegang pada tahun 2011,
tahun kedua aku dalam perkhidmatan;


1. Ketua Panitia ICT
2. Naib Setiausaha Kelab Guru
3. Penyelaras Jawatankuasa ICT dan bilik Akses
4. Ketua Guru Penasihat Kelab Latin Dance
5.Guru Tingkatan
6.Pegawai ICT sekolah
7. Perlu ke senarai semua?? kuikui

Tak dapat dibayangkan bagaimana sibuknya tahun ni.
Dan ada seseorang berpesan supaya kurangkan aktiviti luar...ha ha
Semoga tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya... =)

Saturday, January 1, 2011

JOM PAKAI TUDUNG!

First of all,
Selamat Tahun Baru 2011!!


Hari ni tarikh yang best,
1/1/11.
Aku ada job hari ni, 
iaitu jadi fasilitator pemakaian tudung/hijab bagi event Bengkel MEGA 3/2011 di Studio Mediakreatif.
Kebetulan hari ni birthday kak Farina,
isteri kepada abang Madi,
penganjur Bengkel MEGA 3.
Selamat hari ulangtahun kelahiran kak Farina!
Tadi,
kami dihidangkan dengan kek cheese yang memang sedap!
I love cheese.. =)


Ermm.. berbalik kepada cerita job tadi,
this is my first job by the way!
Semasa slot aku,
aku ajarkan beberapa style hijab menggunakan shawl,
& berkongsi sedikit tips bertudung & berpakaian (tapi bukan pandai sangat pun! hee).


Antara tips pemakaian tudung/hijab;


1-Meminimumkan penggunaan aksesori tudung (headband, sepit, hairband, cekak dll) sesuai dengan konsep 'less is more'. Pastikan ada hanya satu atau dua aksesori yang dijadikan sebagai titik tumpuan.

2-Pastikan warna tudung/hijab sesuai dengan warna baju.

3-Cipta style baru & yakin dengan style tudung/hijab yang dibawa.

4-Kreatif.

5-


& harap2,
apa yang diajar tadi dalam bengkel dapat dipraktikkan oleh semua peserta.


Secara menyeluruh,
aku dapat lihat beberapa orang peserta yang memang layak jadi model.
Dengan ketinggian dan rupa yang menarik,
pasti boleh pergi jauh dalam dunia model muslimah ini.
Bukan macam aku yang hanya bergantung kepada high heels semata-mata.. hee..


Last but not least,
aku sangat rasa bertuah kerana dapat melangkah ke satu lagi bidang baru.
Terima kasih kepada abang Madi, kak Farina, & kak Mass kerana memberi peluang kepada aku.. 
Gembira hari ni sebab dapat ramai kenalan baru.
Harap ada lagi job sebegini pada masa akan datang. =)


Cik fasi sedang membebel.. =P
Fasi & MEGA 3 participants

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...